Wednesday, 1 May 2013

Road to PRU13...

Assalamualaikum,

Terasa lama benar ku tak mencoret. Rasa bersalah pun ada. By the way, HAPPY LABOR DAY to all workers. Hope you'll make full use of your one day holiday. 

Entah kenapa aku tetibe terpanggil untuk menulis sesuatu malam ni. Mengenai apa itu belum ku pasti. Mungkin sekian lama menyepikan diri tanpa khabar dan cerita dari pihak penulis. Ikut hati, banyak perkara dan kisah yang berlaku dalam hidup ini nak dicoretkan di sini tapi ku khuatiri mungkin akan menyerabutkan lagi post laman ini. Dan disebabkan itu aku telah memilih untuk memberi sedikit pesanan mahupun teguran buat yang berkenaan berkisarkan keadaan semasa yang sedang hangat sekarang yakni Kempen PRU13. 

Yes. Memang blog ini bukan berlatarbelakangkan perbincangan berorientasikan politik, tapi aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat yang tak seberapa dari seorang yang baru pertama kali berkecimpung dalam dunia pilihanraya umum. Namun, bagiku pertama kali bukan menjadi kayu pengukur sejauh mana sesebuah idea atau pendapat itu boleh diterima umum. Walhal, walau adik sekecil 10 tahun tapi mampu memperlihatkan keadaan semasa yang jelas berlakunya ketidak adilan bagiku masih berhak untuk menyuarakan pendapat mereka walaupun hakikatnya mereka masih belum layak untuk mengundi. 


Kempen PRU13 telahpun masuk ke hari yang ke 13. Masing2 giat berkempen sana sini demi mendapatkan kepercayaan dan sokongan rakyat. Dari kelompok Barisan Nasional yang mana majoritinya di kawasan semenanjung diwakili oleh parti komponen UMNO.  Dan dari kelompok Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti komponen iaitu PAS, PKR dan DAP. Dan juga dari kelompok BERJASA mahupun parti2 bebas yang lain. Aku tak mahu komen apa-apa mengenai perjalanan kempen setiap parti BN atau PR. Cuma aku terasa kecewa sebab bagiku kempen yang dijalankan selama hampir dua minggu ini jelas kelihatan berlakunya ketidak adilan dari sudut arus media massa yang disiarkan. 

As usual, aku tak kata aku sokong PR atau BN, tapi aku sangat membantah terhadap sikap berat sebelah yang ditonjolkan oleh pihak media. Dalam radio Hot.FM contohnya. Tak pernah2 dalam sehari iklan kempen BN oleh DS Najib Razak diulang hampir selang setiap lagu yang dikeudarakan. Tapi se lama2 aku memandu, tak pernah pulak dengar iklan kempen dari pihak pembangkang. Teringin jugak dengar kata2 dari TGHA atau TGNA. Atau dari DSAI atau mana2 pemimpin parti. At least, janganlah nampak ketara sangat berat sebelahnya. 

Belum disuruh membelek akhbar2 lagi. Penuh dengan kempen Barisan Nasional. Aku sebenarnya tak berapa gemar menampakkan aku ini pro mana2 parti. Tapi aku rasa 'something worng' bila arus media dipergunakan boleh kata 99.9% untuk mempromosikan hanya satu pihak. Dimanakah hak pihak yang lagi satu? 

Dan aku sebenarnya menginginkan satu bentuk sistem politik yang matang dipraktikkan dalam negara ni. Means politik yang jauh dari sikap menyalahkan dan memburuk2kan antara parti, membuka aib pemimpin2 parti yang mana bermotifkan untuk menjatuhkan maruah pemimpin parti lain, mempergunakan golongan2 tertentu untuk niat yang 'tertentu' dan seumpamanya. I bet you understand what I mean. 

Contoh politik tak matang...



Dan memang betullah kalau iklan radio ada mengatakan Malaysia ni bila tiba musim berkempen, meriahnya macam pesta. Penuh di bahu2 jalan dan tiang2 lampu dengan bendera parti2 warna warni. Ade warna merah, biru, hijau, putih dll. Tapi bagiku bilangan bendera bukan menjadi sebab kemenangan sesebuah parti, tapi sejauh mana keberkesanan dasar parti yang cuba diketengahkan. Adakah ianya boleh diterima olah rakyat? Dan sejauh mana kesan dan penerimaan dasar tersebut boleh memberi manfaat kepada kemajuan negara kita secara amnya dan kepada pembangunan jati diri rakyat secara khususnya. Kemajuan yang aku maksudkan bukan hanya tertumpu pada duniawi sahaja tapi bagiku ia seharusnya maju seiring duniawi dan ukhrawi. Dan diingatkan aku bukan tumpukan kepada siapa kita perlu memilih secara individu, tetapi aku lebih tumpukan kepada parti itu sendiri. Kerana setiap calon akan terikat dengan dasar parti.


Dan di sini aku sangat berharap. Kalau penuntut2 di Jordan pun boleh turun 'padang' dengan melaburkan sejumlah RM2500 tiket flight semata-mata nak turun mengundi, apatah lagi kita2 yang dah memang berada di tanah air ni. Hak mengundi hak kita. Hak memilih pemimpin yang betul jugak merupakan tanggungjawab kita. Kalau disebabkan undi kita sahaja, pemimpin yang 'salah' naik memegang takhta, jawablah kita di depan Allah SWT kelak. 

Ok. Mood mengundi terlebih pulak malam ni. Anyway, jangan disebabkan perbezaan ideologi politik menyebabkan hubungan ukhuwah kita terputus. Sekian.

SELAMAT MENGUNDI! :D

Tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa PUSAT MENGUNDI tempat aku iaitu di DEWAN MPAJ UKAY PERDANA. Dimanakah ia? Tak pernah tahu ade dewan ni kat sekitar Ukay. Hmm.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...