Posts

Showing posts with the label SUKMA Sarawak

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Silat Seni Selangor di SUKMA Sarawak 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hajat nak menulis berkaitan permusafiranku ke bumi kenyalang tempoh hari terbantut dek kerana terlalu panjang nak diceritakan dan mungkin memakan masa yang agak lama untuk menyunting supaya penulisannya nampak kemas dan mudah difahami. Lantas aku hanya ingin mencoretkan serba serbi tentang port folio ku semasa berada di sana. Port folioku selaku Pembantu Jurulatih Silat Seni. Tak lain tak bukan memastikan atlit-atlit silat seni bersedia sepenuhnya dan dapat mempersembahkan yang terbaik pada malam saat mereka berjuang. Untuk pertandingan silat seni SUKMA kali ini dijalankan berdasarkan sistem pool yang mana penyertaan kesemua negeri untuk sesuatu kategori itu dibahagikan kepada pool A dan pool B. Dan pemenang markah tiga pasukan yang tertinggi untuk setiap pool akan meneruskan misi ke pusingan akhir untuk merebut kilauan emas, perak dan gangsa. Untuk pusingan pool satu kategori dari team silat seni Selangor telah kecundang dan gagal meneruskan misi iaitu kateg...

Penutup Kem Fasa Akhir Pencak Silat Selangor SUKMA 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam, bersamaan 17 Julai 2016 merupakan hari terakhir Kem Fasa Akhir Kontinjen Pencak Silat Selangor SUKMA Sarawak 2016 bertempat di Dewan Tempur Seksyen 6 Shah Alam yang telah dijalankan selama hampir seminggu. Kem kali ini lebih menitik beratkan latihan persediaan mental, aktiviti release tension, sesi heart-to-heart dan latihan persediaan fasa akhir teknik untuk silat olahraga dan seni.  Sebagai penutupan kem kali ini, telah diadakan Majlis Rasmi Bersama Presiden PESAKA Selangor sebagai memberi penghormatan terakhir Tn Presiden, Tn Haji Sulleh Udin untuk memberi kata-kata perangsang dan semangat buat semua atlit yang terlibat dalam kejohanan tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Cikgu Rafee (Naib Presiden PESAKA Selangor), En. Hasrin (Setiausaha PESAKA Selangor), En. Kamarul Azam Sampol (Bendahari PESAKA Selangor), En. Khaidir (Sponsor), Cikgu Nazri (Pengurus Pasukan), dan barisan jurulatih Cikgu Zul dan Cikgu Habizan. Majlis bermul...