Tuesday, 28 June 2011

Malam Pendekar Gayong UiTM Jengka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat sampai di UIA pagi ni. Penat betul semalaman drive dari Jengka ke KL. Hmm. Sebenarnye semalam aku telah hadiri satu program anjuran PSSGM UiTM Jengka, Pahang iaitu MALAM PENDEKAR GAYONG dimana pada malam tersebut telah didedahkan hampir semua jenis permainan Gayong di Kampus UiTM Jengka tu. Pada masa yang sama program tersebut merupakan satu program untuk menarik lebih ramai ahli-ahli baru dalam kalangan siswa dan siswi UiTM Jengka sendiri. Huhu.

Aku bersama sahabat-sahabat dari KL ni iaitu Ishkandar, Raja, Ibnu, Saiful dan Ayoi telah dijemput untuk membuat demonstrasi silat sempena memperagakan permainan senjata gayong buat perkenalan untuk pendatang-pendatang baru pada malam berkenaan. Tapi aku dan saiful hanya sebagai kameraman. Yang balance tu je la yang buat demo. Sepasang main parang lagi sepasang main Seni Keris. Huhu.

..barisan VVIP duduk di atas pentas..

..ucapan..

..eh2..ade jugak gambar aku sebijik..haha..

..adat pengambilan tapak memohon izin dari VVIP untuk menjalankan demo..

..gelagat pesilat semasa sesi pengambilan tapak..

..Pembukaan Gelanggang diimami oleh Cikgu Jaimin dari Sepang..

..imam gelanggang..

..pendekar2 menadah tangan memohon perlindungan sepanjang demo yang akan dijalankan..

..persembahan Golongan 10..

..Persembahan Seni Keris..

..Pertempuran Senjata Parang..

..parang gila..

..persembahan solo dari wakil kelab Pencak Silat UiTM Pahang..

..persembahan jemputan dari Silat Cekak UiTM Jengka..

..demo silat dipersembah, ukhuwah terjalin..

..VVIP..

..VIP..

**********

Rakaman Demo Senjata

Raja VS Ayoi (Seni Keris)

Ishkandar VS Ibnu (Parang)

Abg Man VS Abg Min (Parang Gila Upin Ipin)

Bilalah rasa nye aku dapat main senjata macam mereka-mereka di atas ni ek. Lagi-lagi kalau nak jadi macam geng Upin Ipin ni. Hmm. Confirm lame lagi ni.

Kami bergerak pulang ke KL jam 130pagi. Berkonvoi 3 kereta. Berhenti kat R&R Temerloh untuk minum-minum sikit dan ade jugak yang supper. Then terus bertolak pulang. Konvoi kami berpecah then terpaksa drive keseorangan pulang melalui KARAK Highway. Tapi sebelum sampai Karak tu terserempak dengan satu rombongan Van Jenazah. Seram jugak aku teringat cerita KHURAFAT. Huhu. Tapi apepun, alhamdulillah aku selamat sampai di KL jam 320 pagi.

p/s : Syukur jugak sebab kehadiran aku di program Malam Pendekar Gayong tersebut telah berjaya menaikkan kembali roh dan semangat GAYONG yang dahulunya kian pudar dek telan masa. Ayuh BergayOng. ZAATTTTT!!! Haha. Gambar akan menyusul kemudian.

Monday, 27 June 2011

Anak Buah

Assalamualaikum.

Geram pulak aku tengok gambar anak buah aku ni ha. Wahai Nurul Ikhlas bt Nazrul Amir Aliasaa, kenapa lah kamu ni comel sangat. Eeee~ Nasib baik bukan anak aku. Haha. Kalau tak....hmm.


..dapat telekung sendiri (baru!)..

Ha. Sekarang cakap pasal abi die pulak. Terjumpa gambar shooting Imam Muda kat fb beliau di SINI. Huhu. Promote sikit. Hehe.





..bersama krew2 Imam Muda yang lain..cuba teka yang mana satu beliau?..hee..

Wallahualam.

Cinta dan Jodoh

Assalamualaikum.



Selalu timbul dalam kotak fikiran aku, kenape lelaki mesti perlu bercouple? Mungkin tak semua lelaki, tetapi ade sesetengah tu mesti nak ade awek. Kirenye kalo takde tu macam dah bosan hidup. Haha. Lebih kurang cam tu la.







Hmm. Sebagai contoh ade seorang sahabat ni dia dah bercouple dengan si A, then tetibe pulak si A ni dah curang dengan die. So, dorang pun clash. Then tak sampai sebulan lepas tu pulak die nak cari orang lain sebagai pengganti si A ni. Jalan punya jalan tetibe jumpe si B. Kebetulan si B ni lagi comel dari si A ni. Hmm. Malangnya dah beberapa bulan punya couple, tetibe family si B ni tak restui hubungan mereka berdua atas sebab tertentu. Sahabat aku ni pun ambek langkah selamat terus clash. Then tinggal la keseorangan lagi. Pastu, tengah-tengah study terasa bosan then terjumpa pulak dengan si C ni. Si C ni nampak lebih mewah sikit then jenis yang sporting gak lah. SO, sahabat aku ni pun ambek langkah untuk bercouple dengan die. Begitulah

seterusnya.



Tapi yang aku tak paham ni, ape sebenarnya matlamat mereka2 bercouple yek? Adakah hanya untuk mengubati rasa bosan mereka. Maklumlah, bila terasa bosan jer, message2 ngan awek. Hmm. Kredit confirm la setiap hari kena topup punya. Tapi ape ade hal, awek punye pasal. haha. Ade jugak aku terfikir, terasa rendah betul nilai seseorang tu bila senang-senang nak dimiliki oleh semua gadis kat luar sana.



Tapi kekadang ade betul jugak. Maksud aku, aku pernah jugak terasa teramat bosan tak tahu buat ape. Pernah jugak aku rase diri aku ni tak disayangi, diri aku dibenci orang, diri aku diperkotak-katikkan oleh orang. Memang tertekan dan stress. Bila pikir2 balik, mungkin awek ni boleh menyanyangi kita seperti yang kita mahu. Awek ni boleh mencintai kita dan menjaga kita. Hmm. Tapi Cinta macam tu takkan kemana dan takkan lama. Percayalah. Cinta kepada Allah sahaja yang akan kekal sampai bila-bila. Insyallah.



Bercakap pasal cinta ni pulak, ade ke patut, tengah chat ngan junior semalam menerusi fb. Dia ade tanya aku bila nak kahwen pulak. Aduss. Macam jauh lagi jer. Jodoh pun belum sampai. Nak couple-couple ni memang tak berminat. Cinta lepas kahwin baru BEST. Hahaha. Teringat pulak aku Jodoh ni terbahagi kepada 3 jenis bak kata pak cik dalam Cerita SYURGA CINTA. Tu pun kalau korang tengok la. Hmm.



Pertama : Jodoh dari Syaitan

Korang berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat. Akhir dia mengandung baru korang bernikah.



Kedua : Jodoh dari Jin

Korang berkenalan, kau sukakan dia tapi dia tak sukakan kau, kau bomohkan atau sihirkan agar dia sukakan kau, dan korang berdua bernikah.



Ketiga : Jodoh dari Allah

Korang berpandangan mata terus menusuk ke qalbu, kau terus meminang dia dan dia terima pinangan kau, korang berdua bernikah. Insyallah berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.



Haha. Saje takde keje cerite pasal jodoh pulak. Member2 and senior2 ramai yang dah mula dirikan rumah tangga. Hmm. Hujung minggu ni jer dah kena attend dua majlis walimah kat Gombak. Mane satu la aku nak pegi dulu ek. Hehe. Wallahualam.



p/s : just my personal opinion. kalau ade yang terasa, aku mintak maap awal2. takde niat di hati. cuma nak keluarkan isi hati jer. Woha!



Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, keluar jugak statement dari pihak IIUM untuk membenarkan student2nye membiarkan semua barang2 mereka tersimpan di dalam bilik semasa cuti penggal nanti. Takde lah leceh aku nak mengemas and pack balik semua barang2 bertimbun-timbun dalam bilik aku ni ha. Huhu.


*klik to enlarge*

Tengah2 online, tetibe terbaca satu artikel dari Harakah Daily. Hmm. Bukan aku nak cerite pasal input artikel die pun, cume aku nak stresskan kat gambar yang diupload bersama artikel berkenaan. Kalau nak tahu, yang belakang Tuan Guru Nik Aziz tu adalah bro. Arafat. Beliau sebagai Tutor yang mengajar group aku Lab Engineering 2. Haha. Takde kene mengena ngan korang semua.


nak baca artikel die, klik link di bawah :
Rakyat Palestin kagum komitmen Kelantan

Wallahualam.

Sunday, 26 June 2011

Tahniah!


Assalamualaikum.

Tahniah & Syabas !! buat semua sahabat teammate sukan Pencak Silat dari UPNM dan UiTM yang telah beraksi di Kejohanan Pencak Silat MASUM 2011 yang diadakan di UPM, Serdang tempoh hari. Walaupun diri ini bukan dalam kalangan penuntut di universiti berkenaan, tapi hasil dari latihan bersama-sama di pergunungan telah mengeratkan ukhuwah kita seolah-olah satu pasukan semasa di sana. Haha. Rakaman korang maen semua dalam simpanan aku. Maklumlah, datang sana sebagai part time cameraman. Keje rakam orang maen jer. Haha.






Bilalah rasa nya aku berpeluang untuk beraksi macam dorang. I mean representing my own university. Aku risau aku tak dapat bagi komitmen sepenuhnya akibat terlalu sibuk dengan kegiatan di luar. Tapi mungkin masanye belum tiba untuk aku beraksi dalam kejohanan MASUM. Tapi aku percaya satu hari aku pasti berpeluang untuk menaikkan nama IIUM di kejohanan MASUM kelak. Insyallah.

Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah dan

~SELAMAT PENGANTIN BARU~

..Singing Bride and Groom..

..persembahan alu2an adhock dari Cikgu Fairuz dan Cikgu Raja..mengenakan pengantin..haha..


..persembahan silat dari Sg Pusu..

buat Cikgu Hanafi dan Cikgu Nor Fazlieza yang baru sahaja mendirikan rumah tangga kelmarin. Semoga hidup bahagia dan diberkati oleh-NYA hingga ke anak cucu. Sorry tak dapat nak buat persembahan silat seperti yang dijanjikan sebab tak cukup masa nak training. Kalau free turun lah jenguk dan melatih pesilat2 di Gelanggang Sg Pusu ni. Wallahhualam.

Tuesday, 21 June 2011

Sikap

Assalamualaikum.

Selamat Pagi Malaysia.
Bismillah pemula kata.

Kenapa manusia ni dilahirkan dengan sikap dan attitude yang pelbagai? Ade positif. ade negatif. ada yang menjengkelkan. ade yang stok kene puji jek. ade yang macam nak kene tumbuk. ade yang macam nak kene cium. eh2 cium?? haha.

Hmmm.
Mungkin tak semua orang yang kita kenal memiliki sikap yang sentiasa buat kita senang hati walaupun orang tersebut adalah sahabat kita. Dan mungkin dari pihaknya pula berpendapat sikap kita tidak semua orang boleh terima. Kita tak tahu sebab kita tak boleh nilai diri kita. Orang lain yang boleh.

..manusia takkan lari dari kesilapan..manusia bukan MAKSUM kot..hehe..

Mungkin ade juga seorang yang kita selalu bersama tapi memang dah dilahirkan memiliki sikap yang kita kurang senang. Biasala kalau benda yang diasuh dari kecil memang susah nak diubah. Tapi still boleh ubah jugak kalau ade kerelaan dari empunya badan.

Allah pernah berfirman dalam salah satu ayat Al-Quran :
"Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"

Aku bukan lah orang yang pandai tafsir ayat quran sangat pun. Hmm. Hafal pun tak banyak surah. Tapi aku rasa kalau budak sekolah rendah baca makna ayat kat atas ni pun dah tahu maksudnya ape. Kalau diri tu memang dah berkata 'Tak nak berubah', memang sampai bila pun takkan berubah.

Tapi kekadang kalau kita fikirkan balek, kenapa Allah SWT cipta manusia ni memiliki pelbagai sikap, pelbagai ragam, pelbagai rupa, pelbagai jantina (laki, pompuan, khunsa, Haha), pelbagai taraf hidup dan macam-macam. Sumenye pelbagai. Kalau kita renungkan sendiri, kalau manusia semuanya skema-skema, kalau manusia sumenye baik-baik belaka, kalau manusia semuanya rupa paras pun sama. Bapak BOSAN! Haha. Dah jadi macam klon dah kalau sume rupa sama. Hidup ni just satu alam sementara sebelum kita menanti saat kehidupan yang selama-lamanya di akhirat kelak. Kumpullah seberapa banyak pahala sebagai bekalan kita untuk menghadapi hari Akhirat kelak. Kita tak tahu bile. Dan sentiasa ingat matlamat kita hidup di atas muka bumi Allah SWT ni melainkan untuk beribadah kepadaNYA sahaja. Eh2 maaf aku bukan penceramah sambilan yek. Hehe.

Firman Allah SWT :
"Aku tidak ciptakan Jin dan MANUSIA kecuali untuk mengabdikan diri kepada KU"

Takde lah
just aku nak tekankan,
bukan sume orang macam kita
bukan sume orang memiliki sikap yang kita mahukan
bukan sume orang puas hati dengan sikap kita

..gambar hiasan..

Kita Cermin lah diri kita sendiri
Adakah kita ni memang berkelakuan baik?
Adakah kita ni seorang yang suka menyusahkan orang lain?
Adakah kita ni seorang yang suka membebankan sesetengah pihak?
Muhasabah diri sesama.

..ubah ke arah positif..

Sebagai ingatan dan tazkirah buat diri penulis dan sidang pembaca sekalian. Wallahualam.

Kecewa

Assalamualaikum.

Hmm.


Talam Dua Muka.
Musuh Dalam Selimut.
Gunting Dalam Lipatan.

Semuanya memberi erti yang lebih kurang sama.

Pernah kita rasa tak
Sahabat baik kita atau
Kawan karib kita atau
Adik angkat kita atau
Anak didik kita sendiri
Yang kita dah bagi kepercayaan
Yang kita dah usahakan untuk menaikkan dia
tapi akhirnya
merupakan orang yang menjatuhkan kita.

Mungkin kita tak sedar
sahabat di hadapan kita ini
bak kata pepatah
pijak semut pun tak mati
punyalah sopan dan baik akhlaknya
punyalah lemah lembut pabila bertutur dengan kita
tapi hakikatnya
dibelakang kita
habis dicaci dihina
dilontarkan pelbagai fitnah
dituduhnya bermacam-macam
kepada kita

Namun
bukan tugas kita untuk membalasnya
yang hak tetap hak
yang layak untuk membalasnya
hanya Allah Yang ESA
Mungkin di dunia
kita teruk dipandangan certain orang
tetapi di akhirat belum pasti

Yang penting ikhlaskan niat
terhadap apa yang kita buat
niatkan lillahi taala
niatkan semua perkara yang baik
elakkan dari kita doakan sesuatu yang buruk terhadap 'musuh' kita
sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara

Semoga mereka-mereka yang bersikap seperti peribahasa diatas mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

haa. Camni ker maksud Gunting dalam Lipatan. Hmm.

Wallahualam

Friday, 17 June 2011

Teh Panas & Teh Ais

Bismillah pemula bicara.

Bersua sekali lagi untuk kali ke 3 dalam sehari ni. Haha. Agak kelakar jugak. Dalam sehari boleh nak buat 3 post sekali harung. Sebagai post yang terakhir untuk hari ini dan esok, kali ni aku nak kongsi sikit satu fakta keburukan meminum TEH PANAS & TEH AIS. Buat penggemar minuman ni, silakan baca post aku yang di copypaste dari sini. Hmm.

**********

TEH PANAS


Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan terjadinya penyakit Barah Kerongkong.
Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik sepertimana dilaporkan oleh Reuters.

Bersama kumpulannya, Reza Malekzadeh dari Universiti Tehran telah melakukan kajian terhadap 300 orang yang didiagnosis menghidap penyakit barah kerongkong, sementara 571 orang yang lain dalam keadaan sihat. Mereka semua adalah berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel kajian kerana Golestan merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah pesakit barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tahap kebiasaan merokok dan meminum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir kesemua penduduknya gemar minum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap hari.

Hasil kajiannya, orang² yang rutinnya meminum teh panas kurang daripada dua minit selepas dituangkan dengan tingkatan suhu yang melebihi 70 darjah celcius berisiko mencetuskan perkembangan barah kerongkong lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu menunggu sehingga empat minit atau lebih. Sebenarnya tidaklah ada keterangan yang konkrit seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun para penyelidik membuat kesimpulan luka akibat daripada kepanasan teh akan menyebabkan kerengsaan kerongkong yang sekaligus akan menyebabkan berlakunya simpton² barah.

Dibandingkan dengan meminum teh yang kurang kepanasannya yang mampu ditanggung oleh organ dalaman manusia atau teh suam kuku pada suhu 65 darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas antara 66 dan 68 darjah Celsius memungkinkan untuk meningkatkan dua kali ganda risiko terjadinya barah kerongkong, dan meminum teh yang panas pada suhu 70 darjah Celsius atau lebih berpotensi besar untuk meningkatkan risiko tercetusnya penyakit barah sehingga lapan kali ganda.

Telah dicatatkan setiap tahun lebih daripada 500.000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat penyakit barah kerongkong. Penyakit ini tumbuh subur terutamanya di daerah di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk dalam kalangan penyakit barah pembunuh dengan rata-rata kesembuhannya adalah sekitar 12 hingga 31 peratus, itu pun memerlukan masa yang cukup panjang, sekitar 5 tahun.
"Keputusan kajian membuktikankan peningkatan kuat risiko OSCC yang berkaitan dengan meminum teh panas atau sangat panas,". Oleh itu saintis menyarankan agar mesti menunggu beberapa minit terlebih dahulu sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air yang mendidih.

Laporan itu juga memberi sokongan kepada pendapat bahawa kecederaan kerana hawa panas air yang melalui organ pemakanan manusia mungkin menjadi penyebab kepada barah "epithelium" walaupun bagaimana proses kepanasan mampu meningkatkan perkembangan tumor masih belum diketahui.

Daripada penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa pengambilan minuman dalam keadaan panas berbahaya bagi kesihatan anda. Apalagi jikalau ditambah dengan makanan yang panas pul. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan yang kurang panas atau boleh kita katakan sebagai hangat tetapi tidak terlalu panas.


TEH AIS

Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesihatan Ginjal

Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa² sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .

Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. "Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang minumannya," kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan Urologi.

Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih, atau mencampurkannya dengan lemon. "Lemon kaya engan kandungan citrates, yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal," kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.
Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda. Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih.

**********

Hmm. Kalau sejuk takleh minum, panas pun tak leh minum. Habes tu nak minum ape? Haha. So, lepas2 ni kite sesame minum air suam yer. Haha. Untuk atlit-atlit yang sedang berperang untuk tak minum minuman berais, take note post kat atas ni ek. Untuk kebaikan semua. Wallahualam.

p/s : Padahal minuman kegemaran aku TEH TARIK. Adakah teh tarik dikategorikan sebagai minuman PANAS??? Hmm.. Tolonglah kata TIDAK.. haha.. Sekian.

Tukar

Assalamualaikum.

Aku tak tahu kenape lah aku cepat sangat bosan dengan sesuatu. Kalau dulu susun atur bilik kat umah aku. Setiap kali masuk hari raya jer mesti tukar floor plan. Aku maksudkan HARI RAYA iaitu Raya Puasa dan Raya Haji. Kire boleh kata setiap tahun mesti tukar lah.

La ni pulak, paling ketara boleh tengok kat blog aku ni. Mula-mula tukar Tajuk Blog. Sampai tahap aku dah terlupa tajuk blog yang mula-mula aku pakai masa first-first aku berblogging dulu. Haha. Pastu pulak kalau korang tengok blog template aku, hmm asyik tukar jer. Sebab dah muak tengok design yang sama jer setiap kali berblogging. Aku pun tak tahu nak kata ape. Mungkin ini kekurangan yang ada kat aku kot. Cepat terasa bosan dengan sesuatu benda.

Tapi dalam isu berblogging pulak, aku tengok ramai member aku yang gune template same jer dari mule-mule die berblogging. Paling tak pun ade la ditukar 2 or 3 kali dalam 3 tahun. Tapi still ramai jer yang blogwalking kat blog die. Siap ade beribu-ribu follower lagi tu. Yang aku ni hmm takyah nak kata beribu, beratus pun belom sampai. Haha. Tapi memang aku akui, aku bab menulis ni bukan power sangat pun. Nak tulis ayat bersastera, jangan haraplah. Isi setiap post pun belum tentu bermanfaat. Tapi macam aku pernah kata dulu la, blog aku ni pun sebenarnya untuk aku baca jer just sebagai my personal diari. Tapi kalau ade orang lain nak baca takde masalah. Silakan. Hmm.

Tapi kekadang Tukar Templates ngan Tajuk Blog aku ni pun boleh jadi HOBI sampingan aku jugak kan. Haha.

Ok lah. Setakat ni jer dulu sementara Tajuk Blog aku masih 'SEKADAR CATATAN'. Agak-agak lepas ni ape pulak kan. Haha. Wallahualam.

Dah Mula Bosan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, paper final subjek WORKSHOP aku tak la susah seperti yang tak dijangkakan. Hmm. So, lepas ni dah takde mengadap buku or buat assignment sampai lewat malam dah. I'm free~ until this coming September. Tapi lama jugak cuti aku ni. Ade la dekat dua bulan setengah. Nak buat ape yer. Hmmm.

Member-member ramai buat kerja part time. Kerja kat KFC la, McD la, Kenny Rogers and everywhere. Tapi aku ni macam dah malas nak bekerja dah. Baek aku menikmati hari-hari yang free macam ni. Tapi kalau free takde pengisian tak gune gak kan. Haha.

Baru hari pertama habes exam dah terasa tak tahu nak buat ape sorang2 kat bilik ni. Maklumlah, roomate semua busy semacam mengalahkan menteri, selalu jer takde kat bilik. Time aku takde kat bilik, dorang ade and time aku ade pulak dorang takde. Macam chips more betol. Haha. So, tinggallah aku keseorangan memerapkan diri dalam bilik yang agak tak terurus ni.

JOM KEMAS BILIK!! Haha.

Thursday, 16 June 2011

Done with WORKSHOP!!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, selesai sudah kelas terakhir subjek WORKSHOP TECHNOLOGY untuk short sem ni. Lega rasanya lepas-lepas ni takyah sibuk buat report lagi. Tapi lupe pulak report untuk projek terakhir ni tak buat lagi. Haha. Hmm. Esok pulak ade Final Exam untuk subjek ni. Dengar-dengar dari student-student yang ambek subjek ni sem-sem lepas, dorang kata soklan banyak masuk final paper sem-sem lepas nyer. Harap-harap begitulah.

Sekarang ni biar aku listkan semua projek yang kitorang kena buat untuk menyettlekan subjek WORKSHOP TECHNOLOGY ni. Haha. Takde keje.

1) Milling :

..Workpiece..


..Conventional Vertical Milling Machine Model : Bridgeport M5..


2) CNC Milling :


..Workpiece..


..CNC Milling Machine..Operate through Coding Program..


3) CNC Turning :


..Workpiece..


..CNC Turning Machine..


4) Turning :


..Workpiece..


..Centre Lathe Machine Model : Pinocho 8-90/180..


5) Benchwork :


..Workpiece..


..filling process..


..Drilling Machine..


6) Metal Forming :


..Workpiece..


7) Welding :


..Workpieces..


..Sheild Metal Arc Welding (SMAW)..


8) Heat Treatment :


..4 Steel Bars were heated in the FURNACE until 900*C for about 90 minutes..


..Hardness Test Machine..


..Immersing the Hot Steel Bar into oil for Quenching Process..


9) Pattern Making :


..Workpiece..


..Vertical and Horizontal Sanding Machine..


10) Foundry :


..Cope..


..Drag..


11) Measurement :


*tak sempat nak snap picture. Masing-masing tak sabar nak balek. Maklumlah kelas terakhir. Haha.


Fuh~ memang agak memenatkan. Setiap hari Selasa dan Khamis bermula jam 930pg until noon. Yang paling memeritkan kaki lenguh nak mampuih. Awat dorang tak sediakan tempat duduk yer. Haha. Demand giler. Hmm. Ni jugak merupakan subjek terakhir untuk first year aku yakni Foundation Subject. Bermula sem depan a.k.a. Second Year aku, dah mula masuk MAJORING subjek. Aduss. Confirm lagi tough dan mencabar dari subjek yang aku dah ambek ni. Harap-harap diriku sentiasa tabah melalui cabaran-cabaran subjek yang mendatang. Insyallah.

Majoring : Bachelor Degree in Engineering (Mechanical-Automotive)

Apepun, alhamdulillah dah selesai. Sama-sama kita doa agar soklan final esok senang. Haha. Setakat ni jer dulu. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...