Friday, 17 June 2011

Dah Mula Bosan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, paper final subjek WORKSHOP aku tak la susah seperti yang tak dijangkakan. Hmm. So, lepas ni dah takde mengadap buku or buat assignment sampai lewat malam dah. I'm free~ until this coming September. Tapi lama jugak cuti aku ni. Ade la dekat dua bulan setengah. Nak buat ape yer. Hmmm.

Member-member ramai buat kerja part time. Kerja kat KFC la, McD la, Kenny Rogers and everywhere. Tapi aku ni macam dah malas nak bekerja dah. Baek aku menikmati hari-hari yang free macam ni. Tapi kalau free takde pengisian tak gune gak kan. Haha.

Baru hari pertama habes exam dah terasa tak tahu nak buat ape sorang2 kat bilik ni. Maklumlah, roomate semua busy semacam mengalahkan menteri, selalu jer takde kat bilik. Time aku takde kat bilik, dorang ade and time aku ade pulak dorang takde. Macam chips more betol. Haha. So, tinggallah aku keseorangan memerapkan diri dalam bilik yang agak tak terurus ni.

JOM KEMAS BILIK!! Haha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...