Sikap

Assalamualaikum.

Selamat Pagi Malaysia.
Bismillah pemula kata.

Kenapa manusia ni dilahirkan dengan sikap dan attitude yang pelbagai? Ade positif. ade negatif. ada yang menjengkelkan. ade yang stok kene puji jek. ade yang macam nak kene tumbuk. ade yang macam nak kene cium. eh2 cium?? haha.

Hmmm.
Mungkin tak semua orang yang kita kenal memiliki sikap yang sentiasa buat kita senang hati walaupun orang tersebut adalah sahabat kita. Dan mungkin dari pihaknya pula berpendapat sikap kita tidak semua orang boleh terima. Kita tak tahu sebab kita tak boleh nilai diri kita. Orang lain yang boleh.

..manusia takkan lari dari kesilapan..manusia bukan MAKSUM kot..hehe..

Mungkin ade juga seorang yang kita selalu bersama tapi memang dah dilahirkan memiliki sikap yang kita kurang senang. Biasala kalau benda yang diasuh dari kecil memang susah nak diubah. Tapi still boleh ubah jugak kalau ade kerelaan dari empunya badan.

Allah pernah berfirman dalam salah satu ayat Al-Quran :
"Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"

Aku bukan lah orang yang pandai tafsir ayat quran sangat pun. Hmm. Hafal pun tak banyak surah. Tapi aku rasa kalau budak sekolah rendah baca makna ayat kat atas ni pun dah tahu maksudnya ape. Kalau diri tu memang dah berkata 'Tak nak berubah', memang sampai bila pun takkan berubah.

Tapi kekadang kalau kita fikirkan balek, kenapa Allah SWT cipta manusia ni memiliki pelbagai sikap, pelbagai ragam, pelbagai rupa, pelbagai jantina (laki, pompuan, khunsa, Haha), pelbagai taraf hidup dan macam-macam. Sumenye pelbagai. Kalau kita renungkan sendiri, kalau manusia semuanya skema-skema, kalau manusia sumenye baik-baik belaka, kalau manusia semuanya rupa paras pun sama. Bapak BOSAN! Haha. Dah jadi macam klon dah kalau sume rupa sama. Hidup ni just satu alam sementara sebelum kita menanti saat kehidupan yang selama-lamanya di akhirat kelak. Kumpullah seberapa banyak pahala sebagai bekalan kita untuk menghadapi hari Akhirat kelak. Kita tak tahu bile. Dan sentiasa ingat matlamat kita hidup di atas muka bumi Allah SWT ni melainkan untuk beribadah kepadaNYA sahaja. Eh2 maaf aku bukan penceramah sambilan yek. Hehe.

Firman Allah SWT :
"Aku tidak ciptakan Jin dan MANUSIA kecuali untuk mengabdikan diri kepada KU"

Takde lah
just aku nak tekankan,
bukan sume orang macam kita
bukan sume orang memiliki sikap yang kita mahukan
bukan sume orang puas hati dengan sikap kita

..gambar hiasan..

Kita Cermin lah diri kita sendiri
Adakah kita ni memang berkelakuan baik?
Adakah kita ni seorang yang suka menyusahkan orang lain?
Adakah kita ni seorang yang suka membebankan sesetengah pihak?
Muhasabah diri sesama.

..ubah ke arah positif..

Sebagai ingatan dan tazkirah buat diri penulis dan sidang pembaca sekalian. Wallahualam.

Comments