Saturday, 2 March 2013

Riak

Assalamualaikum.

Sekian lama tak menulis. Terasa penulisanku semakin kekok. Fikiran yang bercampur-baur dengan perkara-perkara silam. Sukar untuk ku tetapkan kisah yang mana hendak dicoretkan untuk kali ini.


Riak. Satu sikap yang paling aku benci. Kekadang kita tak sedar akan perlakuan kita. Mungkin kata-kata kita yang kita anggap seperti biasa tapi di mata sahabat-sahabat kita yang lain lebih menampilkan perasaan riak. Sejujurnya aku pernah rasa keadaan itu. Keadaan kita sedar perlakuan kita diinterpretasikan oleh orang sekeliling kita dengan perlakuan riak. Membangga diri. Bangga dengan apa yang kita ada. Bangga dengan kelebihan yang kita ada. Bangga dengan pencapaian yang kita telah kecapi. Dan bangga yang seangkatan dengannya. Sebab itulah aku lebih memilih untuk tidak mengetengahkan setiap apa yang aku miliki. Rezeki yang aku perolehi, kejayaan yang aku kecapi. Kerana aku tahu, sekali adegan riak tercetus, memang terasa diri ini bodoh. Ya Allah, jauhilah diriku dari bersikap riak.

Aku tak tahu, sejak dua menjak ni aku seringkali bermonolog dalaman. Sentiasa memikirkan perkara-perkara silam. Perkara yang bagiku memang berpunca pada kesalahan diriku sendiri. Tapi aku tahu, sejauh mana aku terus dan terus memikirkan, masih tidak dapat diselesaikan sekiranya tiada tindakan susulan. Aku khuatir untuk jejak ke landasan yang pernah aku jejak sebelum ini. Landasan yang aku tahu begitu banyak lopak dan lubang di sana sini. Yang mana aku harus sentiasa hati-hati dan berusaha melaluinya untuk tiba di destinasinya. Mungkin aku perlukan seorang teman. Aku perlukan seorang sahabat. Aku perlukan seorang yang aku boleh berkongsi sesuatu dengannya. Aku perlukan seorang yang sentiasa berada disisiku dan sentiasa menggembirakan aku tika aku berduka. Aku perlukan seseorang yang boleh buat aku tersenyum sentiasa. Dan yang paling penting seorang insan yang boleh aku percayai. Ya Allah moga Engkau berikan ku petunjuk untuk bertemu dengan insan tersebut. Amin.

Sekadar coretan mengisi masa lapang di malam hari.

"Sometimes you have to do what is best for you and your life, not what is best for anybody else."

Wallahualam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...