Posts

Showing posts from December, 2012

ASEAN University Games LAOS 2012 #1

Image
Assalamualaikum. PENGALAMAN. Sesuatu yang tak mampu dibeli menggunakan wang ringgit. Seorang 'GURU' yang terbaik untuk mengajar kita apa itu erti kehidupan yang sebenar. Perjalananku selaku seorang DUTA kecil warga Malaysia dalam memperjuangkan nama negara di arena antarabangsa yakni penglibatanku di Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN ke-16 yang baru saja melabuhkan tirainya pada 20hb disember yang lalu bertempat di Stadium Nasional Laos. Alhamdulillah. Sepenglibatanku dalam dunia persilatan, inilah kali pertamanya aku merasai detik menjejakkan kaki di tanah seberang. Di tanah orang. atau aku boleh definasikan sebagai kubu musuh. Tanah Vientiane, Laos telah terpilih menjadi medan peperangan kami, skuad IPT Malaysia. dengan mempertaruhkan 19 jenis sukan dan 160 pingat emas. Namun, aku hanya terlibat dalam salah satu dari 19 sukan tersebut iaitu sukan Pencak Silat atau secara spesifiknya Silat Seni. Insyallah suka untuk aku coretkan detik2 kami bertolak ke sana, berada

Latihan Pusat Fasa Akhir AUG 2012

Image
Assalamualaikum. Akibat terlampau stress memikirkan nasib diri, terlintas dalam otak fikiranku untuk melakarkan detik2 aku terima seruan menjulang nama negara untuk satu kejohanan yang paling besar yang pernah aku sertai setakat ini. Yaa. ASEAN University Games Vientiane, Laos 2012!! Kejohanan dwi-tahunan yang melibatkan atlit2 dari pelajar2 IPT seluruh Malaysia. And I'm lucky to be one of them. Alhamdulillah. Hampir seminggu telah berlalu sesi Kem Latihan Pusat Fasa Akhir untuk semua atlit2 Malaysia untuk ke Kejohanan AUG kelak. Disebabkan kejohanan berprestij ini melibatkan hampir 19 jenis sukan, maka ada sebahagian dari atlit2 dari sukan tertentu telahpun berangkat ke Laos. Namun, kami dari skuad Pencak Silat masih berbakikan 10 hari sebelum kami berlepas ke sana. Dengan 10 hari ini juga kami mengambil peluang membuat persiapan secukupnya sebelum jejaknya kaki kami ke 'kubu' orang. Insyallah kali ini suka untuk aku coretkan sikit beberapa ketika detik2 perjalanan kem lat

Stress Melanda

Image
Assalamualaikum. Ya Allah. Stressnya aku memikirkan kondisi akademikku yang semakin terbengkalai. Esok je dah kene submit dua report Automotive Lab III. Esok jugak ade satu paper Midterm Machine Design dan Quiz GEN4100. Esok jugak kena submit borang Shortlisted companies untuk praktikal tahun depan. Ya Allah. Dalam keadaan stress aku selalu tercari2 ape yang aku nak buat untuk hilangkan stress. Aku ingat lagi, dahulunya aku seorang yang suka memulaukan diri sendiri ketika stress. Bukan nak lari dari masalah. Tapi nak mengelakkan diri dari menambahkan lagi masalah. Means kalau aku stress aku ade potensi untuk melepaskannya kepada orang yang tak bersalah. Aku baring di atas katil keseorangan dan kekadang tidur. Pasang earphone dengar lagu nasyid. Lagu yang menenangkan jiwa. Kekadang ada jugak mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran untuk mengubat jiwa yang tengah lara ketika itu. Dan kemudian aku terpengaruh dengan sahabatku yang suka makan tika jiwa dilanda stress. Dan sekarang ini. Aku te