Latihan Pusat Fasa Akhir AUG 2012

Assalamualaikum.

Akibat terlampau stress memikirkan nasib diri, terlintas dalam otak fikiranku untuk melakarkan detik2 aku terima seruan menjulang nama negara untuk satu kejohanan yang paling besar yang pernah aku sertai setakat ini. Yaa. ASEAN University Games Vientiane, Laos 2012!! Kejohanan dwi-tahunan yang melibatkan atlit2 dari pelajar2 IPT seluruh Malaysia. And I'm lucky to be one of them. Alhamdulillah.


Hampir seminggu telah berlalu sesi Kem Latihan Pusat Fasa Akhir untuk semua atlit2 Malaysia untuk ke Kejohanan AUG kelak. Disebabkan kejohanan berprestij ini melibatkan hampir 19 jenis sukan, maka ada sebahagian dari atlit2 dari sukan tertentu telahpun berangkat ke Laos. Namun, kami dari skuad Pencak Silat masih berbakikan 10 hari sebelum kami berlepas ke sana. Dengan 10 hari ini juga kami mengambil peluang membuat persiapan secukupnya sebelum jejaknya kaki kami ke 'kubu' orang. Insyallah kali ini suka untuk aku coretkan sikit beberapa ketika detik2 perjalanan kem latihan pusat yang baru saja berlalu bermula dari hari Selasa yang lepas. Cuma mungkin penulisan kali ini agak ringkas dan hanya akan menyentuh 3 situasi saja.

1. Barang2 Kejohanan
Tang ni yang paling aku suka. Haha. Impianku selama bertahun2 ingin memiliki sepersalinan Jersi dan Sweater Harimau tercapai. Ya Allah, hanya Allah je tahu keseronokan hatiku ketika itu. Kami juga terima satu beg pakaian, topi, sehelai jersi kolar dan sehelai jersi tak berkolar, bendera Malaysia kecil, Recovery item dan botol khas dari Institut Sukan Negara dll. Elaun latihan dan elaun sepanjang kejohanan jugak telah disampaikan pada malam berkenaan.

Kelengkapan Latihan... Power Bar, Power Gel, Serbuk Recovery...

Track Suit satu set with 2 jersy...

Elaun Latihan
RM20 sehari x 10 hari = RM200

Elaun Kejohanan
RM60 sehari x 6 hari = RM360

Total Elaun = RM560 ... Papepun still bersyukurr. Alhamdulillah..

2. Majlis Penyerahan Jalur Gemilang
Pada 6hb Disember telah diadakan satu Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN AUG 2012 bertempat di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia UPM. Telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pengajjian Tinggi. Diadakan sedikit sesi jamuan makan selepas selesai majlis tersebut. Sedikit gambar2 yang sempat ditangkap ketika majlis berlangsung. Geram jugak aku kenapa dorang tak kecoh2 nak tangkap gambar bebanyak mase ni. Reason dorang bagi, kat Laos nanti berlambak gambar boleh tangkap. Err. -_-;;

Rehearsel terdatang awal. Majlis mula pukul 12pm. Kami datang pukul 830am. -.-''

Perarakan masuk barisan pemegang Jalur Gemilang..

Penyampaian Jalur Gemilang kepada TM Pengajian Tinggi...

Kami ex-PSSGM SMKSP sedia beraksi di Temasya AUG 2012...

skuad MALAYSIA bakal menggegarkan bumi LAOS minggu depan... Ayuh!!

3. Sesi Latihan 
Latihan kami dijalankan di Dewan Putra 2, Kolej 12, UPM dibawah seliaan Pengurus Pasukan En. Azli Pudin, Coach Peja dan Coach Bob. Dewan berhawa dingin lengkap dengan mattress 8x8.  Suasana yang agak kondusif untuk berlatih. Persekitaran yang sangat molek untuk dijalankan sesi fitness. Err. Paham2 je la.

bila nampak org nak capture gambar, semua dah siap posing...

bila dah penat berlatih, inilah rupanya... haha..

team kami terdiri dari pelbagai latar belakang negeri dan dari universiti yang berlainan...

Ok. This is just a simple writing. Secara detailnya akan diupdate dan didokumentasi untuk sesi akan datang. Moga diberi kudrat dan masa yang cukup untuk menulis nanti. Papepun, harap kalian semua dapat doakan kejayaan team kami, Team Pencak Silat MALAYSIA AUG 2012 yang akan beraksi di temasya AUG pada minggu hadapan. Insyallah. Amiin.

Wallahualam.

Comments