Posts

Showing posts from February, 2014

Hala Tujuku Selepas Belajar

Image
Assalamualaikum. Entah kenapa bila berjumpa dengan mereka hati ini jadi tenang. Seolah bila bersembang dengan mereka, setiap bait-bait yang terungkap dibibirku keluar bersama masalah-masalah yang sekian lama menyembunyikan diri dalam otak fikiranku. Aku perasan. Aku sedar. Mungkin itulah yang terbaik buat diriku. Tapi aku harus akui bahawa setiap apa tindakan yang aku telah putuskan adalah untuk kebaikanku. Semester baru telah menjelang tiba. Dua minggu telah ku lalui dengan jayanya. Bersama classmates baru, lecturer baru, kenalan baru, dan misi yang baru. Aku tak tahu, kenapa semester kali ni semangatku tak seperti semester sebelum ni. Mungkin misi yang ku pasang untuk tahun ini agak drastik. Adapun misi tersebut aku pilih untuk merahsiakannya. Semester kali ini insyaAllah adalah yang terakhir. Semester yang menentukan peringkat CGPA mana yang aku akan dikategorikan selepas bergelar graduan kelak. Bila terfikir akan graduasi, aku seringkali buntu. Buntu dan keliru dimanakah destinasik

Idola. Aku bukan yang terbaik.

Image
Aku tak tahu kenapa malam ni selepas aku membaca hasil tulisan beliau, aku tersentap.  Aku terpaku. Jujurnya diri ini tak pernah terfikir pernah menjadi idola seseorang. Pernah menjadi contoh ikutan seseorang. Terutama dalam arena sukan yang ku ceburi sekarang. Entah kenapa selepas aku baca, aku terasa semua memori dan kenangan selama empat lima tahun belakangan ni menyusup kembali dalam fikiranku. Bagaimana aku mula mengorak langkah dalam dunia pencak silat khusus dalam acara silat seni. Bagaimana pada mula-mula di tingkatan satu, salah seorang seniorku personally menjemputku turun latihan gayong semasa tengah menikmati makan tengahari di dewan makan asrama pada ketika itu. Aku sebenarnya tak pernah terfikir akan bergiat aktif dalam  sukan silat. Pada mulanya aku hanya berniat sekadar aktif untuk memenuhkan markah kokurikulum peringkat sekolah. Tapi sebaliknya yang terjadi. Aku ingat lagi masa berada di tingkatan satu, aku baru saja beberapa minggu jejakkan kaki di sekolah dan untuk p

Pemilihan Atlit Silat Negara 2014

Image
Assalamualaikum. Medan pertempuran antara Team ELIT Malaysia dan Juara Kebangsaan Berkesempatan juga untuk kali kedua, penulis menghadiri satu pemilihan untuk atlit-atlit Pencak Silat Malaysia 2014 bertempat di Gimnasium B, Kompleks Sukan (MSN) Bukit Jalil. Menampilkan pertempuran antara dua penjuru iaitu pasukan elit Malaysia (SEA Games 2013) dan pasukan Juara Kebangsaan. Mengikut apa yang diperhatikan sepanjang sesi pemilihan tadi, penulis boleh memberi jaminan 100%, sesi pemilihan telah dijalankan secara telus. Juga yang turut menghadirkan diri ialah Timbalan Presiden PESAKA Malaysia Datuk Suhaimi Md Shah, Setiausaha Agong PESAKA Malaysia Datuk Hj. Megat Zulkarnain Omar Din, Presiden PESAKA Selangor Tn. Hj. Sulleh Udin, YDP PSSGM (K) Datuk Adiwijaya Hj. Abdullah, Bendahari Agong PSSGM (K) Ckg Amy Zairy Rahmat, Presiden Persatuan Bekas Pesilat Negara (PBPN) Ckg Zakri Ibrahim bersama sahabat seperjuangan beliau Ckg Azlinda, Ckg Wan Aminuddin Baki dan lain-lain. Juga yang turut hadir s

From TMCC to Mid Valley MM

Image
Assalamualaikum. Sector Focused Career Fair. Tapi tak berapa nak focus kat bidang ENGINEERING sangat. Hmm. Pulang dari Sector Focused Career Fair (SFCF) yang diadakan di TM Convention Centre, Petaling Jaya. Alhamdulillah, sempat menghantar beberapa resume/CV secara terus ke beberapa booth company yang terpilih seperti PROTON, Petronas, UEM dll. Pada mulanya tiba di luar Exhibition Hall, kami telah disapa oleh committee. Lengan kanan kami ditampalnya sekeping stiker bulat dan diarahnya kami untuk mendaftarkan diri menerusi online di komputer yang telah disediakan di luar Exhibition Hall. Selesai mendaftarkan diri, kami terus melangkah masuk ke dewan exhibition. Nampak ramai kelibat-kelibat manusia yang bermacam rupa berlegar-legar, bermundar-mandir ke sana ke mari, berjalan dalam kelompok dan ade yang masih mencari-cari booth syarikat-syarikat terpilih. Ramai rupanya yang masih menganggur. Ada yang berpakaian suit hitam lengkap berkasut dan bertight-in. Ade yang hanya memakai selipar da

Chassis System bersama Dr. Ataur

Image
Assalamualaikum. Ahamdulillah. Done my second day of lecture this semester. Due to the fact that I'm only have twice classes per day, for today, I only have Vehicle Dynamics and Chassis System and Computational Fluid Dynamics (CFD) Classes. Quite a tough subjects. Basically for CFD, it is pretty much the same with Fluid Mechanics (FM) class which I took on my second year of studies. Seriusly setakat introduction class tadi, mostly he just repeating what had he taught us in FM. Cuma mungkin dalam CFD, dia ajar lagi mendalam sikit. Papepun I like the way he teach us. Asst. Prof. Dr. Asif Hoda. Beliau adalah antara lecturer yang betul-betul boleh hasilkan engineer. Siapa yang belajar dengan die mesti setuju. Haha. Untuk subjek Chassis pulak? Hmm. Lecturer yang memang tak asing lagi di mata student-student automotive IIUM. Antara senior lecturer yang dah lama menabur bakti kat department mechanical IIUM. Assoc. Prof. Dr. Ataur Rahman. Seorang lecturer yang sangat berpengalaman dan sang

Mechanical Vibration bersama Dr. Nabilah

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai kelas pertama di hari pertama sem ni. Kelas MECHANICAL VIBRATION. Dapat lecturer best! Muslimat. Maaf mungkin yang bukan UIA tak biasa dengan term tu. Maksudnya seorang perempuan. Agak muda. Mungkin sudah berpunya. Haha. Terasa sensitif pulak kalau tanya beliau soalan tu. Apa yang menarik perhatianku adalah the way she attract us in her teaching. Graduan PhD dari University of Southampton, United Kingdom. Study Master di UTM Skudai dalam research. Juga bekas student Automotive Engineering IIUM. Waah! Setelah menjalani sedikit kegiatan 'stalker' di website-website universiti tempat beliau belajar sebelum ni, inilah hasilnya (di bawah). Haha. MSc : Identification of Ground Vehicle's Aerodynamic Derivatives Using Neural Network PhD : The Vibration of Fluid-Filled Hoses in Automotive Hydraulic Systems Kebetulan masa lecture tadi, Dr Nabilah ada discuss pasal Tacoma Bridge. At the first place, aku tertanya ape tu Tacoma Bridge? Kenapa den

Automotic IIUM Schedule Formatter

Image
Assalamualaikum. First day of the sem begin. Bismillah. As usual, mula-mula sem ni dah jadi rutin untuk semua student siapkan jadual kelas masing-masing. Maklumlah, kalau UIA, die guna CRS (Course Registration Slip) atau Confirmation Slip jer untuk mention susunan kelas kat student-student. Sangat serabut kalau sorang student tu ambil banyak subjek. Untuk sem ni, entah kenapa terasa malas sangat nak buat jadual kelas. Maklumlah, subjek hanya tinggal lima jer sem ni. Dan sem ni pulak insya Allah sem terakhirku di UIA. Memang terasa malas. Disebabkan kemalasan ku memuncak, aku pun merajinkan diri untuk terus online dan mengonline. Haha. Tetibe terjumpe satu post kat IIUM Online ni. Memang status padan sangat dengan situasi aku mase tu. Haha. "...teringin nak ade timetable tapi malas nak buat sendiri..". So, apa lagi, mouse yang ade di tangan kananku laju je menekan link kat status tu. Nak try boleh klik [ SINI ]. Ok. Setelah ikut semua step-step die, maka muncul sudah jadual ke

Semester Baru bersama ROBOCOP!

Image
Assalamualaikum. ROBOCOP 2014! Baru lepas balik dari menonton wayang bersama roomates. Permulaan semester yang tak pernah diduga. Haha. Orang kata sebelum musim stress belajar mula, biar kasi minda hibur dulu. Enjoy! Adhock planning. Semalam dengan tidak semena-mena aku membalas tweet sahabatku, Zul mencadangkan untuk menonton wayang cerita terbaru Robocop. Lantas, beliau meng'iya'kan cadanganku. Dan roomateku Rahman juga menunjukkan respon positif. Tengahari tadi punyalah semangat terus belikan tiket awal sikit untuk ditonton sebelah malamnya. Takut seat strategik semua penuh. Tapi, alhamdulillah. Musim CNY ni ramai balik kampung. Wangsa Walk Mall pun boleh lengang. Kedai-kedai pun banyak yang tutup. Ketara sangat orang cina yang banyak memonopoli lot-lot kedai kat sana. Haha. Sekali order popcorn dan air saiz besar. Movie dah habis, tapi popcorn dan air tak habis-habis. Haha. SEMESTER BARU... My room key. Jemput datang bilik ambe. Tapi kalau nak suruh ajar sth tu mungkin lupa

Hadiri Walimah Nadrah & Ammar UKM

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Baru pulang dari menghadiri majlis walimah sahabat sepersilatan merangkap teammate AUG Malaysia '12, saudari Nadrah Ahmad bersama pasangan beliau saudara Ammar, keduanya merupakan mahasiswa/i UKM, Bangi. Nak diceritakan mengenai 'Courtship' mereka, memang aku tak tahu langsung. Tapi secara ketaranya, mereka berdua bertemu dan mengenali antara satu sama lain melalui wadah perjuangan seorang pendekar dan srikandi yakni kedua-duanya merupakan pesilat UKM yang telah lama menabur bakti dalam arena silat di kejohanan-kejohanan peringkat IPT seperti MASUM. Nadrah pula merupakan rakan sepasukanku semasa di Kejohanan ASEAN University Games dua tahun lepas di Laos. Sama-sama menggalas cabaran negara dalam kategori yang sama iaitu Regu. Beliau memang seorang yang peramah dan agak pendiam. Tapi tak sangka rupa-rupanya diam-diam beliau berisi rupanya. Haha. Alhamdulillah. Berkesempatan juga aku meluangkan masa memenuhi undangan Majlis Walimah beliau di Ba

Nasi Lemak TELANJANG -Chef Wan-

Image
Assalamualaikum. Satu tamparan hebat dirasai oleh pihak Malaysia Airlines System (MAS) apabila nasi lemak yang disediakan oleh mereka digelar "Nasi Lemak TELANJANG". Yes. Sangat-sangat tak dinafikan. Dari sudut pandangan penulis sendiri hidangan yang disediakan oleh pihak penerbangan sewajarnya mempunyai mutu sebagai tarikan kepada pelancong-pelancong luar apatah lagi jika hidangan tersebut merupakan hidangan sarapan terkenal Malaysia seperti Nasi Lemak. Sangat memalukan. Apa tak nya, hidangan Nasi Lemak yang hanya disertakan sambal dan telur rebus saja. Memang padan sangat digelar telanjang. Mana perginya timun dan ikan bilis. Kalau ikut cita rasa penulis, ikan bilis yang rangup juga merupakan salah satu yang faktor menyumbang kepada keistimewaan nasi lemak itu sendiri. Memang tak boleh disangkal, mungkin kalau dikritik orang biasa, pihak MAS tak akan ambil peduli. Tapi sekali dikritik oleh chef profesional bertaraf antarabangsa, aku yakin pihak MAS akan lebih peka dalam me