Pemilihan Atlit Silat Negara 2014


Assalamualaikum.

Medan pertempuran antara Team ELIT Malaysia dan Juara Kebangsaan

Berkesempatan juga untuk kali kedua, penulis menghadiri satu pemilihan untuk atlit-atlit Pencak Silat Malaysia 2014 bertempat di Gimnasium B, Kompleks Sukan (MSN) Bukit Jalil. Menampilkan pertempuran antara dua penjuru iaitu pasukan elit Malaysia (SEA Games 2013) dan pasukan Juara Kebangsaan. Mengikut apa yang diperhatikan sepanjang sesi pemilihan tadi, penulis boleh memberi jaminan 100%, sesi pemilihan telah dijalankan secara telus. Juga yang turut menghadirkan diri ialah Timbalan Presiden PESAKA Malaysia Datuk Suhaimi Md Shah, Setiausaha Agong PESAKA Malaysia Datuk Hj. Megat Zulkarnain Omar Din, Presiden PESAKA Selangor Tn. Hj. Sulleh Udin, YDP PSSGM (K) Datuk Adiwijaya Hj. Abdullah, Bendahari Agong PSSGM (K) Ckg Amy Zairy Rahmat, Presiden Persatuan Bekas Pesilat Negara (PBPN) Ckg Zakri Ibrahim bersama sahabat seperjuangan beliau Ckg Azlinda, Ckg Wan Aminuddin Baki dan lain-lain. Juga yang turut hadir sebilangan atlit-atlit UPNM yang datang untuk menyokong sahabat mereka beraksi. Barisan jurulatih-jurulatih Selangor juga datang atas dasar sokongan kepada pendekar-pendekar Selangor.

Penyokong dari PSSGM

Penjuru Team Juara Kebangsaan

Coach / Senior Selangor

Shaban Kandar Hakim

Sokongan dari sudut Team Juara Kebangsaan

Atlit-atlit Juara Kebangsaan warm up diketuai oleh Eboy dan Ajak

Alhamdulillah, perjalanan sesi pemilihan berjalan dengan lancar. Tiada sebarang kecederaan berat berlaku. Kemenangan diberikan kepada mereka yang berhak. Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Atlit Silat Negara 2014 :

Kelas A Putra
Faiz Nur (Selangor) vs Faiz (Perlis) [5-0]

Kelas A Putri
Partini (Selangor) vs Humaira (Elit Msia) [0-5]

Kelas B Putra
Faizul Nasir (Selangor) vs Muhd Helmi (Elit Msia) [5-0]

Kelas C Putri
Mahani (Terengganu) vs Zubaidah (Elit Msia) [2-3]

Kelas D Putra
Abdul Razak (Terengganu) vs Ahmad Shahril (Elit Msia) [1-4]

Kelas E Putra
-Nama Tak Pasti- (Perak) vs Al-Jufferi (Elit Msia) [0-5]

Kelas F Putra
Kamarul Anwar (Perak) vs Fauzi Khalid (Elit Msia) [0-5]

Kelas G Putra
-Tak Pasti Nama- (Perak) vs Safwan (Elit Msia) [0-5]

Kelas J Putra
Wan Izzaidi (Terengganu) vs Azrul Matyo (Elit Msia) [2-3]

Menang Tanpa Bertanding :
Kelas C Putra - Sepet
Kelas H Putra - Faizul UPNM
Kelas I Putra - Khaizul UPNM

TAHNIAH! terutama kepada lima orang muka baru yang berjaya diserap masuk ke dalam skuad ELIT Malaysia iaitu Faiz, Faizul (Eboy), Sepet, Faizul (Pejo) dan Khaizul (Joe).

Bila dua FAIZ bertempur. Alhamdulillah. Faiz Selangor MENANG!

Partini bertemu Humaira. Tewas. Good game!
 
Kelas B Putra. Eboy vs Helmi. Dua-dua agresif. Alhamdulillah, rezeki Selangor untuk JUARA.

Rasa cemburu pun ada. Maklumlah, sahabat yang mula bergiat lewat sikit dari aku dah berpeluang main Malaysia. Tapi aku? Dah tu dapat pula kategori SILAT SENI. Of kos, penilaian yang sangat SUBJEKTIF. Aku tak tahu lah andainya kalau sesi pemilihan tadi juga dijalankan untuk kategori SILAT SENI. Mungkin ada yang kurang senang dengan keputusan juri.

Apepun, penulis tetap mendoakan kejayaan sahabat-sahabat yang bakal mengggalas nama negara di kejohanan-kejohanan luar yang akan datang. Yang terdekat mungkin Kejohanan Terbuka UPSI yang bakal diadakan pada bulan April ini.

Rasa teruja juga tadi bila berpeluang melihat legend-legend pesilat tanah air beraksi. Permainan yang tangkas, lincah dan agresif. Berpeluang melihat Juara Dunia dan Juara SEA Games beraksi depan mata. Respect bak ang!

Insyallah. Walaupun diri ini sudah mula reda dalam sukan pencak silat, tapi isu semasa dan perkembangan silat dalam negara sentiasa ku cakna. To the winners, CONGRATULATIONS! Aku tahu cita-cita kalian bakal tercapai bila sudah menyarung jersi tertulis MALAYSIA di belakang. Untungnya kalian. Wallahualam.

Comments