Hadiri Walimah Nadrah & Ammar UKM


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Baru pulang dari menghadiri majlis walimah sahabat sepersilatan merangkap teammate AUG Malaysia '12, saudari Nadrah Ahmad bersama pasangan beliau saudara Ammar, keduanya merupakan mahasiswa/i UKM, Bangi.

Nak diceritakan mengenai 'Courtship' mereka, memang aku tak tahu langsung. Tapi secara ketaranya, mereka berdua bertemu dan mengenali antara satu sama lain melalui wadah perjuangan seorang pendekar dan srikandi yakni kedua-duanya merupakan pesilat UKM yang telah lama menabur bakti dalam arena silat di kejohanan-kejohanan peringkat IPT seperti MASUM.

Nadrah pula merupakan rakan sepasukanku semasa di Kejohanan ASEAN University Games dua tahun lepas di Laos. Sama-sama menggalas cabaran negara dalam kategori yang sama iaitu Regu. Beliau memang seorang yang peramah dan agak pendiam. Tapi tak sangka rupa-rupanya diam-diam beliau berisi rupanya. Haha.

Alhamdulillah. Berkesempatan juga aku meluangkan masa memenuhi undangan Majlis Walimah beliau di Bandar Baru Bangi. Lokasi rumah pengantin perempuannya agak berdekatan dengan UKM. No wonder UKM juga jadi pilihan hati dalam pengembaraan beliau menuntut ilmu.

Sedikit selingan gambar-gambar yang sempat ditangkap sepanjang bertandang di Majlis Walimah beliau sebentar tadi.

Sampai-sampai jer, ingatkan takde orang yang kenal kat sini. Alhamdulillah, muncul kelibat dua orang hamba Allah ni, Kak Haliza dan Kak Amalina. My teammate AUG Malaysia 2012. 

Tak jumpa pengantin lagi dah terus pi cari makanan. Haha. Teh tarik masih pilihan hati. 

Selesai makan, terus masuk rumah cari pengantin. Rupanya mereka tengah bersolat. Tunggu punya tunggu, akhirnya muncul jugak. Orang kata rugi kalau datang majlis walimah tapi tak bergambar dengan pengantinnya. Haha. Jeng!

Tandatangan dan ucapan dalam buku rekod pengunjung-pengunjung walimah. Smart jugak buat camni. Kekadang kalau ade personal ucapan tu mudah sikit nak disampaikan menerusi buku ni. Nice.

Nah! Sedikit ucapan ringkas dan tandatangan wakil dari Team Silat UIAM dan Selangor. Maaf tulisan tak berapa nak lawa. Maklumlah, musim cuti kuliah. Dah lama tak menulis. Hehe.

 Chocolate buffet! Nasib baik tinggal sikit je. Kalau tak mahu lama jugak lepak kat sini pekena semua jenis coklat yang disediakan. Haha.

Selesai merembat seberapa banyak coklat untuk dibawa pulang. Haha. Sumbat dalam poket. Jangan tak sumbat. Haha.

Di sekitar perumahan pengantin. Buat ala kadar, tapi menunya tetap best! Thanks for the invitation.


Akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU buat kedua sahabatku Nadrah dan Ammar. Moga diberkati hidup dan dikurniakan kebahagiaan oleh-NYA hingga ke syurga. Insya Allah. Ada rezeki kita bersua di kejohanan silat akan datang. Hehe.

Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah di Majlis House Warming Makcik kepada sahabatku Kak Haliza yang baru menetap di Taman Tropika 2, Kampung Sungai Tangkas, Bangi. Rumah berkonsepkan Town House. Pada mula membelinya dengan harga RM300k+ tapi sekarang harganya mencecah RM400k+. Waa! Mahal gila.

 Haa! Ni dia rumah dia. Besar bak ang. Tapi rumah dia yang tingkat bawah tu je. Tu pun harga dah cecah 300k. Haih.

Kambing golek incoming. Entah kenapa majlis yang dihidangkan menu kambing dah jadi trend zaman sekarang. 

Makan. Jangan tak makan. Kenyang belakang cerita. Janji makan. Haha.


Alhamdulillah. Jejak rumah sekitar jam 430 petang. Penat perut ni bekerja. Asyik makan jer dari tadi. Haha. Peace! Wallahualam.

Comments