Sunday, 2 February 2014

Semester Baru bersama ROBOCOP!


Assalamualaikum.

ROBOCOP 2014! Baru lepas balik dari menonton wayang bersama roomates. Permulaan semester yang tak pernah diduga. Haha. Orang kata sebelum musim stress belajar mula, biar kasi minda hibur dulu. Enjoy!


Adhock planning. Semalam dengan tidak semena-mena aku membalas tweet sahabatku, Zul mencadangkan untuk menonton wayang cerita terbaru Robocop. Lantas, beliau meng'iya'kan cadanganku. Dan roomateku Rahman juga menunjukkan respon positif. Tengahari tadi punyalah semangat terus belikan tiket awal sikit untuk ditonton sebelah malamnya. Takut seat strategik semua penuh. Tapi, alhamdulillah. Musim CNY ni ramai balik kampung. Wangsa Walk Mall pun boleh lengang. Kedai-kedai pun banyak yang tutup. Ketara sangat orang cina yang banyak memonopoli lot-lot kedai kat sana. Haha.

Sekali order popcorn dan air saiz besar. Movie dah habis, tapi popcorn dan air tak habis-habis. Haha.

SEMESTER BARU...

My room key. Jemput datang bilik ambe. Tapi kalau nak suruh ajar sth tu mungkin lupakan je kot. Haha. Tapi kalau nak study sesama, sangat dijemput. :)

Yaa.Semester baru dah berkunjung tiba. Insya Allah semester terakhirku di bumi UIA ni. Sem ni macam-macam misi aku dah pasang. Ade yang masih ragu-ragu entah boleh capai ke tak. Tapi aku dah nekad. Positifkan diri. Harap semangat dan tekad aku kekal hingga akhir sem dan semua misi aku tercapai.

Semester kali ni aku ambil lima subjek.

English for Academic Purpose
Vehicle Dynamics and Chassis System
Computational Fluid Dynamics
Mechanical Vibrations
Final Year Project II

Subjek semua boleh kata agak tough. Cuma mungkin subjek EAW tu mudah sikit. Just kena buat research paper dan presentation. Papepun insya Allah misi tahun ni aku nak cuba mendalami ilmu-ilmu tersebut bukan sekadar belajar untuk exam. Haha. Semangat jugak aku kekadang. Moga ianya istiqamah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...