Wednesday, 9 August 2017

Perth 2017 - Persediaan Sebelum Bertolak

Assalamualaikum w.b.t.

[Post Tertunda]

Coretan pertama 2017. Catitan pertama bulan yang ke 8. Masih memujuk diri untuk meneruskan hobi yang tergantung sepi. Menulis. Berkongsi kisah peribadi untuk tatapan diri di masa mendatang. Namun, azam yang masih terkujur layu dek kesibukan dunia dan amanah bermajikan. Pulang dari kerja semakin lewat, kerja bertimbun yang tak pernah berkurang malah makin bertambah, hujung minggu yang penuh dengan aktiviti merehatkan minda dan berukhuwah bersama ahli rumah yang lain juga tak lupa sedikit ruangan masa beberapa jam untuk aku laburkan memenuhi amanah, berkongsi ilmu bersama adik-adik bakal pasukan silat seni SUKMA Selangor 2018. Alhamdulillah. Walau dipenuhi masa yang sentiasa mencemburui diri ini, masih punyai ruang masa untuk aku bahagikan buat familyku, sahabatku, dunia silatku, periuk nasiku dan passionku.

Seperti penulisan sebelum-sebelum ini, setiap catatan pengembaraan suka untuk aku kongsikan di ruangan ini. Malah ruangan ini sendiri diwujudkan untuk dipenuhi dengan perkongsian seperti ini. Maka walau terasa agak lewat mengupdate, tetap ku gagahkan jua untuk memerah memori yang sudah hampir dua bulan lebih ditinggalkan. Pengembaraanku bersama sahabat-sahabat travelku ke tanah kanggaroo, Perth Australia pada 12th - 16th Mei 2017.

Bila berkongsi mengenai travel, salah satu asbab yang menjadi kata putus untuk terlaksananya sesuatu pengembaraan itu ialah adanya promosi harga tiket penerbangan yang sangat murah. Kos penerbangan kami return tiket berharga RM550 sahaja untuk satu kepala. Pada mula saat promosi bermula, terus aku contact sahabatku yang kini bermastautin di Perth Australia untuk bertanyakan tentang harga normal untuk ke sana dari Malaysia. Dan seperti aku jangkakan, harga promosi AA ini tersangat murah dibandingkan harga normal yang dikenakan untuk kesana. Terus aku roger sahabat-sahabat terdekat yang mempunyai minat yang sama. Alhamdulillah. Hanya kurang tiga jam sahaja hasil perbincangan dan kegiatan transfer duit berlaku, 4 keping tiket KLIA-Perth telah berjaya dimiliki.

Aku, Shazwan, Firdaus dan Afiq.

Aku menetap di KL. Daus menetap di Shah Alam. Afiq menetap di Cheras dan Shazwan menetap di Johor. Beberapa minggu sebelum kami berangkat barulah kami adakan meeting untuk merangka ittinerari penuh pengembaraan kami. Bertempat di salah sebuah restoran ala hipster di sekitar Cheras, tanpa Daus kami teruskan misi merangka tentatif penuh perjalanan termasuk kos sepanjang kami berada di Perth nanti.

tentatif awal perancangan kami. hasil diskusi kami bertiga. aku wan dan afiq.

Pertemuan kami berempat untuk pertama kali ialah di KLIA pada 12th Mei iaitu hari keberangkatan kami ke Perth Australia. Sebenarnya sepanjang beberapa bulan sebelumnya, masing-masing dah berkongsi link-link dan research berkaitan pantang-larang dan barang-barang terlarang yang selalunya ditahan di imigresen Perth Airport. Dan Perth juga merupakan salah sebuah negara yang sangat strict menapis imigran-imigran yang nak memasuki negera mereka. Ketibaan kami di sana disambut oleh seekor anjing besar yang dilepaskan dalam keadaan kami diarahkan untuk beratur dan memegang beg di sisi memasing. Anjing tersebut akan bertindak menghidu setiap beg atau bagasi yang dipegang oleh setiap orang untuk menghidu barang-barang yang terlarang. Tambahan juga, ada diceritakan di dalam blog-blog traveler yang mana jika kedatangan kita ke negara tersebut tak dinyatakan bersama tarikh untuk kita berangkat pulang ke negera asal, pihak imigresen akan menarik kita ke kaunter khas untuk disoal siasat. Sebab telah banyak kes-kes yang berlaku terutama berkaitan orang-orang asing yang masuk ke sini untuk bekerja sebagai pemetik anggur secara haram. Selagi kita tak punyai VISA kerja yang sah, maka kita tetap dianggap Pendatang Haram.

perut dah berkeroncong, masa ada kurang setengah jam dari gate tutup. memang rushing gila makan di Old Town KLIA2. stress rasa bila makan tak ikhlas ni. haha.

Sebelum aku mula bercerita mengenai tempat-tempat tarikan yang telah menjadi pilihan kami di sana, suka untuk aku kongsikan beberapa persiapan kami sebelum jejakkan kaki di sana.

1) VISA

Visa sebenarnya telahpun kami putuskan untuk menyerahkan kepada Afiq untuk uruskan. Apa yang kami perlu buat hanyalah transfer RM20 ke akaun beliau dan send gambar muka depan passport masing-masing ke whatsapp group. Beberapa minggu selepas itu alhamdulillah Visa telahpun selamat dikeluarkan oleh pihak imigresen Australia. Tempoh sah laku Visa ini ialah selama setahun. Bermakna, dalam setahun ini kami tak perlu nak apply Visa jika berhajat ke sana untuk kali kedua.



2) KERETA SEWA

Al-maklum Australia adalah sebuah negara yang besar. Dipecahkan kepada 5 bahagian, Western Australia (WA), Northern Territory (NT), South Australia (SA), Queensland dan New South Wales (NSW). Dalam 5 bahagian besar ini terletaknya beberapa major cities yang selalu dijadikan tarikan pelancong seperti Sydney, Brisbane, Melbourne, Perth dan Adelaide. Perth pula terletak di dalam wilayah WA. Dan pengembaraan kami bukan hanya tertumpu dalam kawasan Perth sahaja. Kami merancang untuk melawat di kota dan tempat-tempat tarikan di sepanjang pesisiran pantai WA. Atas sebab itu kenderaan sangat memainkan peranan yang penting dalam memenuhi tuntutan lokasi tarikan yang telah dipersetujui dan juga untuk merancang masa perjalanan supaya sempat untuk kami melawat dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Maka atas nasihat dan cadangan dari sahabat kami yang bekerja di Perth, kami telah menempah kereta sewa secara online di Aries Car Rental (ACR). ACR merupakan salah sebuah syarikat kereta sewa yang terkenal di Malaysia kini telah melebarkan sayap bisnesnya hingga ke Perth. Sangat kagum! Melihat ada juga kelibat anak Malaysia yang berjaya mengembangkan bisnes mereka di tanah seberang. Kereta yang dipilih ialah Hyundai Accent Hatch Auto dengan harga AUD131 untuk 3 hari sewaan.



3) BARANG-BARANG YANG NAK DIBAWA

Beberapa minggu sebelum kami berangkat, banyak juga laman sesawang yang kami lawati untuk mengenal pasti jenis-jenis barang yang dapat melepasi imigresen di Airport Perth. Al-maklum, first time jejakkan kaki di sana. Dengar pulak ura-ura imigresen NZ dan Australia merupakan antara yang paling strict di dunia. Yeke? Haha. Berikut adalah hasil research kami yang ala kadar (sumber klik SINI):

Makanan yang BOLEH dibawa :
- Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
- Ikan sardin/tuna dalam tin
- Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
- kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
- ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
- beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
- Nescafe / tea 3-in-1 (yang ni aku baru tau sebab takde susu, hanya guna non-dairy creamer)
- Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
- ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
- rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa :
- serunding daging/ayam
- bahan makanan yang mengandugi telur
- hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
- minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
- buah-buahan
- rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
- daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini

Maka sebagai langkah berjaga-jaga, seusai tiba saja di airport sebelum kami berlepas dari KLIA, kami kumpulkan semua bekalan makanan kami dalam satu luggage dan siap senaraikan satu persatu supaya mudah untuk ditunjukkan kepada pihak imigresen Perth bila ditahan nanti.

Afiq yang tengah semangat mencatit semua senarai barang-barang dalam luggage

Tak lupa juga untuk semua toiletries dan barang-barang berasaskan liquid dan gas wajib disumbat ke dalam luggage untuk di check in. Sebab barang-barang tersebut tak lepas untuk di bawa masuk ke cabin. Pernah ada pengalaman beli deodorant spray baru di airport sebelum berangkat ke Korea tempoh hari. Punyalah semangat beli baru dan bila nak melepasi scanner tak lepas. Terpaksa 'hadiah'kan kepada pihak imigresen tu. Sekali tengok dalam box dorang, banyak betul barang-barang terlarang yang terkumpul. Haha.

So far untuk persediaan sebelum kami berangkat, hanya tiga point ini saja yang kami titik beratkan selain dari penetapan lokasi-lokasi tumpuan semasa di Perth. Untuk coretan penuh berkaitan detik-detik kami berada di sana insyaAllah akan diceritakan di dalam post seterusnya. Moga aku terus istiqamah memerah otak untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan di laman ini. Amin.

Wallahualam.

..To be continued..

Saturday, 31 December 2016

Good bye 2016! Welcome 2017!

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha.

1. Karier

Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja aku sekarang memang ada sangat related dengan tajuk FYP aku satu ketika dulu iaitu tuning absorber kereta. Alhamdulillah. Sangat bersyukur. Cuma as usual, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Allah hanya beri benda yang kita perlu bukan mahu. Tak gitu?


Genap 2 tahun sudah aku bekerja dan syukur juga aku diberi peluang untuk merasai dunia tuning absorber yang sebenar. Sehingga berpeluang terlibat dengan tuning absorber kereta Perodua di kilang Daihatsu Jepun. Bagiku itu satu pencapaian yang agak besar buat diriku dalam landasan karier. Alhamdulillah. InsyaAllah tahun depan akan mengorak langkah untuk meneruskan misi azam 2017.

2. Passion

Kalau dulu orang kata passion ku hanyalah silat. Yes. Memang tak dinafikan. Sebab aku memang dibesarkan di dalam kerangka kehidupan atlet. Jaga berat. Jaga fitness. Sejak di bangku sekolah hingga ke tahun kedua di universiti, tak henti-henti aku terlibat dengan kejohanan-kejohanan silat di semua peringkat. Alhamdulillah juga sempat aku mencipta sejarah diri bila berjaya bergelar Juara AUG pada tahun 2012. Alhamdulillah. Namun, keghairahan aku bersilat sudah pun terhenti sejak dua tahun yang lalu. Pada bulan Januari 2014, penglibatan terakhirku dalam kejohanan silat dan syukur masih diberi peluang untuk merasai nikmat juara. Alhamdulillah. Dan disitu terhentinya karier aku sebagai atlet. Dan selepas pada itu hanya berkongsi pengalaman dan ilmu bersama junior-junior. Dan tahun ini juga aku diberi mandat untuk membantu pasukan silat seni Selangor sebagai Asst. Coach untuk kejohanan SUKMA di Sarawak. Dan kategori di bawah kendalianku juga alhamdulillah berjaya membawa balik pingat emas dan perak. Syukur. Walau hajat untuk berhenti dari dunia silat ini sudah lama terpasang, tapi bila melihat kejayaan anak buah kendalian kita berjaya mencipta nama terasa sebak dan terharu. Dan untuk aktiviti aku tahun ini juga bukan lagi hanya tertumpu kepada silat semata. Alhamdulillah, tahun ini sebenarnya aku telah mencabar diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti selain silat iaitu hiking dan travelling. Tahun ini juga padaku hampir semua azam ku tercapai. Alhamdulillah.

AZAM 2016 - Mission Accomplished!

a) Tawan sekurang-kurangnya 3 buah gunung...

Gunung Yong Belar (11-13 Mac 2016)

Gunung Kinabalu (8-10 April 2016)

Gunung Ijen, Indonesia (29 Ogos 2016)

Gunung Korbu (24-25 Sept 2016)

Gunung Gayong (24-25 Sept 2016)

b) Travel sekurang-kurangnya ke 3 buah negara...

Osaka, Japan (13-18 Jan 2016) - Small Group Backpacking

Surabaya, Indonesia (26-31 Ogos 2016) - Solo Backpacking

Seoul, Korea (3-7 Nov 2016) - Travel Agency Backpacking

c) Melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 3 jenis aktiviti...

Hiking

Travelling

Pencak Silat - Coaching

3. Life

Bila bercakap mengenai life untuk mereka yang masih single, tak lain tak bukan yang akan timbul dibenak fikiran kita ialah untuk bertukar status atau berkahwin. Tak dinafikan. Berkahwin merupakan salah satu wadah untuk kita berpindah ke fasa baru kehidupan. Tapi entah kenapa tahun ini terasa belum masanya lagi nak mulakan langkah ke arah itu. Walau bagaimanapun aku rasa apa yang aku lalui tahun lagi membuka mata aku. Bermacam perkara aku diuji oleh-Nya, namun aku anggap ianya sekadar lumrah sebagai seorang insan yang akan sentiasa diuji. Terkadang kita menganggap seseorang sebagai sahabat tapi tak tersangka beliau juga yang kerap 'mengecam' kita bila kita ditimpa musibah. Ada pula ketika seseorang yang kita percayai dan rapat dahulu tapi end up menjadi orang yang membuka aib kita. Ada juga mereka yang katanya berniat untuk menasihati kita tapi hakikatnya menghina kita bila mana nasihat yang dilakukan bersifat khayalak dan pilihan kata pula lebih kepada menjatuhkan semangat bukan membina. Terkejut dan kecewa. Itulah yang mampu aku ungkapkan. Namun disebalik mereka-mereka ini, tak dinafikan ada juga mereka yang betul-betul memahami dan tahu akan situasi yang sebenar dan cuba sedaya upaya menasihati secara berhemah. Really appreciate that. Thank you. Itulah lumrah kehidupan.

Apepun alhamdulillah dan syukur ku panjatkan atas ujian dan cabaran yang dilalui sepanjang tahun ini. Untuk tahun mendatang, banyak perancangan yang bermain dalam fikiran. Pada aku insyaAllah tahun depan merupakan tahun untuk mencabar diri. Untuk buat apa? Sama-sama kita nantikan. Hehe.

Dikesempatan ini, aku mewakili laman Jejak Musafir (since 2009) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017! Jadikan segala peristiwa dan kesilapan yang kita lalui pada tahun lepas sebagai pengajaran yang akan lebih mematangkan tindakan kita untuk tahun-tahun mendatang. InsyaAllah. Di sini juga aku ingin memohon jutaan kemaafan andai ada kesilapan dan ketelanjuran sepanjang penulisan di sini yang mana ada menyentuh hati dan perasaan pembaca. Segala titipan yang direncanakan dalam setiap penulisan di laman ini semuanya datang dari hati penulisan. Kalau baik, baiklah ia. Kalau sesuatu yang buruk, penulis pohon beribu kemaafan. Kelemahan penulis sendiri. InsyaAllah dalam usaha untuk menulis sesuatu yang mampu memberi manfaat untuk semua pembaca mahupun diri sendiri bila satu hari nanti ingin menjenguk kembali penulisan-penulisan terdahulu.

Salam kemaafan dan salam kejayaan.

Wallahualam.

Wednesday, 28 December 2016

Rumah Selangorku 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Disebalik cabaran ekonomi negara yang kian meruncing, tambahan pula dengan kehangatan isu-isu politik tanah air yang secara tak langsung dikatakan mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kedudukan ekonomi di Malaysia, juga kegiatan-kegiatan yang 'terlarang' hasil tangan orang-orang politik tanah air semakin menjadi-jadi menyebabkan rakyat makin merana dan terbeban dengan kos sara hidup yang terus meningkat. Harga minyak dunia naik, harga minyak Malaysia turut naik. Tapi yang hairannya bila harga minyak dunia dikatakan menurun, takde pulak harga minyak Malaysia menurun. Juga turut terkena impaknya adalah harga barangan keperluan asasi. Meningkat dan terus meningkat. Siapa yang wajar dipertanggungjawabkan? Ekonomi itu sendiri atau orang yang menguruskannya? Hmm.

Apepun syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Negeri Selangor atas usaha kalian untuk memastikan hasil kutipan cukai dan pendapatan di negeri ini disumbang kembali kepada rakyat melalui bermacam program dan inisiatif kerajaan negeri yang dirangka untuk kemudahan penduduk di negeri Selangor. Alhamdulillah dan tahniah YB Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Azmin Ali dan barisan kabinet negeri. Antaranya yang nak diketengahkan untuk post kali ini ialah berkaitan program "Rumah Selangorku : Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna".

Rumah Selangorku




Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku.

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan.

3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.

4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.

5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.

6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.

7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.

9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

sumber : http://www.lphs.gov.my/lphs/

Untuk rakyat Selangor, jom sama-sama daftar. Ambil peluang, jangan asyik nak 'membuang' wang. Hehe. Jangan asyik nak menghentam kerajaan negeri hinggakan usaha mereka dianggap salah satu agenda politik saja. Bukan nak back up kerajaan negeri atau parti PKR, terkadang kita kena belajar untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Asyik berperang ideologi sana sini tapi hakikat untuk memberi yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat entah ke mana.

Wallahualam.

Friday, 23 December 2016

Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, Akhirnya memakan diri

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan ruang untuk menitipkan sedikit perkongsian pendapat berkaitan senario di laman media sosial zaman sekarang. Makin meniti hari-hari akhir tahun 2016, makin sibuk diri ini dengan kerja yang bertimbun di office. Lama jugak tak berceloteh dalam arena blogging ni. Haha.

Sebenarnya ungkapan seperti di ruangan tajuk post kali ini adalah merupakan perkongsian tweet dari salah seorang sahabatku.

"Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, akhirnya memakan diri"

Yes. Totally agree! Di ruang lingkup media sosial tersangat bahaya rupanya bila kita menyibukkan diri di dunia realiti dan mengabaikan dunia virtual ni, macam-macam andaian orang boleh buat hasil dari interpretasi terhadap satu dua ungkapan yang kita titipkan di ruangan status di media sosial. Kalau andaian itu benar mungkin masih boleh terima lagi. Tapi sekiranya ia tak benar boleh membawa kepada fitnah.


Pernah juga bersembang dengan sahabat berkaitan senario ini. Seolah sekiranya berlaku sebarang masalah atau ketegangan dalam kalangan dua atau tiga pihak, kita perlu mention 'satu dunia' satu persatu solusi kita didalamnya termasuk status yang berbaur 'indirect' kepada seseorang. Baru rasanya dapat mengelakkan orang ramai dari dosa fitnah mereka. Kekadang aku merasakan tindakan tersebut sebenarnya lebih mengundang untuk menimbulkan lagi banyak andaian-andaian yang berterusan lagi-lagi bila mana 'interpretor' ini mentafsirkan status kita dalam keadaan emosi yang kurang stabil.

Disebabkan itu, pada aku tak perlu rasanya berkongsikan masalah atau keadaan emosi negatif di dalam ruangan media sosial. Lagi-lagi kalau ada diselitkan unsur sindir-menyindir dan serangan peribadi. Emosi positif tak apa. Spread the positive vibes. Selesaikan secara matang. Kalau ia melibatkan dua tiga pihak, biarlah mereka yang berkenaan saja tahu dan cakna pasal isu ini. Sebab pada aku, mendedahkan keadaan emosi negatif kita di media sosial dalam keadaan kaedah penulisan yang negatif juga boleh memakan diri disamping menyebarkan cas-cas negatif kepada umum. Sama ada tersebar aib diri yang menulis atau mendedahkan aib orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Lagi-lagi bila kata yang didorongi dengan emosi negatif. Just my two cent. Tak setuju takpe. Tak paksa. Haha.

Dan salah satu advantagenya juga kita dapat kenal macam mana sebenarnya ragam rakan-rakan media sosial kita. Jenis yang support bila tahu seseorang itu ada masalah atau hanya penuh sindiran dan cacian untuk lagi menjatuhkan semangat dia. Apa pun penulisan di media sosial adalah hak masing-masing. Terpulang pada individu tersebut.

Kita dapat lihat keadaan isu semasa sekarang yang mana penuh di dada-dada akhbar dan media sosial mengenai ketidak puas hatian golongan tertentu terhadap pemergian TGHH ke Tehran baru-baru ini. Ada yang menempelak dan mengkritik tindakan beliau yang pergi tak kena pada masanya. Disaat bumi Syria (Aleppo) sedang hangat dengan isu kekejaman tentera Bashar Assad terhadap golongan Muslim Sunni di sana, TGHH memenuhi undangan bersama pemimpin-pemimpin Syiah di Tehran. Macam-macam andaian dikeluarkan oleh semua pihak dari segenap penjuru tanpa mendapat kepastian sebab-musabab dari tuan punya badan terlebih dahulu. Dan di situ bermulalah tersebarnya post-post yang beremosi. Beremosi (tegas) pada aku takde masalah, cuma jangan sesekali lebih kepada sindiran, carutan atau serangan peribadi. Orang up status sindir kita macam sekian-sekian, kita pun balas up status sindir mereka sekian-sekian. Kalau begitu, apa bezanya kita dan mereka? Tak gitu? Disitu juga orang dapat perhatikan perlakuan kita lagi-lagi kalau kita ini merupakan Public Figure. That is why the best way pada aku, kelompok-kelompok yang terlibat perlu berjumpa dan bidas lah antara satu sama lain puas-puas. Dan hasilnya baru boleh cerita pada umum secara pukal (keputusan sebulat suara). Status paling win yang aku suka setakat ini ialah dari Mufti Wilayah, Dato Dr. Zulkifli Al-Bakri. Boleh refer page FB beliau.

Fenomena seterusnya ialah menulis indirect status untuk seseorang sama ada untuk menegur kesilapannya atau memperingatkan seseorang untuk tidak mengulangi kesilapan dirinya. Aku selalu juga memerhatikan bila dalam kalangan rakan media sosial tengah bertegang atas sesuatu isu, pasti statusnya akan reflect the isu. Cuma yang tak moleknya bila mana yang tak berkenaan pun turut menjadi 'minyak' yang lagi memarakkan lagi api pertelagahan. Berkongsi ayat-ayat status deep bertujuan lebih kepada menjatuhkan bukan untuk men'support' rakan media sosial dia yang sedang ditimpa musibah itu. Nauzzubillah. Di sini juga kita dapat lihat siapa yang sebenarnya kawan dan siapa lawan. Wahai sahabat-sahabiah sekalian, ayuh hentikan perbuatan seperti itu. Pada aku takde kematangan langsung dalam isu untuk menyelesaikan masalah. Terkadang kita sibuk mengecam orang dengan status-status deep kita dikhuatiri satu hari nanti Allah akan letakkan kita di dalam situasi yang sama. Just pesanan dari seorang hamba yang lemah.

Lagi satu fenomena di media sosial juga, bila mana kita menulis sesuatu status tanpa ada emoji yang menunjuk mood semasa ianya ditulis akan dianggap seolah status tersebut ditulis dalam keadaan serius siap muka berkerut. Haha. Begitulah lebih kurang senario di media sosial. Waspadalah dalam berkata, berkongsi dan mengkritik. InsyaAllah sekadar perkongsian pandangan.

Wallahualam.

Monday, 28 November 2016

Rinjani 2015 dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah-tengah tekun membelek post-post terdahulu, tetiba terserempak dengan blog sahabat se-UIA. Post yang sekian lama ditulis dan pending yang akhirnya terpublish beberapa hari yang lalu. Post yang sangat mengembalikan nostalgia setahun yang lalu. 12 June 2015. Misi pendakian kami berempat menawan puncak Rinjani. MasyaAllah rindu sangat momen tu. Saat pertama kali aku berjinak dengan dunia pendakian. Gunung pertama aku daki. Saat pertama aku rasa peritnya untuk menghabiskan pendakian 2 hari 1 malam. Saat pertama kali juga aku bermalam di atas gunung diselubungi kesejukan yang rasanya seolah tembus hingga ke tulang sum-sum. Di saat paginya terasa bahangnya seolah matahari pacak berada di atas kepala. Di sebelah malamnya berbumbungkan bintang-bintang yang berkelipan membentuk buruj yang bermacam bentuk. Serius rindu sangat! Bersama adik dan dua orang sahabat, Arif, Ami dan Ned.

Kalau bukan kerana Ned mengupdate post beliau berkaitan trip tersebut, mungkin memoriku sudah lama luput ditimbus dengan memori-memori yang baru saja ku lalui sejak belakangan ini. Tapi jujurku katakan memori mendaki Rinjani merupakan antara memori yang sangat best. Nak menceritakan satu persatu saat dan ketika itu mungkin sukar untuk aku trace back the memory, tapi mungkin dengan selingan gambar saja cukup untuk menggambarkan keadaan kami ketika itu.

Yang menghantar kami ke KLIA, tak lain tak bukan our beloved parent. Hehe.

Gambar wajib! bersama buku merah masing-masing.

Alhamdulillah. Selamat mendarat di Lombok International Airport.

Check in di Rinjani Base Camp Senaru.

Sarapan pagi berlatar belakangkan Pergunungan Rinjani.

Menaiki lori menuju ke Sembalun. Satu jam perjalanan duduk kat belakang lori. Lenguh punggung. Haha. Nasib baik disajikan dengan pemandangan gunung Rinjani.

Disebabkan kami ambil package paling singkat 2D 1N, starting pointnya adalah di Sembalun. Naik dari sini turun pun lalu route yang sama. Ada lagi satu package naik dari Senaru turun melalui Sembalun. Tapi package tu memakan masa hampir seminggu. Dengan lafaz bismillah, kami mulakan langkah kami menuju ke puncak atas tu.

Selepas 3 jam pendakian. Tiba di check point ini dan pekena lunch yang dibuat sendiri dengan air tangan Mas Adit. Pandai betul dorang masak. Sedap pun sedap. Cuma agak sakit sikit mata ini bila lihat sisa-sisa makanan dan masakan dibuangnya begitu saja di dalam sungai di kawasan tu. 

Puncak Rinjani kat belakang tu. Kemain jauh lagi. Masa ni dah rasa lega sikit sebab dapat tahu base camp tak jauh je lagi. 

Alhamdulillah. We have safely arrived at Sembalun Base Camp. Serius nice gilaaa view dia. Kami tiba di sini lebih kurang jam 4 petang. 

View cantik gila. Sangat merindui suasana kat atas tu. Binaan kain maroon bertiang empat belah kiri tu adalah tandas. Nak kencing kat situ. Nak berak kena pi kat semak disebalik puncak belakang tu.

Dah posing model habis dah tu. Sambil menahan bau 'harum' semerbak. Inilah kawasan mereka-mereka membuang hajat besar. 

Dinner kami. Sedap bangat! Tapi lupa pulak Mas Adit masak apa. Tapi kalau tengok rupa macam maggi sup. Ye la tu kot. Haha. 

Bila hari semakin gelap, tibalah masa untuk sesi bergambar seperti di atas. Haha.

Bila siang dah melabuhkan tirainya, kesejukan angin malam mula menerpa diri membuatkan diri terpaksa memakai 3 lapis pakaian, 2 lapis stokin. Itu pun masih menggigil. Solat jamak qasar di dalam khemah secara duduk dan terus melelapkan diri. Seawal 2 pagi kami sudah bangkit mengalas perut kopi lombok bersama roti dan terus bersiap memulakan pendakian ke puncak.

Hajatnya nak menawan puncak sambil disajikan pemandangan matahari terbit. Tapi hanya mampu melihat matahari terbit dari jarak lebih kurang 3km dari puncak.

Yeahh! Mission accomplished! Puncak Rinjani berjaya kami tawan dengan jayanya saat jam lebih kurang pukul 7.00 pagi. Subhanallah!

Aku ingat lagi saat aku jejakkan kaki di puncak, terus terduduk sambil bernafas putus-putus. Agak suspen pada mulanya takut diserang AMS. Mungkin disebabkan altitud yang agak tinggi menyukarkan aku untuk bernafas secara normal pada mulanya. Apepun lepas hampir 10 minit aku terduduk, berjaya juga aku bernafas seperti biasa dan terus memulakan sesi shooting. Haha.

Kebetulan ada group pendaki Indonesia di atas, terus diajaknya bergambar sekali. Walau berlainan bendera, tapi misi dan passion kami sama iaitu menawan puncak.

Here we are! Misi menawan Rinjani berjaya. Alhamdulillah. Satu lagi sejarah tercipta buat kami berempat.

Hanya satu jam saja sempat kami peruntukkan untuk berada di puncak kerana terpaksa rush turun ke Sembalun Base Camp sebelum jam 10 pagi. Sampai saja Sembalun Base Camp, matahari dah terpacak atas kepala. Bahangnya jangan nak dikata. Duduk dalam khemah dah rasa macam duduk dalam microwave. Kami kemas-kemas khemah, pekena lunch dan terus bergerak turun ke bawah. Tak sempat nak rest kaki.

Di check point pertama. Alhamdulillah. Muka kawal penat tapi happy sebab dah dekat nak keluar dah. Pekena nenas dan limau fresh yang disediakan oleh potter bertugas.

Muka letih habis, otot badan kaki semua dah start kejang. Tapi happy sebab misi kami berjaya. Alhamdulillah. Naik dan turun dalam keadaan selamat.

Tambah duduk lagi satu malam di sini. Dinner time! Itadakimasu.

Bangun awal sebab nak tengok sun rise dari atap Rinjani Base Campe Lodge.

Penyampaian sijil yang dibuat secara santai selepas kami selesai pekena sarapan di lodge kami. Eksaited habis!

First time naik gunung dan first time dapat sijil naik gunung. Haha.

Kos tambahan sepanjang kami menginap di Rinjani Base Camp. Duduk lagi satu malam plus dinner.

Bergambar di pintu gerbang Taman Nasional Gunung Rinjani.

Singgah beli baju T-Shirt Rinjani di rumah Mas Adit. Alhamdulillah, dapat harga diskaun. Thanks Mas!

Goodbye Rinjani Dreamland! Till we meet again. InsyaAllah.

Bersama kenalan-kenalan Mas Adit. Katanya beliau juga serang pengembara. Pernah menaiki motornya hingga sampai ke Jakarta. Jauh bak ang! Diceritakan juga di sini terdapat banyak jenis bahasa. Lain kawasan lain lenggok bahasanya juga lain bahasanya. Seronok bertukar informasi bila bergaul dengan orang tempatan.

Dijemputnya datang ke rumah pekena Kopi Lombok. Kaw habis kopinya sambil sembang santai tentang budaya di sini.

Singgah minum air kelapa di sini. Maaf terlupa nama tempatnya. Yang penting viewnya tepi pantai tapi dilihat dari atas tebing. Serius lawa gila. Airnya jernih.

Pekena satay pula di tepi pantai. Bila perut lapar, semua benda jadi sedap. Tapi ini memang sedap pun. Cuma pedas sikit tak silap aku. 

On the way ke airport untuk berangkat pulang ke Malaysia.

Bergambar kali terakhir bersama Mas Adit di hadapan Lombok International Airport. 

Muka masing-masing dah penat. Menunggu untuk boarding.

Alhamdulillah. Selamat tiba di KLIA. Baju rasmi kami untuk trip kali ni. 

Fuhh! Akhirnyaa berjaya juga menyusun kembali gambar-gambar mengikut plot pengembaraan kami sepanjang berada di Lombok. Banyak sebenarnya gambar dan babak yang tak diceritakan di sini untuk mengelakkan post yang tersangat panjang. To be fair, most of the idea and flow I got from >> HERE <<. Thanks Ned! Haha.

Lebih setahun baru nak post. Semua memori dah berkarat. Bila terkenang naik Rinjani terasa nak meneruskan kembali misi menawan Indonesia 7 Summit. Tapi takde geng. Masing-masing dah busy dengan kehidupan masing-masing. Moga Allah aturkan peluang untuk ku merasai detik seperti ini untuk kali ke seterusnya. Amin. Anyway thanks guys for the memories! 

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...