Apa yang berlaku kepada George Floyd

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa hari belakangan ini, riuh di dada-dada akhbar dan media sosial dengan kematian seorang lelaki berkulit gelap bernama George Floyd (GF) yang berpunca daripada tindakan seorang pegawai polis Minneapolis yang menahan GF dengan menekan di belakang leher menggunakan lututnya sehingga GF tak dapat bernafas. Kejadian tersebut berlaku di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) pada 25 May 2020 iaitu hari Isnin yang lalu. Apa yang sebenarnya terjadi kepada GF?

Berikut adalah kronologi ringkas kejadian ini dari awal. Sebelum itu diingatkan time stamp dalam gambar di bawah adalah cepat 24 minit dari masa yang sebenar bak kata owner kepada CCTV tu. Kronologi ringkas di bawah juga diambil dari video rakaman penuh yang dikeluarkan oleh akhbar The Washington Post (boleh rujuk di SINI) dan laporan dari akhbar Mirror (boleh rujuk di SINI).


1. Jabatan Polis Minneapolis (JPM) menerima laporan daripada kedai runcit Cup Foods yang mendakwa dua orang lelaki termasuk GF telah menggunakan duit palsu untuk membeli barangan di kedai berkenaan.


2. JPM menghantar beberapa anggota polis untuk mengesan dan menangkap GF.

3. [8.08PM] Anggota polis tiba di lokasi kejadian dan masuk ke dalam kedai runcit tersebut.

4. [8.11PM] Anggota polis tersebut menghampiri kereta GF yang terletak di jalan seberang dari lokasi kedai runcit tersebut dan menahannya. GF dilihat tenang dan akur dengan arahan anggota polis yang menahannya. GF dibawa dalam keadaan tangan digari menyeberangi jalan menuju ke kereta polis yang terletak berhadapan dengan pintu masuk kedai runcit tersebut.

5. [8.17PM] Dua orang pegawai polis yang dikenali sebagai Derek Chauvin dan Tou Thao tiba di lokasi kejadian.

 

6. [8.20PM] Pegawai Chauvin dilihat menjatuhkan GF dan menekannya di belakang leher menggunakan lutut. GF merayu "Please, please, please, I can't breathe. Please, man." namun tidak diendahkan.


7. [8.22PM] Salah seorang pegawai polis menghubungi ambulan dengan code two for medical.


8. [8.23PM] Pegawai polis berkenaan menghubungi ambulan sekali lagi dan menukar ke code three bila dilihat keadaan GF semakin kritikal.


9. [8.25PM] Pegawai Tou Thao pula dilihat cuba menenangkan orang ramai yang merakam kejadian dan meminta mereka untuk bersurai ketika mereka menjerit memberitahu GF tidak lagi bergerak.


10. [8.27PM] Hennepin Health Care Ambulan tiba di lokasi kejadian.

11. [8.28PM] Lutut pegawai Chauvin yang menekan belakang leher GF hanya diangkat apabila pegawai medik berada di sebelah GF dan bersedia untuk mengangkatnya naik ke strecther.


12. [9.25PM] GF disahkan meninggal dunia semasa berada di Hennepin Health Care Emergency Room.

Yang aku pelik kalau pihak polis sendiri sudah mula menghubungi ambulan dengan arahan code tiga jelas-jelas mereka sendiri pun dah tahu keadaan GF kritikal. Tapi kenapa lutut pegawai Chauvin masih ditekan ke belakang leher GF lagi? Walhal, pada masa itu GF sudah tak sedarkan diri. Ambulan sampai pun masih dalam keadaan yang sama. Kalau dilihat, bila pegawai medik ada di sisi dan sedia untuk mengangkat GF, barulah lutut tersebut diangkat. Betul betul nampak sangat tindakan yang bermotif!

Keempat-empat pegawai polis yang terlibat telah dipecat dan salah seorangnya, pegawai Chauvin (yang melutut leher mangsa) telah ditahan dan didakwa dengan pembunuhan tahap tiga (third degree murder) pada hari Jumaat iaitu empat hari selepas kejadian.

Pegawai Chauvin memang mempunyai 18 aduan salah laku semasa menjalankan tugas dan dua daripadanya dikenakan tindakan disiplin termasuk mengemukakan surat tunjuk sebab. Beliau juga ada rekod pernah melakukan tembakan ke atas tiga anggota polis di mana salah seorang daripadanya telah maut. Dan Pegawai Thao pula mempunyai rekod sebagai defendan di dalam kes salah laku disiplin semasa menjalankan tugas dan telah menyelesaikan di luar mahkamah dengan melangsaikan pembayaran sebanyak USD25,000. Sumber boleh rujuk SINI.

Akibat daripada peristiwa tersebut, protes besar-besaran telah meletus di bandar Minneapolis dan kini merebak sampai ke ibu negara AS. Semua menujukkan sikap tak puas hati dengan layanan pihak polis terhadap golongan berkulit hitam di negara tersebut.

 < Sumber gambar diambil dari SINI >






Rupa-rupanya memang sudah pernah terjadi beberapa isu seperti ini yang mana golongan berkulit hitam diperlakukan sedemikian oleh pihak polis dan pihak berkuasa di AS. Ini merujuk kepada kes yang seakan sama berlaku kepada Eric Garner pada tahun 2014 di New York (boleh rujuk di SINI) dan kes pembebasan pembunuh Trayvon Martin pada tahun 2013 di Florida (boleh rujuk di SINI). Sehinggakan gerakan Black Lives Matter diwujudkan pada tahun 2013 semata-mata sebagai tindak balas terhadap kes pembunuhan Trayvon Martin.

Sekadar mengikuti perkembangan isu semasa dunia.

Wallahualam.

2.30am 
8 Syawal 1441H
Bandar Botanik Klang
PKP/B Hari ke-75


Comments