Thursday, 17 April 2014

Nostalgia Kembali. TAHNIAH Tun Perak!

Assalamualaikum.

Seronok pulak hari ni bila lihat senior-senior team Sg Pusu 2002-2012 rancak bersembang. Menimbulkan kembali nostalgia lama. Serius rasa sebak ada. Rasa seronok ada. Rasa macam nak undur masa balik. Haha. Antara hasil perbincangan yang menarik perhatianku dalam group whatsapp kami yang rancak hampir 2 jam bersembang kisah lama.

1) Tahun pertama pasukan kita mewakili Selangor 2003, tahun terakhir 2013.
2) Juara Kebangsaan pertama dalam sejarah - Zul, Meor & Faiz.
3) Orang pertama kena lempang dalam gelanggang - Hafiz.
4) Orang pertama buat iklan sabun LUX dalam gelanggang - Solo 2002.
5) Orang pertama tak dapat placing dalam game - Zul.
6) Orang pertama tidur dalam bas masa kebangsaan 2003 - Azmi.
7) Pesilat pertama mewakili Malaysia (AUG) - Nazrul & Hanif.
8) Orang pertama 'belot' dalam dunia persilatan - Nisa.
9) Orang pertama patahkan hulu parang Ckg Samat - Lalek.
10) Pesilat pertama main Jurus Tunggal - Faiz.
11) Pesilat pertama mian buah jurus tunggal dalam tempur - Nazrul & Mujahid.
12) Pesilat pertama main seron - Zul.
13) Pesilat pertama takut dan minta maaf sebab patahkan jari pesilat lain - Meor.
14) Pesilat pertama main semua acara termasuk persembahan Hari Guru - Faiz.
15) Pesilat pertama patahkan tengkuk Abg Hanafi - Meor.
16) Pesilat pertama dapat sandang - Ihsan.
17) Pesilat petama kena tegur dengan Ckg Sani sebab pegang pisau macma pegang keris - Azmi.
18) Pesilat olahraga yang main seni keras macam kayu - Ihsan.
19) Pesilat pertama pukul gendang tak berhenti - Tarmizi.
20) Pesilat pertama tidur dalam tandas - Anuar.
21) Pesilat Selangor jatuh katil sehari sebelum game - Zairy.
22) Pesilat yang kerap tidur - Zairy.
23) Pesilat pertama yag mewakili Malaysia untuk persembahan - Zul, Faris, Nazrul, Zairy.
24) Pesilat pertama pecah bata - Meor.
25) Pesilat pertama dalam ujian 10 kali back flip non stop markah penuh - Nazrul.
26) Pesilat pertama dinodai di Thailand - Zul.
27) Pesilat pertama yang buat silap masa game - Faiz.

Fuh! Serius banyak giler. Sangat-sangat mengembalikan nostalgia lama. Yang pahit ada. Yang manis pun ade. Di situ lah kami mula berkenal antara satu sama lain. Ibarat keluarga dan adik beradik. Ukhuwah mula terbentuk di bawah tunjuk ajar Ckg Halim. 10 tahun kami menghantar wakil ke kebangsaan. Alhamdulillah semuanya berbalikkan pingat kecuali tahun 2004. Itulah sekolah kami dulu. SMK SG PUSU.

Namun, sekarang ianya hanya tinggal memori. Masing-masing dengan kehidupan dan komitmen masing-masing. Ade yang kerja kat Sarawak. Ada yang kerja kat Dubai. Moga kenangan masih dapat terus terbina. Harap kita dapat adakan reunion kembali. Sangat rindu saat bersama kalian semua.

TAHNIAH dari pihak saya walaupun tahun ni antara tahun yang sangat kurang hasilnya. Semua pesilat dan muka baru. Laluan mudah untuk team SEKTAS tembus ke peringkat negeri. Insya-ALLAH tahun depan cuba lagi.


Bila tiga sekolah bergabung. SMK Tun Perak, SMK Seri Gombak dan SMK Sg Pusu. Congratz to all!

Wallahualam.

Wednesday, 16 April 2014

Dari hati ia mengalir

Assalamualaikum.

Bakal tiba di penghujung permusafiranku.

Suasana yang bakal ku rindui kelak. Kawan-kawan yang mungkin akan jarang bersua selepas ini.

Masa bergerak semakin pantas. Ingatkan baru saja mula hari pertama minggu ni, tapi sedar-sedar dah masuk hari ketiga. Terasa baru bangun selesai solat subuh berjemaah, tapi sedar-sedar dah sampai waktu riadah.

Kalau dulu bila aku ade free time, selalu sangat habiskan dengan tengok movie baru kat laptop. Kalau tak pun pergi karoake dengan my siblings. Atau mungkin lebih memilih untuk duduk dalam bilik mengadap laptop kesayangan dan terus menerus 'atas talian'. Hari demi hari berlalu pergi. Kini sudah masuk semester terakhirku di UIA. Sekarang ni kalau ade je masa lapang, tak lain tak bukan mesti perihal FYP yang akan berlegar-legar dalam akal fikiran. Kene siapkan report untuk disubmit ke supervisor sebelum hantar ke department. Belum kira yang kena buat simulation and experimental testing lagi. Sangat mengikat erat masaku sepanjang berada di kampus. Sebab itu aku lebih memilih untuk keluar dari kampus jika berkesempatan. Bukan untuk larikan dari masalah mahupun tanggungjawab, tapi sebab terasa diri ini perlu berehat. Otak dan minda perlu diselenggara kembali. Takkan 100% 24/7 mesti beroperasi hanya memikirkan perihal akademik je. Atau mungkin inilah pengorbanan student final semester. Sangat terkejar-kejar menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

Bercakap mengenai FYP. Ya! sesetengah orang especially sahabat2 course lain agak annoying bila asyik mendengar reason student engin yang asyik sibuk dengan alasan menyiapkan FYP. As far as Im concern, FYP ini jugaklah salah satu medium untuk kita mengaplikasi segala ilmu yang kita telah pelajari sepanjang berada di kampus. Dari yang paling asas seperti equation of straight line y=mx+c sehinggakan sekompleks-komplek computational fluid dynamics problems. Mungkin tak semua yang kita pakai, tapi hakikat sebenar pada pandangan peribadiku, FYP jugaklah yang akan memprogram otak kita untuk menjadi seorang engineer. Aku percaya, setiap yang mengambil FYP confirm akan berdepan dengan masalah. Tak kisah ape jua jenis masalah, dan mereka disuruh untuk menyelesaikan masalah tersebut. Yes. As most of them said that engineer is a problem solver. Ingat mudah ke nak selesaikan masalah berkaitan engineering. Tak semudah masalah makanan yang terlalu pedas ditambah gula ke dalam ramuannya untuk mengurangkan pedasnya. Tapi ianya lebih kepada teknikal. Sebagai contoh macam mana untuk menghasilkan kereta yang jimat petrol. Kita bukan hanya kena consider dari sudut harga yang melambung tinggi tapi dari sudut engineering kita perlu consider kadar pressure yang optimis untuk keempat-empat tayar, rekabentuk aerodynamic bahagian depan kereta itu sendiri untuk mengurangkan rintangan angin dari hadapan ketika kereta pecut, kadar fleksibility suspension system, engin yang digunapakai, dan macam-macam lagi. Walaupun hakikatnya sangat stress untuk menghabiskan sisa-sisa FYP disaat akhir ini tapi aku rasa benda ini jugak yang akan bantu kita bila bekerjaya kelak.

Silat? Dahulunya aku sangat aktif silat. Sehinggakan aku sanggup ponteng kelas sebab nak pergi latihan silat. Esok pagi ade exam, malamnya aku masih sanggup ulang alik KL-PERAK semata-mata untuk menyertai pertandingan silat. Ya! Silatlah passion ku. Tapi itu semua dulu. Let bygone be bygone. Sekarang aku dah quit. Not totally but I would say Im on my way to reach at that point. Kenapa? Of kos the main reason sebab kesibukan aku dengan perihal akademikku. Selain itu, as usual. Kecewa. Sejak aku masuk silat sampai sekarang banyak benda sudah aku harungi. Kecewa dari segi macam-macam. Rasanya tak perlu aku ungkapkan satu persatu. Lebih baik aku menghabiskan sisa-sisa hidupku memajukan diri sendiri untuk kehidupan mendatang. Kalau perkara yang kita buat selalu disalah tafsirkan hingga timbulnya fitnah, rasanya cukup sekadar itu. Ok. Bye-bye silat. Mungkin hanya aktif menyampaikan ilmu-ilmu yang ada kat dada ni jer. Itu pun terasa makin kurang. Mungkin sebab kurangnya aplikasi dalam kehidupan harian.

Petang hari dahulunya aku selalu jogging. Memeluhkan diri. Atau bak kata atlet selangor 'kayuh' di petang hari. Untuk buang lemak. Cari fitness. Maintain sasa. Haha. Abaikan. Tapi sekarang, sekian lama tak memeluhkan diri. Asal ada masa waktu petang lebih memilih untuk  duduk dibilik menyettlekan apa yang tertangguh. Itulah aku.

Sekadar coretan dari hati sambil melihat sahabat-sahabat bermain futsal melalui ruang tingkap bilikku di mahallah. Seronoknya mereka main, andainya aku punyai passion seperti mereka. Sekian.

Tuesday, 15 April 2014

Final Year MECSA Dinner!

Assalamualaikum.

Lama menyepikan diri. Bukan bermakna fikiranku usang dengan idea untuk menulis. Cuma aku lebih memilih untuk menulis sesuatu yang gembira di dalam helaian laman sesawang ku ini.

Entah kenapa sejak dua menjak ni hatiku selalu berbicara mengenai masa depan. Lagi dua bulan aku bakal menghabiskan sisa-sisa undergraduate ku di UIA. Lepas ni dah tak dapat merasa duit masuk setiap sem. Dah tak dapat merasa nak lepak dengan kawan-kawan enjoy. Dah tak dapat nak merasa bersilat sampai peringkat jauh. Dah tak dapat merasa suasana menuntut ilmu. Dan banyak lagi. Sebab tu orang kata zaman mahasiswa ni zaman yang paling best. Hinggakan zaman mahasiswa jugaklah kita ade peluang menjemput mahupun bersemuka dengan pemimpin yang kita kagumi.

Dua hari yang lalu, selesai sudah Final Year Grand Dinner anjuran Mechanical Student Association (MECSA). Kombinasi final year student course Aerospace dan Automotive. Majlis yang bagiku bakal tersingkap seribu kenangan dan memori bila bergraduasi kelak. Majlis yang boleh kata ala kadar cuma disebabkan ia dibuat di Rawsha Restaurant (Arabic Style), tu yang nak macam grand sikit. Makanan pun semua makanan arab. Nak kata sedap? Hmm. Dekat cafe Zubair pun boleh dapat. Haha. Tapi yang penting memori yang terlakar.

Banyak jugak awards yang di pertandingkan. Memang yang menang award tu pun aku rasa memang layak. Semua yang 'hot'. Means yang famous dalam kalangan kami. Aku? Maaf. Aku tak famous sangat pun dalam kalangan batch aku. Orang kata sekadar memenuhkan ruang meja masa dinner tempoh hari. Haha.






Insya-ALLAH. Moga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. Didoakan semoga setiap antara kita berjaya mencapai cita-cita kita. Ada yang nak jadi engineer. Ade yang nak jadi bisnesman berjaya. Ade yang plan nak sambung master luar negara. Ade yang nak terus kahwin. Gudluck guys! Till we meet again at next dinner organized by ENGINIUS! :D

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...