Dari hati ia mengalir

Assalamualaikum.

Bakal tiba di penghujung permusafiranku.

Suasana yang bakal ku rindui kelak. Kawan-kawan yang mungkin akan jarang bersua selepas ini.

Masa bergerak semakin pantas. Ingatkan baru saja mula hari pertama minggu ni, tapi sedar-sedar dah masuk hari ketiga. Terasa baru bangun selesai solat subuh berjemaah, tapi sedar-sedar dah sampai waktu riadah.

Kalau dulu bila aku ade free time, selalu sangat habiskan dengan tengok movie baru kat laptop. Kalau tak pun pergi karoake dengan my siblings. Atau mungkin lebih memilih untuk duduk dalam bilik mengadap laptop kesayangan dan terus menerus 'atas talian'. Hari demi hari berlalu pergi. Kini sudah masuk semester terakhirku di UIA. Sekarang ni kalau ade je masa lapang, tak lain tak bukan mesti perihal FYP yang akan berlegar-legar dalam akal fikiran. Kene siapkan report untuk disubmit ke supervisor sebelum hantar ke department. Belum kira yang kena buat simulation and experimental testing lagi. Sangat mengikat erat masaku sepanjang berada di kampus. Sebab itu aku lebih memilih untuk keluar dari kampus jika berkesempatan. Bukan untuk larikan dari masalah mahupun tanggungjawab, tapi sebab terasa diri ini perlu berehat. Otak dan minda perlu diselenggara kembali. Takkan 100% 24/7 mesti beroperasi hanya memikirkan perihal akademik je. Atau mungkin inilah pengorbanan student final semester. Sangat terkejar-kejar menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

Bercakap mengenai FYP. Ya! sesetengah orang especially sahabat2 course lain agak annoying bila asyik mendengar reason student engin yang asyik sibuk dengan alasan menyiapkan FYP. As far as Im concern, FYP ini jugaklah salah satu medium untuk kita mengaplikasi segala ilmu yang kita telah pelajari sepanjang berada di kampus. Dari yang paling asas seperti equation of straight line y=mx+c sehinggakan sekompleks-komplek computational fluid dynamics problems. Mungkin tak semua yang kita pakai, tapi hakikat sebenar pada pandangan peribadiku, FYP jugaklah yang akan memprogram otak kita untuk menjadi seorang engineer. Aku percaya, setiap yang mengambil FYP confirm akan berdepan dengan masalah. Tak kisah ape jua jenis masalah, dan mereka disuruh untuk menyelesaikan masalah tersebut. Yes. As most of them said that engineer is a problem solver. Ingat mudah ke nak selesaikan masalah berkaitan engineering. Tak semudah masalah makanan yang terlalu pedas ditambah gula ke dalam ramuannya untuk mengurangkan pedasnya. Tapi ianya lebih kepada teknikal. Sebagai contoh macam mana untuk menghasilkan kereta yang jimat petrol. Kita bukan hanya kena consider dari sudut harga yang melambung tinggi tapi dari sudut engineering kita perlu consider kadar pressure yang optimis untuk keempat-empat tayar, rekabentuk aerodynamic bahagian depan kereta itu sendiri untuk mengurangkan rintangan angin dari hadapan ketika kereta pecut, kadar fleksibility suspension system, engin yang digunapakai, dan macam-macam lagi. Walaupun hakikatnya sangat stress untuk menghabiskan sisa-sisa FYP disaat akhir ini tapi aku rasa benda ini jugak yang akan bantu kita bila bekerjaya kelak.

Silat? Dahulunya aku sangat aktif silat. Sehinggakan aku sanggup ponteng kelas sebab nak pergi latihan silat. Esok pagi ade exam, malamnya aku masih sanggup ulang alik KL-PERAK semata-mata untuk menyertai pertandingan silat. Ya! Silatlah passion ku. Tapi itu semua dulu. Let bygone be bygone. Sekarang aku dah quit. Not totally but I would say Im on my way to reach at that point. Kenapa? Of kos the main reason sebab kesibukan aku dengan perihal akademikku. Selain itu, as usual. Kecewa. Sejak aku masuk silat sampai sekarang banyak benda sudah aku harungi. Kecewa dari segi macam-macam. Rasanya tak perlu aku ungkapkan satu persatu. Lebih baik aku menghabiskan sisa-sisa hidupku memajukan diri sendiri untuk kehidupan mendatang. Kalau perkara yang kita buat selalu disalah tafsirkan hingga timbulnya fitnah, rasanya cukup sekadar itu. Ok. Bye-bye silat. Mungkin hanya aktif menyampaikan ilmu-ilmu yang ada kat dada ni jer. Itu pun terasa makin kurang. Mungkin sebab kurangnya aplikasi dalam kehidupan harian.

Petang hari dahulunya aku selalu jogging. Memeluhkan diri. Atau bak kata atlet selangor 'kayuh' di petang hari. Untuk buang lemak. Cari fitness. Maintain sasa. Haha. Abaikan. Tapi sekarang, sekian lama tak memeluhkan diri. Asal ada masa waktu petang lebih memilih untuk  duduk dibilik menyettlekan apa yang tertangguh. Itulah aku.

Sekadar coretan dari hati sambil melihat sahabat-sahabat bermain futsal melalui ruang tingkap bilikku di mahallah. Seronoknya mereka main, andainya aku punyai passion seperti mereka. Sekian.

Comments