Tuesday, 15 April 2014

Final Year MECSA Dinner!

Assalamualaikum.

Lama menyepikan diri. Bukan bermakna fikiranku usang dengan idea untuk menulis. Cuma aku lebih memilih untuk menulis sesuatu yang gembira di dalam helaian laman sesawang ku ini.

Entah kenapa sejak dua menjak ni hatiku selalu berbicara mengenai masa depan. Lagi dua bulan aku bakal menghabiskan sisa-sisa undergraduate ku di UIA. Lepas ni dah tak dapat merasa duit masuk setiap sem. Dah tak dapat merasa nak lepak dengan kawan-kawan enjoy. Dah tak dapat nak merasa bersilat sampai peringkat jauh. Dah tak dapat merasa suasana menuntut ilmu. Dan banyak lagi. Sebab tu orang kata zaman mahasiswa ni zaman yang paling best. Hinggakan zaman mahasiswa jugaklah kita ade peluang menjemput mahupun bersemuka dengan pemimpin yang kita kagumi.

Dua hari yang lalu, selesai sudah Final Year Grand Dinner anjuran Mechanical Student Association (MECSA). Kombinasi final year student course Aerospace dan Automotive. Majlis yang bagiku bakal tersingkap seribu kenangan dan memori bila bergraduasi kelak. Majlis yang boleh kata ala kadar cuma disebabkan ia dibuat di Rawsha Restaurant (Arabic Style), tu yang nak macam grand sikit. Makanan pun semua makanan arab. Nak kata sedap? Hmm. Dekat cafe Zubair pun boleh dapat. Haha. Tapi yang penting memori yang terlakar.

Banyak jugak awards yang di pertandingkan. Memang yang menang award tu pun aku rasa memang layak. Semua yang 'hot'. Means yang famous dalam kalangan kami. Aku? Maaf. Aku tak famous sangat pun dalam kalangan batch aku. Orang kata sekadar memenuhkan ruang meja masa dinner tempoh hari. Haha.






Insya-ALLAH. Moga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. Didoakan semoga setiap antara kita berjaya mencapai cita-cita kita. Ada yang nak jadi engineer. Ade yang nak jadi bisnesman berjaya. Ade yang plan nak sambung master luar negara. Ade yang nak terus kahwin. Gudluck guys! Till we meet again at next dinner organized by ENGINIUS! :D

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...