Posts

Showing posts from February, 2012

Kursus Jurus Wajib

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Jurus Wajib anjuran Aksi Akademi Silat HBO (Habizan Enterprise) pada 23hb-24hb Februari yang lalu. Penyertaan seramai lebih kurang 25 peserta. Alhamdulillah majoritinya lulus dengan cemerlang. Aku pulak? Bukan sebagai peserta kursus tersebut. Cuma hanya membantu melancarkan perjalanan kursus tersebut. Alhamdulillah, bertambah lagi kenalan dari pesilat2 perguruan lain. Di hari terakhir kursus tersebut diadakan ujian bagi setiap peserta kursus dan persembahan semua kategori atlit Selangor di hadapan penguji kursus merangkap Wasit Juri Kelas Pertama Antarabangsa, Cikgu Faid. Setelah selesai diuji oleh Cg Faid dan persembahan oleh atlit Selangor, majlis penutup dan penyampaian Sijil kepada para peserta dan pembantu kursus. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada yang membantu melancarkan perjalanan kursus. Next kursus bulan April ni yakni Kursus Jurus Tunggal anjuran Kelab Pencak Silat UKM. Setakat ini penulisan untuk kal

Jamban TERBAKAR!

Image
Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat. Isu yg hangat diperkatakan dalam kalangan penghuni Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi terutama penghuni Blok C level 1. Jamban TERBAKAR! Pelik. Dalam banyak2 benda nak dibakar, kenape la jamban jugak jadi pilihan. Kesannya pula terpaksa dihadapi oleh seluruh ahli bilik Blok C level 1 yakni kompaun sebanyak RM50 setiap seorang. Namun, setiap mereka wajib menulis explaination letter utk diberikan kepada pihak mahallah office untuk menyatakan perbuatan tersebut bukan angkara mereka untuk melepaskan diri mereka dari dikenakan kompaun tersebut. Pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Harap yang membuatnya dapat tampil 'menyerah diri'. Jangan disebabkan kita seorang, ramai yang terpaksa keluar duit. Tolong rasa bersalah atas perbuatan diri sendiri. Wallahualam.

Gayong Perdana Sedunia 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kerana diberi ruang dan masa untuk aku mencoret sesuatu di ruangan ini. Mungkin post kali ni berkaitan dengan satu majlis yang telahpun berlangsung hampir 2 minggu yg lalu yakni Majlis Perdana Gayong Sedunia 2012. Majlis yang telah dirasmikan sendiri oleh VVIP Imam Khalifah Agong PSSGM YAB PM Dato' Seri Utama Hj Mohd Najib bin Hj Abdul Razak bersama isteri ini dihadiri lebih kurang 6,000 pesilat gayong dari seluruh negara termasuk jemputan khas dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Syria, Thailand, Indonesia, Singapura dan Tunisia hadir . Turut hadir bersama ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan yang juga merupakan Timbalan Imam Khalifah Agung PSSGM, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Dato' Adiwijaya Hj Abdullah Yang Dipertua PSSGM. Dalam majlis ini juga, Datin Seri Rosmah Mansor telah dianugerahkan Sandang Kehormat Pertubuhan Silat Seni Gayong M

Taming Sari IV. Tahniah!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku untuk menaipkan sesuatu di ruangan laman Jejak Musafir ini. Setelah hampir 10 hari tak menulis akibat kekangan masa. Lagi2 sekarang ni penulis telah pun memulakan sesi pengajian untuk semester baru yakni semester kedua untuk tahun kedua penulis menuntut di sini. Alhamdulillah. Setakat ni semua pensyarah penulis agak memuaskan. Haha. Sebagai mengimbas kembali detik kejayaanku memperolehi 1 EMAS dan 1 PERAK di Kejohanan Silat Taming Sari V tempoh hari. Suka untuk aku mencoretkan sedikit mengenai kejohanan yg disertai penulis tempoh hari. Pada 30hb hingga 5hb Februari yang lalu, satu kejohanan yakni Festival dan Kejohanan Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari V telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan ini disertai oleh pasukan2 IPT, pasukan2 kebangsaan yang terdiri daripada PESAKA2 negeri dan pasukan Antarabangsa terdiri daripada pasukan Yala Sport School Thailand d

Minum DUDUK!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Minggu yang agak kelam kabut dgn pelbagai tugasan mahupun melibatkan akademik ataupun silat. Huhu. Namun kedua2nya aku harus tempuhi dgn tenang. Sementara merehatkan diri berpeluang untuk menjenguk laman mukabuku dan terbaca satu artikel menarik berkaitan MINUM. Haa. Ayuh BACA! ********** Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri??? Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya! Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ

Pendaftaran Subjek Sem 2 2011/2012 Berjaya!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai sudah aku menyelesaikan perihal pendaftaran subjek2 untuk sem ni. Akhirnya, berjaya jugak memaintainkan target kredit hourku yakni above 15.0 setiap semester. Untuk semester ni aku berjaya mengambil 16.5. Subjek yang agak tough. Seriously. Majoritinya berunsurkan kira2. Means kena banyak buat latihan. Sem ni kene beri lebih penekanan terhadap perihal akademik berbanding aktiviti luar. Kelas tutor tak boleh ponteng. Daftar SLEU (Students Learning Enhancement Unit) untuk subjek2 yang kritikal. Harap segala perancangan awal2 semester dapat istiqamah sepanjang semester ni. Amiin. My subjects for this semester. Wallahualam.

Mendapat Surat Cinta

Assalamualaikum. Sebelum kalian mentafsirkan pape mengenai tajuk post ni, biar aku nyatakan surat cinta yg dimaksudkan penulis ialah helaian bertulis yg berunsurkan sesuatu yang menyakitkan hati penulis. Ok. Kelmarin memang layan pegi lunch kat kfc bersama sahabat seteam. Tapi malangnya akibat dari parking kereta yang bukan pada tmptnya, maka terselitlah surat cinta di bahagian viper cermin depan kereta porcheku. Damn! Ingatkan kene saman ngan majlis perbandaran ke ape, tengok2 saman polis. Haih. Panas gak. Dah kondisi pekan kajang ni dah sesak giler, mane la ceruk aku nak cari parking. Bukan ganggu org lalu lalang pun. Huhu. Then, kes petang tadi pulak hajat nak pergi lunch kat MidValley. Lagi menyakitkan hati. Tak pasal2 melayang rm50 cam tu jek. Camne la tiket parking kat mid valley tu boleh hilang pulak. Punye la rushing nak balik awal. Last2 mmg lewat terus. Dah tu, kene bayar pulak tu. Kalau tak, memang tak dpt keluar la kan dari parking tu. Huhu. Dah bayar tu, confirm

Result keluar!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tepat jam 12tgh malam masuk hari ke 31 tahun 2012 ni, telah dikeluarkan secara rasmi result untuk pengajian semester pertamaku sesi 2011/2012. Yakni bermulanya semester majoring subjek aku.Kebetulan pulak pada mase yang sama, keputusan kejohanan yang aku sertai pun di umumkan pada malam tersebut. Alhamdulillah. Honestly speaking, keputusan kali ni agak mengecewakan. Tak seperti sebelum2 ni. Mungkin aku terlalu aktif beraktiviti luar. Tapi aku kene terima hakikat sebab memang aku yang memutuskan untuk pilih jalan ni. Perasaan kecewa myelubungi hatiku yang memang dah terluka. Bertambah tension aku dibuatnya. Aku dah cuba untuk be steady depan sahabat2 tapi dalam hati ni sentiasa terasa pedih dan perasaan kecewa yg teramat sgt terhadap diri kerana aku telah gagal untuk mengecapi ape yang aku impikan. Namun, sekarang aku masih dalam dilemma. Adakah aku masih mampu untuk teruskan misi hidupku untuk bergelar atlit Malaysia satu hati nanti atau ianya h

Lunch sakan

Image
Assalamualaikum. Mentang terlibat dengan kejohanan pencak silat ni, masing2 yang bergelar atlit di beri elaun mengikut hari. Takde la banyak sangat cuma mmg cukup2 untuk makan. Huhu. Cukup2 untuk makan pun, dah dua hari pekena lunch makanan berat dan mahal. Haha. Semalam pekena secret recipe. Hari ni pulak pekena kfc. Memang kalau tiap hari gini, berat pun tak boleh nak kawal. Pelik jugak. First time aku melibatkan diri dalam kejohanan tapi bebas nak buat pape. Means tak terkongkong dalam team je. Maklumlah. Selangor ni mula2 mmg tak confirm nak join. So, kire last minit la ni. Nak kata baju pun tak dpt. Mmg nak bergambar pun tak la kan. Haha. Papepun alhamdulillah. Sebab misi kejohanan ni tercapai walaupun tersasar sikit dari target kami. But still syukur. Game kedua open aku terlibat dan bermain untuk dua kategori. Pengalaman yang agak best. Wallahualam. Published with Blogger-droid v2.0.4

Kejohanan yang membosankan

Assalamulaikum. Haha. Tajuk nampak macam entah pape. Before that, kejohanan yg dimaksudkan ialah kejohanan Pencak Silat Taming Sari anjuran Kelab Pencak Silat UKM. Merupakan kejohanan terbuka dan peringkat ipt. Hmm. Macam biasa, aku hanya cenderung ke arah kategori silat seni je. Bila sampai silat olahraga je, aku dah start bosan. Cuma ade la beberapa match yang nampak ade saingan hebat. Contohnya perlawanan antara Pesaka Perak dan ATM. Series best. Meletop sana sini. Permainan yang agak agresif. Pack tiga2 babak penuh ngan rebutan mata antara kedua2 pihak. Kejohanan ni berlangsung selama 6 hari. Memang memeritkan bagi orang yang tak berape nak minat silat olahraga. Sebab kejohanan kali ni kategori silat seni dihabes kan awal dlm hari pertama dan kedua. So, sepanjang menunggu majlis penutupnya, kami ni atlit silat seni terpaksa jadi penonton jer la nampaknya. Haha. Papepun, best of luck buat team2 yang masih bertanding. Team Selangor, Team UiTM dan Team UPNM. Chaiyok! Publ