Gayong Perdana Sedunia 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kerana diberi ruang dan masa untuk aku mencoret sesuatu di ruangan ini. Mungkin post kali ni berkaitan dengan satu majlis yang telahpun berlangsung hampir 2 minggu yg lalu yakni Majlis Perdana Gayong Sedunia 2012.

Majlis yang telah dirasmikan sendiri oleh VVIP Imam Khalifah Agong PSSGM YAB PM Dato' Seri Utama Hj Mohd Najib bin Hj Abdul Razak bersama isteri ini dihadiri lebih kurang 6,000 pesilat gayong dari seluruh negara termasuk jemputan khas dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Syria, Thailand, Indonesia, Singapura dan Tunisia hadir . Turut hadir bersama ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan yang juga merupakan Timbalan Imam Khalifah Agung PSSGM, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Dato' Adiwijaya Hj Abdullah Yang Dipertua PSSGM.

Dalam majlis ini juga, Datin Seri Rosmah Mansor telah dianugerahkan Sandang Kehormat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Dato' Seri Najib Tun Razak telah memakaikan sandang berkenaan kepada isteri beliau dalam majlis tersebut. Majlis ini juga dijalankan bersempena dengan Perayaan Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit kekalutan berlaku dalam kalangan penonton2 ketika demonstrasi silat dijalankan.

Berikut sedikit selingan gambar2 yang sempat penulis snap sepanjang majlis berlangsung. Lets the pictures tells the rest. Haha.

Raptai dijalankan di sebelah paginya. Semangat anak gayong beraptai dibawah sinaran matahari yang agak terik. Raptai dikendalikan oleh Cg Rasol dan Cg Faid.

Pasukan jemputan dari Martial Art Silambam dan Wushu. Mempersembahkan seni bela diri mereka. Menarik dan tertarik! Especially the Wushus.

Sesi pembukaan gelanggang. Diimami oleh Cg Rasol dan diapit oleh Cg Faid dan Cg S.I. Kamal yakni barisan Khalifah Besar Selangor.

Pesilat2 dari luar negara. Giat bergambar sementara menanti kehadiran YAB PM Najib Razak ke majlis tersebut.

Posing ala permainan Seni Senjata Keris oleh Cg. Rasol dan Joel Champ.

Adik2 comel dari Tadika KEMAS. Kecil2 dah berpeluang mendalami ilmu gayong. Persembahan yang agak menarik.

Barisan Wasit Juri PSSGM bertaraf kelas 1,2 dan 3 Antarabangsa diiktiraf oleh PERSILAT sendiri. Dibawah bimbingan Teknikal Deligate Kebangsaan, Cg. Faid.

Barisan atlit2 Team ELIT GAYONG. Salah satu medium mengharumkan nama Gayong dipersada antarabangsa yakni dengan menghantar atlit mereka menyertai kejohanan2 bertaraf tinggi dalam dan luar negara.

Sahabat segayong dari Pahang. Cg Ihsan, Cg Haziq dan Cg Faez. Masing2 tak pakai bengkong sebenar mereka. Maklumlah rendah diri walaupun dah bertaraf Gurulatih. Hihik.

Penonton2 yang hadir.

(p/s : Upload Gambar akan disambung dari masa ke semasa. Harap bersabar. Sentiasa update di sini. Sekian.)

Pengalaman pertama penulis menghadiri majlis Gayong sebagai Kameraman. Paling best jadi kameraman ni kalau kite diri depan VIP pun takde orang kesah. Haha. Tapi risiko die memang terbakar kulit duk jemur tengah panas. Sama macam pesilat2 di padang. Insyallah setakat ni jer dulu. Bersua di lain hari insyallah.

Wallahualam.

Comments