Jamban TERBAKAR!
Assalamualaikum.
Selamat Hari Jumaat. Isu yg hangat diperkatakan dalam kalangan penghuni Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi terutama penghuni Blok C level 1. Jamban TERBAKAR! Pelik. Dalam banyak2 benda nak dibakar, kenape la jamban jugak jadi pilihan.
Kesannya pula terpaksa dihadapi oleh seluruh ahli bilik Blok C level 1 yakni kompaun sebanyak RM50 setiap seorang. Namun, setiap mereka wajib menulis explaination letter utk diberikan kepada pihak mahallah office untuk menyatakan perbuatan tersebut bukan angkara mereka untuk melepaskan diri mereka dari dikenakan kompaun tersebut.
Pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Harap yang membuatnya dapat tampil 'menyerah diri'. Jangan disebabkan kita seorang, ramai yang terpaksa keluar duit. Tolong rasa bersalah atas perbuatan diri sendiri.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment