Posts

Showing posts from August, 2011

Ragam 3 Beradik

Image
Assalamualaikum. Aku > Nazrul Azam | Mahasiswa UIAM Adek aku > Nazrul Arif | Mahasiswa UIAM Kakak aku > Nurul Ainaa | Mahasiswi MMU Gambar sorang2 tak perlu letak la yer. Kang ade yang nak no. telefon, susah pulak aku dibuatnye. Woha! Sejak kecil lagi kami bertiga dah rapat. Diasuh bersama. Dibesarkan bersama. Dididik bersama. Tidur bersama. Oppss. Tu mase kecik la yek. Cuma mandi jer tak bersama. Hehe. Dahulunya pernah bergaduh hingga tak bertegur sapa melebihi seminggu. Selalu bertengkar antara satu sama lain. Namun, kami tetap rapat. Kami tetap lancang bergurau bersama sehingga kini. Bila tiga kepala bergabung, IDEA GILA bakal tercetus. Rapatnye kami. Sehinggakan pernah berpakat untuk mengadakan majlis Walimah serentak pada tarikh yang sama bertiga-tiga bersama pasangan hidup masing2. Tapi tu dulu la. Sekarang ni dah susah sikit. Sebab : Jodoh. Haha. Bak kata pepatah, a ir yang dicincang tak akan putus sekalipun gune pedang laser milik Obi Wan Kinobi (Hero Star Wars) . Heh

Dah Balik KL..Raya Habes??

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat sudah aku menjejakkan kaki di rumah aku. Perjalanan yang membawa 1001 kenangan. Ok. Bercakap pasal perjalanan aku pulang ke KL dari kampung halaman. Memang menyakitkan hati. Sebab ape? Sesi luahan perasaan jap. ZON BENGANG!!! Aiihh~ tension betol tengok kenderaan yang perasan laju ni. Dah tau boleh bawak limit 90 km/h jer dah nak duk kat lane yang dibuat khas untuk kenderaan kelajuan 200+ km/h macam aku ape hal. Dah tahu bawak penumpang 40 orang tu, fikirlah pasal keselamatan dorang. Yang aku ni bawak 4 orang je pun dah duk risau. Hoho. Yaaa.. Yang aku maksudkan taak lain tak bukan ialah BAS . Aku tak tahu la dalam keadaan jalan sesak orang nak balik kampung macam ni pun maseh ade jugak kelibat bas yang perasan laju duk kat lane laju.Mane taknye JEM! lebuhraya ni. Siall lahh~ Ptuiihh! (nada seperti gelagat Zizan RL dalam filem KL Gengster) Kalau kau tu orang, dah lame kene sekeh dengan aku. Woha! gambar hiasan.. bergambar kali terakhir sebelum p

Break-FAST di McD..

Image
Assalamualaikum. Bersarapan pagi. Akibat tiada kedai makan melayu yang buka di pagi 2 syawal, terpaksa mengubah plan bersarapan ala Western. Yeahh! McDonald Breakfast Meal menjadi pilihan. Haha. Disebabkan kampung halamanku penuh dengan sanak-saudara sebelah mak menginap, kami sekeluarga telah bermalam di sebuah Homestay yang menelan kos RM220 semalaman. DAri kondisi rumah yang selesa dilengkapi 2 bilik ber'air-cond', memang nilai yang agak berbaloi. Untuk pertama kalinya ayahku pekena McDonald setelah hampir 9 tahun memboikotnya. Woha! p/s : update ketika bermusafir..petang ni dah bertolak pulang ke KL.. Wallahualam.

1 Syawal 1432 Berakhir..

Image
Assalamualaikum. Hari RAYA yang menyeronokkan. Malam hari yang meriah dengan aktiviti bersama saudara-mara sebelah mak. Alhamdulillah, selesai sudah kita berada di 1 Syawal. Semoga kegembiraan hari ini mampu memberi 1001 makna dan kesan buat kita untuk menghadapi 11 bulan seterusnya sebelum kedatangan Ramadhan di tahun depan. bergambar sebelum bertolak..bersama anak buah tersayang..hehe Ok. Bermula dari petang tadi, permusafiran kami sekeluarga pulang ke kampung halaman yang terletak di Ipoh, Perak mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiba dalam lingkungan 6.00 petang. Diberitahu pada malamnya akan diadakan jamuan BARBEQUE sempena menyambut Hari Kelahiran anak buah aku (anak sepupu aku) yang di beri nama Alif Danish bin Muhd Zhafran. Bertuah! Hari lahir jatuh pada tarikh 1 Syawal tahun ni. barbeque time! tak dapat main mercun..bunga api pun jadi la..haha.. ..birthday BOY!!..masuk umur 8 tahun.. kebetulan, rumah jiran main mercun..ambek kesempatan snap sikit picture..hehe.. Lama jugak aku

Di Pagi Aidilfitri..Pabila Takbir Bergema..

Image
Assalamualaikum. Allahu Akbar x3 La ilahaillallahu Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd... Bergemanya takbir raya tanda keseronokkan umat Islam meraikan Aidilfitri yang dinanti2kan. Pagi Raya. Suasana yang berlainan di rasai oleh setiap keluarga. Ade yang berpakaian baru. Ade yang berpakaian baju raya tahun lepas. Tapi, keluarga aku pulak.......hmm.. Pagi tadi, bertolak menunaikan solat Aidilfitri awal. Jam 750 pagi. Gara2 rungutan ibuku yang selalu mempunyai masalah mencari saf pilihan hati. Haha. No komen. Jam 840 pagi, iqamah dilaungkan sejurus menunaikan solat raya berjemaah. Khutbah yang sangat menarik di dengar disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Amin. Aku pun tak kenal beliau. Hehe. bila lapar, sume nampak SEDAP..bila kenyang sume nampak......err..:P Agenda yang di nanti2kan oleh kami sekeluarga. Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, pulang ke rumah untuk menikmati juadah lemang dan nasi himpit. Disusuli dengan sesi penggambaran satu keluarga dan penyampaian duit raya, dise

Jom Bakar Lemang!

Image
Assalamualaikum. Aktiviti tahunan pabila menjelang malam raya pertama. Bakar LEMANG. Masak RENDANG. Untuk tahun ni, pertama kali membakar lemang di halaman rumah baru iaitu di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Takde lah baru sangat pun rumah ni. Dekat 3 tahun dah duk sini. Cuma tang membakar lemang ni first time la. Haha. Detik menunggu lemangku masak telah pun bermula sejak jam 11.00 malam tadi. Yaa. Nak lemang, memang boleh dapat kat mana2. Lagi2 kalau malam raya. Pusing keliling pekan jer, confirm ketemu jugak kedai lemang. Tapi family aku pilih untuk membakarnye sendiri jugak. Mungkin nak rasa feel RAYA la kot. Hehe. Lagi satu sebab nak merasa LEMANG JAGUNG. Susah jugak nak dapat lemang jagung yang dijual di tepi2 jalan. Alaa. Kesian tengok anak buah aku menunggu lemang masak. Tapi nak buat camne. Memang nak tunggu lemang masak ni bukannye kejap dik. Mahu berjam-jam lama. Sabar la yer. Hehe. p/s : MOOD - terpaksa meng'online'kan diri sehingga jam 3.00 pagi gara2 menunggu lemang

Penutup Tirai Ramadhan 1432H

Image
Asssalamualaikum. Alhamdulillah. Tutup sudah tirai Ramadhan 1432H. Setelah diumumkan secara rasminya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011" Berbuka style Western bak kata ayah aku. Trend family aku tiap kali penghujung Ramadhan, akan berbuka ala Western. Hajat pada mulanya nak berbuka makan Nasi Beriyani. Singgah restoran mamak petang tadi nak beli. Terkejut apabila dapat tahu RM11.50 untuk satu kepala. Mahal nyer~ Last2 plan makan Pizza selepas mendapat cadangan dari aku. Hehe. Satu family pekena PIZZA. Order take away untuk dapat Promosi Half Price. Dah order semua. Macam biase tengok bil. Haaa! RM110.20 . Woha! p/s : semalam makan PIZZA untuk 2 kepala, R

Jejak Musafir Berakhir..

Image
Assalamualaikum. Ramadhan dah sampai ke penghujung. Bermakna destinasi permusafiran aku telah pun berakhir. Malam tadi merupakan iktikaf aku kali terakhir di bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, berjaya lakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan bersama adik untuk pertama kalinya. Bersahur di hari terakhir Ramadhan dengan menikmati juadah Nasi Lemak yang disediakan di masjid tersebut. Walaupun ramai yang sibuk membuat persiapan aidilfitri, ade juga kelihatan kelibat anak-beranak yang masih beriktikaf tidur di Masjid Wilayah untuk menunaikan qiamulail malam tadi. Respect dengan mereka. Ok. Hari ni hari last puasa. Malam ni confirm ramai yang dah mula bakar lemang. Masak rendang. Ganti ape yang patut. Lepas bukak pun dah tak sibuk nak siap2 sebab dah takde tarawih. Tapi solat maghrib still kene tunaikan ek. Hehe. Yang budak2 dah mula bakar mercun. Meletop sana, meletop sini. Habes lah malam ni, tak aman aku tidur. Dah la buat orang sakit hati, pastu boleh sakitkan diri mereka sendiri pulak tu

IMAM MUDA mengimami Tarawih..

Image
Assalamualaikum. (..IMAM MUDA = IMAM yang MUDA..bukan peserta Program Realiti IMAM MUDA tu yek..) Alhamdulillah. Selesai menunaikan solat TARAWIH untuk kali yang terakhir Ramadhan ni. Insyallah. Berimamkan seorang HAFIZ muda di surau sementara yang dibina khusus untuk program ibadah di Bulan Ramadhan ni. Bertapak di Pangsapuri Sri Kayangan yang terletak di puncak Ukay Perdana. Gambar selingan.. ni bukan Imam MUDA..tapi Imam KECIL..haha.. Seronok mendengar alunan ayat2 suci al-Quran yang didendangkan oleh dua orang IMAM MUDA di pangsapuri aku ni. Setiap malam mereka mengimami jemaah di sini. Tapi disebabkan Ramadhan kali ni aku giat merantau dari masjid ke masjid bagi merasai suasana Ramadhan di tempat orang, hanya berbekalkan 2 malam terakhir saja aku dapat meluangkan mase mengimarahkan jemaah di surau pangsapuri aku ni. Apepun, aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang. Kekadang ade jugak aku terasa BANGGA dengan para IMAM MUDA di masjid2 kerana telah menjadi DUTA bagi golongan

Pekena PIZZA di akhir Ramadhan..

Image
Assalamualaikum. Buurrrkkk! Alhamdulillah. Kenyang betol perut aku. baru jer balek dari berbuka di luar. Restoran Pizza Hut cawangan Taman Permata. Yaa! itulah nama tempatnya. Hidangan untuk 2 orang. Tapi tak macam untuk 2 orang. Haha. Bila perut dah memanggil, memang tak boleh kawal. Walau RM45 pun, layan jer laa. Disebabkan reserve tempat dekat2 nak buka. So, alamatnye terpaksa order terus menu untuk berbuka. Solat maghrib di rumah baru bergerak menikmati juadah pizza di sana. Gambar yang sempat di snap sebelum dan selepas menikmati juadah. Hehe. SEBELUM.. SELEPAS.. Alhamdulillah. Lame gile tak pekena juadah pizza ni. Seingat aku last time aku makan Pizza Hut, mase aku kecik2 dulu. Dapat jugak merasa walaupun terpaksa menelan kos yang agak mahal. Woha! p/s : ape lagi? JOM solat tarawih!! Hehe. Wallahualam.

Ingatkan dah TAKDE orang. Rupe2nyer..

Image
Assalamualaikum. Mak aih~ Lengang giler lebuhraya. Standard kalau dari Rawang nak gerak ke Ampang ambek masa 45 minit. Tapi sekarang ni tak sampai setengah jam dah sampai. Woha! Tapi mana manusia yang lain ek? Nak kata balik kampung, mungkin kot. Tapi RUPA-RUPANYA kat pasaraya masih ramai lagi makhluk Allah yang bergelar manusia giat shopping sakan. Buat penuh parking jer. Nak tawar-menawar pun dah tak shok. Sesak sangat. Silap2 kene buat lampu isyarat kat dalam shopping kompleks tu setiap kali menjelang aidilfitri. Haha. haaa. Hari ni aku bukak puasa kat luar dengan adek aku. First and the last berbuka di restoran fast food untuk Ramadhan ni. Ingat nak bajet keluar RM10 satu kepala jer. Bila dah habes order, keluar jer bil, tengok2 RM45! Giler ape. Tapi takkan nak tarik balik order tu. Layan jer la. Haha. Habes la diet aku. Lepas raya nanti terpaksalah REDUCE balik. Hoho. p/s : pengisian sementara menanti saat berbuka. Selamat Berbuka kepada Semua! Wallahualam.

PUDU SENTRAL berwajah baru!

Image
Assalamualaikum. Berhijrah. Bertukar Wajah. Setelah hampir 35 tahun beroperasi sejak 1976, baru2 ni telahpun siap dinaik taraf. Juga bertukar nama. PUDU SENTRAL . Itulah nama yang baru dirasmikan oleh PM kita semalam. Sedikit selingan gambar wajah lama dan baru PUDU SENTRAL atau dahulunya dikenali sebagai Hentian Puduraya. DAHULU.. KINI.. Ok. Banyak PENAMBAHBAIKAN telah dijalankan. Antaranya : Mempunyai 3 kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu pada April 2010 yang lalu. Selain itu, dua tempat menunggu yang baru di tingkat satu turut disediakan iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin. Dahulunya tingkat satu ini menempatkan ruang makan dan gerai runcit. Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. (pengurangan). Hal ini kerana syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawal

Sindiran Berguna buat Rakyat Malaysia..

Image
Assalamualaikum. Gambar terPILIH untuk renungan hari ini. Pedas jugak dengar perbualan dua orang mamat SOMALIA kat atas ni kan. Tapi memang hakikat. Mereka menderita sehingga MAUT kebuluran di sana tapi kita di Malaysia satiap hari digemparkan dengan berita kematian akibat kemalangan. Sampai tahap bila orang mati kemalangan dah takde perasaan ape2 dah. Sebab ramai sangat. Boleh kata trend menjelang semua perayaan khususnya Aidilfitri. Kalau tak nak jadi Trend, ikutilah langkah2 berikut : 8 Langkah Keselamatan Jalan Raya 1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda. 2. Sentiasa patuhi had laju yang telah ditetapkan. 3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada

Ade HANDPHONE macam takde jer..

Image
Assalamualaikum. Aihh~ Bengang giler aku dengan manusia yang ade handphone tapi tak pernah nak balas or angkat bile orang contact die. Tak gune lah kalau ade handphone tapi tak gune dengan sebaiknyer der!! Buat rugi jek. Harap jer handphone mahal2 (e.g : Iphone, Blackberry, Samsung Galaxy, dll) tapi bile call tak angkat. Bengkek gile hati aku. Depa sume tak pikir ker orang yang call die ni ingat tak gune duit ker? Ingat call free2 ker? Call masuk jer mailbox dah kene potong prepaid. Sengal betol! Kalau macam adek aku lagi best. Bile die try contact member die pastu member die tak angkat banyak kali. Dah lama2 pastu call balik and member die angkat. Tahu tak ape die cakap kat member die? "HELLO, HAA! DAPAT JUGAK KAU ANGKAT. KAU KATNE TU? JAP2 DEKAT2 NGAN KAU ADE TONG SAMPAH TAK? KALAU ADE, KAU PERGI KAT TONG SAMPAH TU THEN KAU BUANG HANDPHONE KAU TU." Woha! Ni dah musim perayaan ni, confirm lagi ramai duk message ucapan hari raya. Ok. Pesanan kepada sesape yang nak message uca

Elak Speedtrap!

Image
Assalamualaikum. Khas buat pemandu2 di luar sana. Yang nak pulang ke kampung. Yang dah pulang ke kampung. hati-hatilah di jalanraya. Patuhi had kelajuan. Standard lebuhraya 110km/h. Kire ok la tu. Tapi kalau kereta stok lamborghini ke, ferrari ke, memang sangat2 menyiksakan. Haha. Berikut adalah lokasi2 speedtrap : ********** PLUS Arah Utara (Dari KL): 1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting 2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting 3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan 4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara 5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai 6- Km 296 berdekatan exit Gopeng 7- Km 352.6 selepas exit Sungkai 8- Km 373 berdekatan exit Slim River 9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar 10- Km 308.6 selepas exit Gopeng 11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora 12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun 13- 2 km after tol Juru (90km/j) 14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ) PLUS Arah Selatan: 1- Km 289 sebelum ex

Hafal dalam BELAJAR. Kesannya..

Image
Assalamualaikum. Artikel yang menarik untuk di kongsikan. Hafal punca pelajar tak kreatif berfikir Teringat aku masa sekolah rendah dulu, bila dekat nak exam jer mesti duk menghafal jawapan pada soalan yang telah dibincangkan masa kelas sebelum2 tu. Haha. Kekadang ayat yang tulis dalam exam pun nak dibandingkan dengan jawapan buku teks, SEBIJIK! haha. Adakah itu di namakan proses pembelajaran? Woha! Biaselah, masa otak kita masih mentah lagi, mentaliti seorang pelajar nak cemerlang kene menghafal apa yang dibelajarnya mase dalam kelas. Tapi kan adakah dengan menghafal, kita dapat faham konsep sebenar subjek tersebut. Mungkin jugak ia bergantung pada subjek yang kita ambil. Ape beza kita MENGHAFAL atau MEMAHAMI dalam proses pembelajaran? Kalau kita hafal, sebenarnya kita takkan faham ape yang kite hafal. Bila kita tak faham, ilmu tersebut tak lama berada dalam otak dan dada kita. Hanya untuk jangka masa pendek. Inilah selalu nyer terjadi pada golongan pelajar sekolah. Kekadang kita liha

Kenapa aku TAK SUKA jadi POLIS..

Image
Assalamualaikum. Memang dulu aku pernah impikan untuk menjadi seorang Pegawai Polis berpangkat Sarjan Inspektor atau sama waktu dengannya. Sebab mase tu biaselah kecik2 dulu suke main POLIS ENTRY. Then, bile dapat pistol air pulak, habes satu rumah basah kene tembak dengan aku bertubi-tubi. Haha. Dengan harapan ingin menjadi POLIS supaya dapat menembak penjenayah2 yang suka buat KACAU kat Malaysia ni dengan peluru M16. Woha! Tapi tu semua dulu. Sebab sekarang ni aku dah paham hakikat pengorbanan seorang manusia bergelar POLIS. Yang aku tak boleh terima adalah pengorbanan mereka terpaksa BERAYA di atas LEBUHRAYA PLUS atau adik-beradiknya. Semoga selamat menjalankan TUGAS. Ikhlaskan niat di hati. Terus memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan ni. Insyallah. Kepada para musafir yang ingin pulang ke kampung halaman, pandulah dengan hati-hati. Patuhilah had laju yang telah ditetapkan walaupun kekadang ia sangat2 menyiksakan. Haha. Tapi antara SIKSA mengawal kelajuan kenderaan a