Friday, 26 August 2011

Zakat Fitrah. Dah Bayar ?



Assalamualaikum.


Sudahkah anda membayar ZAKAT FITRAH?


Ade sesetengah dari kita yang masih konpius sama ade wajib tak kite hulurkan bayaran zakat fitrah. Sebenarnye, wajib atau tidak kita bayar zakat fitrah, semuanya bergantung kepada kemampuan empunya diri. Zakat pun memang bertujuan untuk mambantu golongan yang memerlukan. Kalau diri sendiri pun memerlukan bantuan, kenapa nak menghulurkan bantuan kepada orang lain.


Bayar ZAKAT jer dah dapat masuk Akhbar!! Fuuyoo. Hehe :P


**********


Antara golongan yang WAJIB atau TIDAK mengeluarkan ZAKAT FITRAH adalah seperti berikut :


1. Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri TIDAK WAJIB bayar zakat fitrah.


2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami WAJIB membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.


3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami WAJIB membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri WAJIB dibayar oleh isteri itu sendiri.


4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami WAJIB membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.


5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri WAJIB membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.


6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya TIDAK WAJIB bayar zakat fitrah.


7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah WAJIB membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.


8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerja). Masing-masing WAJIB membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.


9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu WAJIB membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.


10. Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak WAJIB membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.


11. Ibu sedang hamil. TIDAK WAJIB membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung.
Akan tetapi kebanyakan ilmuwan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].


12. Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya TIDAK WAJIB membayar zakat fitrah.


13. Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga WAJIB membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.


14. Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga WAJIB membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian WAJIB membayarkan zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.


15. Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga TIDAK WAJIB membayar zakat fitrah tetapi WAJIB membayarkan zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.


**********


Fuh. Besar betol tanggungjawab seorang AYAH kan. Kalau isteri dan anak2 tak mampu, beliau kena tanggung. Tapi kalau beliau tak mampu, anak2 dan isteri tak perlu tanggung. Maka, carilah SUAMI yang berkemampuan yer. Hehe.




Perlu juga di INGAT kan..


Orang-orang yang nafkah hidupnya berada dibawah tanggungan orang lain, maka dia TIDAK WAJIB membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:


أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ


Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.


[Hasan: Dikeluarkan oleh al-Daraquthni dalam Sunannya, hadis no: 2052 (Kitab Zakat al-Fitri) dan dengan sanad yang memiliki perbincangan. al-Albani menilainya hasan berdasarkan jalan periwayatan lain yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi. Rujuk Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadits Manar al-Sabil (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 835]


p/s : Fuh~ naseb baek aku bawah tanggungan lagi. Hehe. Kepada yang tak bayar lagi tu, jangan lupe bayar. Selamat menyambut ambang Syawal. Woha!


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...