Friday, 19 August 2011

Iftar Pssgm Uia PJ



Assalamualaikum.


Alhamdulillah,
Semalam aku telah menghadiri satu majlis iftar anjuran Pssgm Uia PJ bertempat di SMAWP 3. CFS IIUM PJ. Majlis tersebut dimulai dengan sesi kuliah ringkas beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang. Bak kata Ustaz Shapizan tu kalau kuliah selama 7 minit ni die kata KULTUM. Kalau kuliah 5 minit pulak die panggil KULIM. Haha.


Ok. Macam biase bila azan masuk, bukak dengan buah kurma beberapa bijik then terus solat maghrib berjemaah. Lepas tu baru bantai makan sampai kenyang. Then, ade diselitkan sikit tayangan multimedia dan diikuti dengan solat isyak dan tarawih berjemaah. Jemaah di imami secara bergilir2 oleh saudara Nazri dan Hanif. Habes taraweh, bantai moreh pulak. Woha! Done.


Insyallah, penulisan ringkas sementara menunggu waktu berbuka. Perut dah beralun macam2 lagu dah ni. Haha. meh kite usha sikit gambar yang telah diupload oleh kameraman sepanjang majlis iftar semalam.








SELAMAT MENEMPUHI 10 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


dan


SELAMAT BERBUKA PUASA!


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...