Tuesday, 23 August 2011

Kad Raya mula tersebar.



Assalamualaikum.


Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk tiba di malam ke 23 Ramadhan. Lagi beberape minit jer dah nak masuk malam ke 24. Ok. Asyik duk membilang detik2 akhir ramadhan je kan. Ade yang masih beristiqamah memburu malam Lailatul Qadr dan ade jugak yang dah pikir nak raya. Bukti nyer? Nah..










Haa. Ni baru sikit jer ni. Kalau nak upload semua confirm berjela-jela. Haha. Tapi takde masalah pun nak menyampaikan ucapan aidil fitri. Aku tak cakap salah kan. Hehe. Tapi kad raya kat atas ni pun bukan semua aku kenal. Just terserempak kat dalam fb tu, alang2 masok jer sekali kat sini. Tu pun tak salah kan? Zaman sekarang ni dah jarang sangat orang mengepos kad raya. Majoriti dah gune fb or SMS jek. Maklumlah, menjimatkan. Boleh saving untuk beli kuih raya lebih kan. Woha!


Di tengah kesibukan sesetengah golongan membuat persiapan Aidil Fitri, jangan pulak kite leka untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Bukan ape, ade aku terdengar radio baru2 ni yang ade sesetengah golongan yang berniaga di Bazaar Ramadhan terleka dengan urusan jual beli sehingga terlepas menunaikan solat Asar dan Maghrib. Tak berkat rezeki yang kita dapat tu. Sekian.


-Gambar Hiasan untuk Renungan Bersama-
KHATAM AL-QURAN
Murid-murid Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) membaca Al-Quran pada majlis Khatam Al-Quran di Masjid Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Seramai 4,000 pelajar dari SRA dan KAFA membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
-Foto BERNAMA-


p/s : bile dah dekat raya nanti, ready2 lah delete inbox yang sedia ade yer. Sebab nanti confirm ramai yang hantar SMS ucapan Aidil Fitri mase malam raya. Haha.


Wallahualam.


1 comment:

  1. hehe.. kite dalam kalangan blogger ni kene lah cuba hidupkan kembali kenangan hantar kad raye.. macam kat sb... mintak alamat nak pos kad.. hehe.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...