Sunday, 14 August 2011

Teruskan Usaha Datuk LCW!!

Assalamualaikum.





Final Match Kejohanan Badminton DUNIA 2011

Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) vs Lin Dan (China)

22-20, 14-21, 21-23



Ok. Disebabkan match Badminton kat atas ni haa, aku dan adek aku telah membatalkan niat untuk menunaikan Solat Tawarih di Masjid. Woha! Dengan harapan beliau dapat memecah rekod merangkul gelaran JUARA DUNIA.



Hmm. Tapi nasib tak menyebelahi kita. Ternyatalah, kita bukan selalu akan berada di atas. Walaupun beliau merupakan Pemain Ranking No. 1 Dunia sejak tahun 2008, tapi kita harus terima hakikat kehandalan Pemain anak kelahiran dari China yakni Lin Dan masih terserlah apabila telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Dunia setelah menghadapi saingan SENGIT selama 81 minit didalam medan peperangan semalam apabila bertemu Datuk LCW.



Ok. Ade la terasa menyesal jugak tak pergi solat tarawih kat masjid semalam. Entah2 kalau aku pergi semalam, Datuk LCW dapat menang kot. Haha. Eh2, tapi aku still solat Tarawih kat rumah Ok!



Anyway, Keep it up Datuk LCW. Sokongan jitu dari semua rakyat Malaysia tak pernah pudar dek telan zaman. Teruskan matlamat memburu Gelaran JUARA di Kejohanan Sukan Olimpik London 2012 tahun depan. Insyallah.



Wallahualam.



p/s : Weh! Jom maen badminton. Aku tengah gian nak pekena JUMPING SMASH ala-ala LCW or Lin Dan ni haa. Woha!



1 comment:

  1. memang ade badi ngn lin dan ni..LCW susah nak beat die

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...