Thursday, 4 August 2011

Senario Tarawih

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. baru je balik dari menunaikan solat tarawih kat surau rumah aku ni. Surau ni siap ade blog lagi tu. Tak percaya? boleh klik sini. Hmm. Cuma biase lah lain surau/masjid, lain la dorang punye aturcara tarawih nyer. Mungkin ade surau tu buat tazkirah dulu then baru mula solat tarawih. Ade jugak yang dah habes 4 rakaat pastu sambung tazkirah then baru habeskan lagi 4 rakaat. Dan macam2 lagi la. Cume kat surau aku ni, aturcara die:

Solat Isyak berjemaah
Tahlil Arwah
Solat Tarawih 4 rakaat
Tazkirah 30 minit
Solat Tarawih 4 rakaat
Solat Witir 3 rakaat 1 Salam

Ade la dalam jam 1030 jugak habes. Tapi tak kesah pun. bukan ade pape pun buat kat rumah kalau balik awal. Huhu.

Cuma aku nak tanya sikit, ape perasaan korang kalau tengah2 korang khusyuk solat jadi makmum, baru habes jer aminkan bacaan al-fatihah imam, tetibe ade pulak member sebelah ni sambut bacaan al-fatihah tu. Maksud aku, makmum sebelah kite ni haa baca al-fatihah dah macam nak jadi imam pulak da. Kuatnye die baca sampai makmum depan dan belakang pun boleh dengar. Hmm. Aku no komen la pasal orang2 camni. Bukan ape, bagi aku simple jer. Dorang just pikir pasal diri dorang jek. Kalau dorang pikir pasal orang lain, dorang takkan baca kuat2. Al-fatihah jer kot. Huh~ habes pahala Ramadhan aku. Ni dorang punya pasal la. Aku solat pun tak khusyuk sebab duk dengar dorang baca jer. Sabo jer la.

Aku bukan nak kata ape, just mintak satu jer daripada golongan orang2 camni. TOLONGLAH paham situasi orang/makmum lain yang nak berusaha untuk khusyuk dalam solat ni. Kalau sampai mengganggu orang lain, tak ke makruh hukum nye tu. Huhu. Ni belum kire orang yang duk angkat takbir banyak kali lagi. Maleh la nak komen pasal dorang. Fikir2kan.

p/s : aku bukan nak marah tapi just nak bagi mereka2 ni sedar sikit. Kekadang ade perbuatan yang mereka selesa menyebabkan orang lain terseksa. Renung2kan dan Selamat BerTarawih. :)

Wallahualam.

3 comments:

  1. ouh, suruh dia jadi imam,,
    oups,

    cuba lah nasihatkan dia,,tu kotyang sebaik2

    ReplyDelete
  2. ouh, suruh dia jadi imam,,
    oups,

    cuba lah nasihatkan dia,,tu kotyang sebaik2

    ReplyDelete
  3. insyallah bro..cume golongan camni selalu nyer yg rajin ke masjid or tabligh ke camtu..tpi takpaa..mgkn lepas2 ni kalo nak duk solat pun cari port org2 biase jek..hehe..thx for dropping by here :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...