Majlis Berbuka SPEX

Assalamualaikum.

(SPEX = Sg Pusu EXstudent Society)







Pada 13 Ogos yang lepas, aku telah menghadiri satu Majlis Berbuka Puasa & Mesyuarat Agung Alumni SMK Sg Pusu (SPEX) 2011 yang telah diadakan di Dewan Makan Asrama SMK Sg Pusu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu khas iaitu Pn. Noraizan (Pengetua SMKSK) dan Pn. Siti Aida (PK SMKGS). Juga yang turut memeriahkan majlis Pengetua SMKSP, Pn. Hajah Muslimah Haji Tahir, PK SMKSP, Pn. Nik Karimah Nik Daud dan PK HEM SMKSP, En. Abd. Samat Ismail.



Alhamdulillah, berpeluang jugak program ini untuk menghimpunkan alumni2 @ bekas2 pelajar yang telah lama meninggalkan bumi SMK Sg Pusu. Ade yang dah habes belajar, ade yang maseh belajar dalam dan luar negara, ade yang dah bekerjaya sebagai jurutera, doktor, financial consultant etc. Hmm. Tengok penampilan mereka pun dah lain, tak seperti dulu.



Majlis tersebut dimulai dengan Mesyuarat Agung pemilihan Jawatankuasa Baru Alumni SPEX sesi 2011-2013 pada jam lebih kurang 4.00 petang. Selepas menunaikan solat asar berjemaah, majlis diteruskan dengan slot bersama dif jemputan sehingga tiba waktu berbuka. Selepas selesai berbuka, telah diadakan satu slot khas yang dipimpin oleh Pn. Noraizan iaitu sesi perkongsian pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang bergelar pelajar SMKSP satu ketika dahulu. Memang seronok. Macam2 cerita keluar. Alhamdulillah, segala cerita yang dilontarkan oleh setiap warga alumni telah berjaya menimbulkan nostalgia lama yang akhirnya memberi kesan yang mendalam buat ahli yang hadir pada malam itu.



Ok. Malas nak berceloteh banyak sangat untuk post kali ni. Tak berape ade mood nak menaip. So, sedikit gambar yang nak dikongsikan sepanjang majlis tersebut.























Hampir terlupa, sekalung penghargaan diucapkan kepada katering jemputan NUSARA Catering & Food Services (NCFS) yang merupakan kepunyaan salah seorang warga alumni SMKSP, iaitu saudara Muaz Azman dan keluarga. Ok. Done!



p/s : Tahniah kepada yang telah sebulat suara dilantik sebagai barisan Jawatankuasa Alumni SMK Sg Pusu (SPEX) sesi 2011-2013. Diharapkan dapat aktif menjalankan altiviti bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara warga alumni. Insyallah.



Comments