Posts

Showing posts from January, 2010

Duka & Suka

Image
Assalamualaikum. Hari ni merupakan antara hari yang paling duka pernah aku hadapi. Bermula dengan bangun tido jer aku dah kena hadapi ketiadaan air di mahallahku. Kalau hari ni hari biasa takpe, ini dahlah hari ni hari jumaat kena pergi siap-siap nak ke masjid untuk sembahyang jumaat, Aduss. So, terpaksalah aku dengan member bilik aku pergi mandi kat mahallah sebelah. Nasib baik bilik kitorang ni dekat tingkat satu. Takdelah kena turun tangga berjela-jela. Habis jer mandi aku pun teringat yang pada hari semalamnya aku ada rendam baju untuk dibasuh pada hari ini. Tapi malangnya disebabkan ketiadaan air aku terpaksa memerah saja baju-baju tu dan terus sidai. Tak dapatlah nak diberus tapi ok la wangi jugak la. Then pada selepas solat jumaat pulak aku , raja dan marzuk ada plan nak ke pejabat gayong sebab dah janji dengan ishkandar untuk jumpa dia kat sana untuk ambil tengkolak dan songket adat. Kebetulan masa tu abang ihsan pun ada sekali (senior aku) kat pejabat gayong tu. Aku lagi la b

Menunggu Seruan Maghrib

Assalamualaikum.. Aku tak tahu kenapa sekarang ini aku makin suka bercerita kat dalam blog ni. Sejak aku ada blog ni kalau boleh semua cerita pasal aku, aku nak sumbatkan kat dalam ni. Kadang-kadang ada juga terfikir benda-benda remeh pun aku nak cakap. Tapi itulah hakikatnya. Dah memang motif aku buat blog untuk lepaskan perasaan dan isi hati aku. Haha. Kali ini aku sebenarnya baru berhasrat nak pergi dinner dengan member bilik tapi bila aku check dompet aku. hampeh..sehelai duit kertas pun aku takde. So, tak dapatlah aku nak jpin dorang dinner kat kafe. Tapi takpe sementara tengah nak tunggu azan magrib ni biar aku lepaskan tension kejap pasal keadaan aku sekarang ni. Penuh dengan assignment bertimbun-timbun, dengan baju yang berlambak atas katil tengah tunggu nak basuh jer tapi sebab mesin basuh rosak, terpaksa aku tangguhkan hajat aku, dengan masalah duit yang makin memuncak keluar macam air jer, sedar-sedar dah tinggal dua ratus lebih jer dalam akaun bank aku, dan macam lagi. Adus

Battle of Nasyeedian '10

Image
Assalamualaikum.. Hatiku malam ini takkan tenang selagi aku tak menulis apa yang terkandung dalam hatiku ini. Hatiku ingin membicara mengenai satu program yang dianjurkan oleh Culture And Art Club Uia PJ iaitu Battle of Nasyeedian. Majlis yang agak meriah ini dihadiri oleh tiga orang juri jemputan iaitu Muaz, Shahril(in-team) dan Halim(Devotees) bagi menapis dan menilai kesemua kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Lima kumpulan telah mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar uia pj first year dan second year. ..Soutul Amal.. ..Generation.. ..Serovose.. ..Soul.. ..The Verse.. Dan pada pengakhiran majlis ada diselitkan nyanyian dari bekas Juara dan Naib Juara Battle of Nasyeedian tahun lepas iaitu kumpulan Etika dan Saljuk. Dua lagu yang didendangkan oleh mereka ialah lagu 'Kekasih Awal dan Akhir' dan 'Ayat-Ayat Cinta'. Hasil dari gabungan suara yang agak mantap disusuli dengan pitching yang tak berapa nak lari sert

First Training di Sg Pusu

Assalamualaikum.. Pada hari sabtu yang lepas aku telah dipanggil untuk datang latihan silat di gelanggang sekolah lamaku iaitu di SMK Sg Pusu. Sekian lama aku menunggu latihan silat disana untuk bermula setelah dua bulan berhenti atas sebab cuti sekolah. Pada hari pertama latihan, aku terasa semangat untuk berlatih kerana dah sekian lama aku tak menjejakkan kakiku di atas bumi Sg pusu dan melatih anak-anak gayong disana. Setiap kali aku melatih anak-anak gayong disana, aku seringkali terkenang tika aku masih bergelar pelajar SMK Sg Pusu dahulu. Bermacam-macam musibah dan dugaan aku hadapi sebagai seorang pengerusi kelab. Namun semuanya telah menjadi pengajaran dan pengalaman untuk aku gunakan dalam menempuhi cabaran kelak. Pada mula-mula aku menjejakkan kaki ke dalam gelanggang, aku mendapati ramai senior-senior silat SMK Sg Pusu yang telah lama tak berkunjung ke gelanggang ini hadir pada ketika itu. Antaranya Abg Iwan, Abg Amy, Abg Mat, Abg Hanafi, Abg Azmi (sekarang menjadi Ketua Gur

Last Silat Training

Salam..malam ini merupakan malam terakhir aku bersilat di gelanggang uia pj ini sebagai seorang pelajar matrik uia kerana insyallah jika diizinNYA bulan depan sudah genap dua tahun aku menjejakkan kaki di uia pj ini dan sudah tiba masanya aku melangkah keluar untuk menyambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda di Uia Gombak. Disebabkan malam ini ialah latihan silat terakhir untuk sem ini, bilangan ahli-ahli yang hadir turut memberangsangkan dan suasananya agakmeriah dari sebelum2 ini. Yang tak datang ujian pun hadir pada malam ini. Aku pula last minit diberitahu bahawa kelas ganti untuk Math akan diadakan jam 8 malam ini. So, disebabkan prinsip aku" academic come first", aku pun terpaksa turun latihan silat lewat sikit dari sebelum2 ini. Namun, kadatangan yang agak lewat tidak sikit pun menjatuhkan semangatku. Malam ini, Cikgu Selamat lebih fokus kepada latihan gerakan asas pelajaran hitam kosong. SO, disini baru aku sedar yang majority semua gerakan asas aku masih bany

Bebanan Kian Reda

Akhirnya segala bebanan yang selama ini aku pikul telah selesai pada hari jumaat yang lalu dimana kesemua dokumen2 grading silat uia pj telah pun selamat sampai di pjabat gayong selangor di kampung baru beserta dengan duit pendaftaran ujian dan bengkongnya sekali..alhamdulilah..tempahan bengkong2 telah pun dibuat awal supaya tidak berlaku sebarang kelewatan. Insyallah, pada sem yg akan datang akan diaturkan satu majlis penyampain bengkong bagi gelanggang matrik uia pj dimana ia merupakan satu aktiviti terakhir gelanggang bagi memenuhi keempat-empat aktiviti berwajib tahunan yakni pendaftaran ahli, perlimau adat, ujian kenaikan bengkong dan penyampaian bengkong bak kata mantan setiausaha agong, Cikgu Anuar Abdul Hamid. Sem ini juga merupakan sem terakhir aku berada di uia pj ini. Jawatan aku sebagai presiden silat uia pj juga akan tamat tempoh tak lama lagi. Terasa cepat masa berlalu seolah2 baru semalam aku menjejakkan kaki ke bumi cfs ini. Namun aku harus sedar bahawa setiap yg bertem

Closing Festiven '10

Woah!! malam ini merupakan malam yang menyeronokkan..aku pun tak tahu apa yang seronoknya...mungkin sebab baru balik dari majlis penutup Festival of Engineering yang agak meriah di kampusku ini... Majlis malam ini bermula selepas isyak dalam pukul 930mlm...Didahului dengan ucapan dari Advisor Engenius, Bro Hafiz Hussin dan disusuli dengan satu talk @ ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Azlan yang bertajuk "Malam Pertama di Alam Barzakh"...Banyak input yang diketengahkan sepanjang ceramah tersebut antaranya ustaz menekankan tentang kembara manusia menerusi alam-alam ghaib dan nyata. 1) Alam Roh - dimana termeterainya satu perjanjian diantara seorg hamba dan penciptanya, Allah s.w.t. 2) Alam Rahim - dimana Allah ciptakan manusia ini semuanya berasal dari air mani yang kotor lagi hina dan dibentuk serta ditiupkan roh di dalam rahim ibu yang terletak bersebelahan dgn usus yang penuh dengan kekotoran. 3) Alam Dunia - dimana salah satu masalah manusia yakni hamba Allah semasa menerus

Ops Sikap

Hari ini satu operasi spot-check besar-besaran telah dijalankan di uia pj.Ramai juga pelajar-pelajar uia yang kena saman. Sehinggakan ada yang memberontak. Mana taknya hampir setiap bangunan ada fellow check dress code. Tapi nasib baik kelas aku hari ini mula pukul 7 pagi. So masa itu operasi tak mula lagi. Alhamdulilah, Allah selamatkan aku. Haha..Tapi mula-mula memang aku tak perasan pun ada spot check, so masa aku nak pergi kelas physic dalam pukul 9 pagi itu aku buat macam biasa saja. Then bila kelas physic dah mula, aku dengar ada kecoh-kecoh kata ada fellow tunggu kat sana sini utk check mostly dress code pelajar. Aku pun terus check aku punya dress code. Alamak !! aku terlupa bawa matrik kad (padahal malas nak pakai..haha). Lepas itu, kebetulan lecturer physics aku itu principal mahallah UKC, who was happened to be one of the fellow on duty for the spot check this morning. Sibuknya dia pagi itu sampaikan masa dia tengah lecture ada saja orang call dia boleh kata setiap 10 minit.

MUET Result

Image
Beberapa hari yg lepas, keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) sesi akhir tahun 2009 telah diumumkan. Alhamdulillah, keputusan yg aku perolehi tak terlalu teruk dan yang pastinya memang tak power langsung. Further result for each of the paper are as follows : Reading : 64/120 Writing : 59/90 Speaking : 25/45 Listening : 25/45 Band Achieved : 3 Aku tak malu nak tayangkan result aku sebab aku tahu bahasa inggeris memang merupakan subjek bahasa yang paling aku lemah sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi salah satu kelebihan pelajar uia ialah, mereka tak terlalu bergantung kepada result MUET untuk menyambung belajar ke degree level sebab uia mempunyai program english mereka sendiri iaitu English Placement Test (EPT). Kemasukan ke degree level bagi pelajar uia hanya bergantung kepada result EPT. Sekiranya mereka memperolehi result yang teruk dalam MUET tetapi exempted dalam EPT, mereka masih layak untuk menyambung degree level. Tetapi kekurangannya pula, lepasan asas

My Last Meeting

Image
Target Group : Head of Bureaus and Mainboard of Pssgm Uia PJ Date : 14 Jan 10 Venue : C001 Time : 930pm (after isyak prayer) Attendances :- -Nazrul Azam (Presiden) -Amira Fatin (Vice Presiden 1) -Nazrul Arif (Vice Presiden 2) -Marzuq Imran (Secretary) -Fitrah (Vice Secretary) -Suffian (Treasurer) -Munirah (Vice Treasurer)*absent. -Saifuddin (Head of TnT) -Shukri (Head of PnI) -Hazwan (Head of AnR) -Aiman (???)*teman fitrah. Agenda2 :- 1) Tazkirah *Tazkirah telah disampaikn oleh saudara Marzuq Imran bertajuk Amanah & Tanggungjawab. Beliau cuba mengaitkan tajuk tazkirahnya itu dgn amanah yg dipegang oleh setiap ahli2 mainboard pssgm uia pj. 2) Module *Memberi peluang kepada semua ahli untuk meluahkan rasa tak puas hati, nasihat, dan teguran sesama mereka menerusi sehelai kertas dan mereka juga diberi peluang untuk bertanya dan membidas kembali persepsi org lain terhadap mereka. Alhamdulilah semua ahli dapat memberi kerjasama dan diharapkan matlamat tercapai :) 3) Pembentangan Aktivti

Old Memory

Image
One night, i'm reflashing back my old memory when i was called an athlete during my secondary school..masa sekolah SMK Sungai pusu aku sangat aktif dalam pertandingan pencak silat sehingga pernah dinobatkan JOhan Kebangsaan pada tahun 2006 dalam kategori jurus wajib..untuk pengetahuan, aku seorang yang cenderung ke arah silat seni..berikut adalah kejayaan aku sepanjang penglibatan aku dalam pertandingan silat dahulu.. Tahun 2003:- Johan Kategori Jurus Masal Peringkat Daerah Gombak tapi malangnya tak dipertandingkan untuk peringkat Negeri Selangor.. Tahun 2004:- Johan Kategori Jurus Masal Peringkat Daerah Gombak Johan Kategori Jurus Masal Peringkat Negeri Selangor Tempat ke-5 Jurus Masal Peringkat Kebangsaan di WP Labuan Mendapat jemputan untuk menghadiri The First Thailand-Malaysia Youth Camp di Thailand atas tiket untuk mempersembahkan salah satu budaya seni mempertahankan diri masyarakat Malaysia, Silat.. Tahun 2005:- Johan Kategori Tempur Putera Pertandingan Terbuka Gayong Perin

Latihan Silat 8/1/10

malam ini seperti biasa aku menjalankan rutin mingguanku iaitu berlatih silat digelanggang gombak setia pada setiap hari jumaat malam sabtu..latihan turut dihadiri oleh khalifah besar negeri selangor, Cikgu Ibrahim..dan buat pertama kalinya sahabat-sahabatku dari gelanggang SMK wangsa maju seksyen 5 juga join latihan silat malam itu iaitu seramai tiga orang, Raja, Faiz dan Ibnu dan 2 orang daripadanya berbengkong pelangi kuning satu tetapi pada malam itu bercadang untuk memakai bengkong merah dan hijau saja atas sebab merahsiakan identiti bengkong sebenar mereka.. latihan malam ini menjurus kepada kaedah untuk membuka kunci mati dan serba sedikit mengenai pentas 3..tapi yang aku tak puas hatinya ada seorang hamba Allah ini, dia action gila..aku pun tak tahu macam mana nak mendefinisikan berlagak dia..masa latihan untuk buka kunci mati 9, Tali Gantung..dia banyak bercakap besar..seperti contoh andai kata kunci dia berjaya dibuka oleh orang lain, dia boleh pula cakap yang "itu aku

Bengang Gila

hari ini merupakan hari yang membengangkan aku..bukan apa, aku tahu aku ini memang seorang yang tak pernah peka dengan keadaan sekeliling..untuk mengecilkan scope, kita boleh tengok program-program besar yang dijalankan di kampusku, uia pj..seperti RAFEST yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini..banyak program-program yang dijalankan bersempena dengan RAFEST ni..antaranya Green Day dimana pada hari itu semua warga uia pj digalakkan untuk memakai pakaian warna hijau dan pada sebelah malamnya pula dijalankan earth hour tapi hanya selama 5 minit saja..selain itu pembukaan gerai-gerai untuk setiap kelab juga ada..dan macam-macam lagi.. kembali kepada situasi aku pada hari ini, aku bertanya kepada sahabat aku ini "E cafe buka tak hari ini?"sebab selalunya lepas sembahyang jumaat kami sebilik akan pergi lunch kat sana..lepas itu dia jawab.."kau ini memang tak peka dengan keadaan sekeliling..kau takkan tak biasa macam RAFEST sebelum ini"..lepas itu aku pun jawab..&qu

Yeah!! Lesen Penuh..

Salam..hari ini aku rasa seronok sangat sebab hari ini tempoh lesen percubaan aku dah tamat..so, aku pergi tukar lesen penuh kat jpj setapak.. pada mulanya aku rancang nak pergi seorang diri but then member aku tiba-tiba menyuarakan hasratnya untuk membaharukan lesen keretanya juga..so, apa lagi..aku pun ajak dia join aku pergi barukan lesen.. initially kami ingat nak barukan lesen dekat pejabat pos berhampiran dengan kawasan pasar malam sebelah uia pj..tapi malangnya pejabat pos itu tutup..aku pun tak tahu kenapa ia tutup..agak tension pada mulanya..selepas itu, kami pun berbincang seketika sama ada nak barukan lesen dekat pejabat pos atau jpj sebab aku punya lesen bukan barukan tapi kene tukar yang baru..sebab lesen aku yang lama lesen percubaan..akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ke jpj setapak..agak jauh juga dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana.. walaubagaimanapun, misi berjaya..kedua-dua lesen berjaya diperbaharui dan ditukar..haha..masa itu aku

Layak ke Tak ?

Kali ini aku nak berkongsi kata hati aku tentang level bengkong yang aku pakai sekarang ini..mungkin anak-anak gayong faham apa yang aku akan cuba sampaikan ini..sebenarnya level bengkong aku sekarang ini ialah pelangi merah 2..itu pun baru saja naik beberapa minggu yang lepas..hati aku berkata aku masih tidak layak memakai bengkong merah 2 lagi..bukan hanya bengkong merah 2 aku x layak, malah bengkong pelangi merah kosong pun belum tentu lagi..bukan apa, aku tahu kemampuan diri aku..sebab apa aku kata aku tak layak? -dah dua kali aku ambil ujian kenaikan bengkong tetapi dua kali itulah MULUT AKU BERDARAH ditumbuk oleh pesilat lain semasa ujian bahagian serangan bebas..layak tak aku pakai bengkong merah? -aku kalah teruk dengan 3 orang BUDAK SEKOLAH MENENGAH yang berBENGKONG PUTIH sehingga salah seorangnya berjaya tumbuk aku sampai berdarah..layak tak aku bengkong merah? -kalau aku tengok kembali semua kombat dan kunci mati yang aku buat, tak pernah yang mantap pun..bukan itu saja, ora

Syoknya Nasyid

Salam..tiba-tiba terdetik dalam hatiku untuk menulis blog malam ini..sebenarnya aku baru balik dari satu program opening RAFEST (Raudah Festival).. Untuk pengetahuan, pihak penganjur telah mewajibkan setiap society untuk menghantar wakil sebagai penonton untuk program itu..ini mungkin merupakan tindakan susulan mereka kerana pernah menghadapi masalah kekurangan penonton untuk program sebelum-sebelum ini..sehingga dimarahi oleh deputy dean kerana syarat-syarat untuk menjemput deputy dean merasmikan sesuatu majlis itu kena ada lebih dari 200 penonton.. beberapa orang wakil dari society dibawah naunganku, pssgm turut hadiri majlis tersebut termasuk aku..sebagai gimik untuk majlis itu, kelab pssgm telah diminta untuk mempersembahkan satu tempur senjata..walaupun agak kelam-kabut pada mulanya tapi alhamdulillah tak ada yang tercedera sepanjang persembahan itu.. Apa yang mengelakarkan aku lagi ialah bila sampai agenda persembahan nasyid dari kumpulan Voice Of Cfs (V.O.C)..bukan apa, sahabat

Barbeque Day

Pada pagi ini aku bangun seperti biasa pada pukul 6.30pg untuk menunaikan solat subuh dan selepas itu aku terus kembali ke katilku untuk melelapkan mata seketika bagi menghilangkan rasa mengantukku yang terlampau..dalam lebih kurang 10.00 pg aku bangun dari tidur dan terus terfikir untuk menyiapkan assignment aku yang berlambak.. akan tetapi, pada masa yang sama juga ayah sibuk membakar bbq sebagai lunch kami sekeluarga pada hari ini..manakala mak pula sibuk menyiapkan makanan-makanan sampingan didapur..adik aku masih tidur mungkin atas sebab berjaga malam menyiapkan assignment dan study..kakak aku pula khusyuk membaca novel.. ikut hati aku, memang aku nak tolong ayah bakar bbq.. tapi apakan daya banyak assignment yang masih tertangguh lamanya.. malangnya asignment-assignment itu tak dapat disiapkan juga kerana ada rujukan-rujukan sammpingan tertinggal dikampusku..aku terpaksa menangguhkan lagi assignment ku itu.. actually pada tengahari itu memang keluarga aku ada buat sedikit jamuan

Aku Malu

Malam ini ade satu perkara telah memalukan aku..sama ada, ada yang sedar atau tidak..malam ini aku telah dilawati oleh seorang sahabatku yang berbadan agak besar..tujuan utama dia datang kebilik aku adalah atas urusan lain..namun dia sempat memberitahu aku satu perkara yang agak memalukan aku.. Dimana seorang jiran biliknya yang juga merupakan ahli silat gayong telah memberitahu dia bahawa aku telah dikalahkan teruk dalam serangan bebas semasa ujian kenaikan bengkong tempoh hari..bukan itu sahaja, dia(sahabatku) juga telah diberitahu bahawa aku telah dikalahkan oleh 3 orang budak sekolah menengah sehingga mulutku berdarah..adusss..malunya..tak tahu nak letak mana mukaku ini..namun aku still dapat membidas kembali dengan bersikap jujur bahawa aku bukan seorang yang mahir dalam bidang sparing(serangan bebas).. Nasib baik dia seorang yang bukan mudah bersosial dengan orang lain..harap-harap benda seperti itu tak tersebar ke seluruh pelosok uia pj ini..tapi mungkin ada hikmahnya, mungkin A

Selamat Tahun Baru

Image
Tahun 2009 sudahpun berlalu meninggalkan kita..kini tahun 2010 bermula..banyak perancangan yang telah pun dibuat sepanjang tahun ini..untuk senaraikan kesemuanya mungkin terlampau banyak..namun antaranya : 1) berusaha untuk mencapai CGPA 3.2 keatas untuk sem terakhir aku di bumi cfs uia pj ni. 2) mencari kerja sementara menunggu tawaran untuk kemasukan ke uia gombak untuk sambung degree level. 3) bergiat lebih dalam silat gayong terutama di gelanggang awam semasa cuti beberapa bulan. 4) dan banyak lagi... bermacam-macam perkara telah berlaku sepanjang tahun 2009..ada yang pahit dan ada yang manis..semuanya sudahpun menjadi kenangan dan kini telah bermulanya satu perjalanan yang baru untuk tahun ini.. SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

Perkara Tertangguh

Hatiku masih memikirkan satu perkara yang belum aku selesaikan..sudah terlalu lama rasanya perkara yang aku maksudkan ini tertangguh..yang aku maksudkan adalah dokumen-dokumen mengenai Grading Silat Gayong UIA Pj.. perkara yang masih tertangguh : 1) berjumpa dengan Cikgu Jasmi untuk meminta tandatangannya sebagai penguji dan melangsaikan bayaran sebanyak RM** kepadanya. 2) berjumpa dengan Cikgu Selamat untuk meminta tandatangannya sebagai Gurulatih gelanggang dan melangsaikan bayaran sebanyak RM27 sebagai agihan untuk Gurulatih. 3) hantar kesemua dokumen ujian kenaikan bengkong ke pejabat pusat pssgm di Kampung Baru. bila rasanya perkara diatas dapat disettlekan..harap-harap dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengurangkan beban di kepala..

Hatiku Runsing

arrgghh..hatiku kembali runsing memikirkan bagaimana nak settlekan tutorial math aku yang terbengkalai dibawa arus..semuanya sudah tersedia ada dengan soalan tutorial yang agak mudah dan tutorial member yang dijadikan rujukan, tapi yang menjadi penghalang aku sekarang ialah ketiadaan senarai formula.. supposedly, diz weekend aku nak cuba habiskan semua tutorial so that by next week aku boleh concentrate study for my quizes..but, disebabkan minggu nie aku terlupa nak bawa balik nota math aku yang terkandung senarai formula, aku terpaksa menangguhkaan hasrat aku.. tapi tak mengapa..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..