MUET Result

Beberapa hari yg lepas, keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) sesi akhir tahun 2009 telah diumumkan. Alhamdulillah, keputusan yg aku perolehi tak terlalu teruk dan yang pastinya memang tak power langsung. Further result for each of the paper are as follows :

Reading : 64/120
Writing : 59/90
Speaking : 25/45
Listening : 25/45
Band Achieved : 3

Aku tak malu nak tayangkan result aku sebab aku tahu bahasa inggeris memang merupakan subjek bahasa yang paling aku lemah sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi salah satu kelebihan pelajar uia ialah, mereka tak terlalu bergantung kepada result MUET untuk menyambung belajar ke degree level sebab uia mempunyai program english mereka sendiri iaitu English Placement Test (EPT). Kemasukan ke degree level bagi pelajar uia hanya bergantung kepada result EPT. Sekiranya mereka memperolehi result yang teruk dalam MUET tetapi exempted dalam EPT, mereka masih layak untuk menyambung degree level.


Tetapi kekurangannya pula, lepasan asasi uia hanya berpeluang menyambung belajar ke degree level di main campus Gombak dan Kuantan sahaja. Kemasukan ke universiti selain uia tidak diterima melainkan pelajar berkenaan membuat rayuan kepada universiti yang diminta. Tapi nak dibandingkan dengan universiti yang lain, suasana atau biah di uia memang lebih terpelihara dan terjaga yakni dari sudut penjagaan aurat dan pergaulan bebas. Akhir kata, majulah uia untuk agama. Haha..

Comments

  1. yup..tapi skrg ni da masuk uia gmbk da..boleh refer details penulis..kat bhgn link atas blog..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment