Bebanan Kian Reda

Akhirnya segala bebanan yang selama ini aku pikul telah selesai pada hari jumaat yang lalu dimana kesemua dokumen2 grading silat uia pj telah pun selamat sampai di pjabat gayong selangor di kampung baru beserta dengan duit pendaftaran ujian dan bengkongnya sekali..alhamdulilah..tempahan bengkong2 telah pun dibuat awal supaya tidak berlaku sebarang kelewatan. Insyallah, pada sem yg akan datang akan diaturkan satu majlis penyampain bengkong bagi gelanggang matrik uia pj dimana ia merupakan satu aktiviti terakhir gelanggang bagi memenuhi keempat-empat aktiviti berwajib tahunan yakni pendaftaran ahli, perlimau adat, ujian kenaikan bengkong dan penyampaian bengkong bak kata mantan setiausaha agong, Cikgu Anuar Abdul Hamid.

Sem ini juga merupakan sem terakhir aku berada di uia pj ini. Jawatan aku sebagai presiden silat uia pj juga akan tamat tempoh tak lama lagi. Terasa cepat masa berlalu seolah2 baru semalam aku menjejakkan kaki ke bumi cfs ini. Namun aku harus sedar bahawa setiap yg bertemu akan berpisah. Mungkin jejaknya aku di bumi cfs ini memang telah ditakdirkan utk menggerakkan kembali gayong cfs ke jalan yg betul selaras dengan yg dikehendaki pssgm pusat. Segala kenangan2 bersilat bersama2 sahabat2 gayong sekalian tak akan kulupakan sampai bila2. Semoga ukhuwah gayong akan kekal hingga akhir zaman insyallah. Sekadar merenung detik2 akhir berada di cfs..(tapi exam final belum mula lagi..doakan kejayaan aku dalam mengecapi impian aku untuk mendapat keputusan yg cemerlang dalam apa jua ujian yg aku duduki meskipun ujian yg diturunkan oleh Allah s.w.t)

Comments