Latihan Silat 8/1/10

malam ini seperti biasa aku menjalankan rutin mingguanku iaitu berlatih silat digelanggang gombak setia pada setiap hari jumaat malam sabtu..latihan turut dihadiri oleh khalifah besar negeri selangor, Cikgu Ibrahim..dan buat pertama kalinya sahabat-sahabatku dari gelanggang SMK wangsa maju seksyen 5 juga join latihan silat malam itu iaitu seramai tiga orang, Raja, Faiz dan Ibnu dan 2 orang daripadanya berbengkong pelangi kuning satu tetapi pada malam itu bercadang untuk memakai bengkong merah dan hijau saja atas sebab merahsiakan identiti bengkong sebenar mereka..

latihan malam ini menjurus kepada kaedah untuk membuka kunci mati dan serba sedikit mengenai pentas 3..tapi yang aku tak puas hatinya ada seorang hamba Allah ini, dia action gila..aku pun tak tahu macam mana nak mendefinisikan berlagak dia..masa latihan untuk buka kunci mati 9, Tali Gantung..dia banyak bercakap besar..seperti contoh andai kata kunci dia berjaya dibuka oleh orang lain, dia boleh pula cakap yang "itu aku tak kunci betul-betul..kalau aku kunci betul-betul confirm dah tak boleh bergerak dah"..lebih kurang macam itu..lepas tu dia try buat kunci dekat sahabat aku yang berbengkong kuning tapi malam itu pakai bengkong hijau, Faiz..kunci dia berjaya dibuka oleh Faiz..kami yang lain pun seronok pula tengok dia tergolek sebab dia berlagak sangat sebelum-sebelum ini..dengan kami yang berbadan standard ini boleh la kalau kau nak tibai..dapat dengan badan yang lebih besar daripada kau baru kau tahu..haha..dan malam itu juga aku main-main dengan Faiz, cakap aku dah hebohkan yang kau dah berbengkong kuning satu dekat semua orang..Faiz pun bengang gila sebab dia memang tak suka hebohkan yang dia bengkong kuning..aku pun senyap saja tak beritahu dia yang aku tipu..aku saja nak tengok macam mana Faiz marah..haha..sampai sekarang Faiz percaya aku hebohkan benda tu..dan macam-macam lagi..

disebabkan Raja ada hal awal pagi esoknya, semua sahabatku dari gelanggang SMK Wangsa Maju terpaksa beransur awal..dan kami yang lain ini pun beberapa minit kemudian beransur dari gelanggang dan lepak dekat kedai makan greenwood untuk minum-minum..sembang-sembang sampai tak sedar yang jam dah pukul 330 pagi..aduss..aku baru cakap dengan mak aku yang aku akan cuba balik rumah awal...sorry mak..tak sengaja..dalam pukul 345pagi aku beransur pulang dan sampai rumah dalam pukul 4 pagi...ngantuk gila terus tidur...zzzz...

Comments