Layak ke Tak ?

Kali ini aku nak berkongsi kata hati aku tentang level bengkong yang aku pakai sekarang ini..mungkin anak-anak gayong faham apa yang aku akan cuba sampaikan ini..sebenarnya level bengkong aku sekarang ini ialah pelangi merah 2..itu pun baru saja naik beberapa minggu yang lepas..hati aku berkata aku masih tidak layak memakai bengkong merah 2 lagi..bukan hanya bengkong merah 2 aku x layak, malah bengkong pelangi merah kosong pun belum tentu lagi..bukan apa, aku tahu kemampuan diri aku..sebab apa aku kata aku tak layak?

-dah dua kali aku ambil ujian kenaikan bengkong tetapi dua kali itulah MULUT AKU BERDARAH ditumbuk oleh pesilat lain semasa ujian bahagian serangan bebas..layak tak aku pakai bengkong merah?

-aku kalah teruk dengan 3 orang BUDAK SEKOLAH MENENGAH yang berBENGKONG PUTIH sehingga salah seorangnya berjaya tumbuk aku sampai berdarah..layak tak aku bengkong merah?

-kalau aku tengok kembali semua kombat dan kunci mati yang aku buat, tak pernah yang mantap pun..bukan itu saja, orang boleh gelak lagi masa aku tengah buat kunci mati itu..macam itu ke sepatutnya pemegang bengkong merah?

-jujur aku kata, aku memang sebenarnya tak reti pun membela diri secara spontan..harap belajar saja silat, tapi bila orang serang macam hampeh..lawan sparing dengan budak hitam kosong pun rasanya teruk kena belasah...memang tak macam bengkong merah..

-dan banyak lagi..orang yang selalu berlatih dengan aku maybe sedar akan banyaknya kelemahan aku ini..

bengkong merah sebenarnya dah sampai taraf pembantu gurulatih dan sepatutnya dah masak dah dengan semua gerakan, elakan dan kunci mati gayong..tapi aku tidak!!..kalau kita tengok zaman Allahyarham Dato' Meor dulu taraf bengkong merah dah lebih kurang sama dengan bengkong kuning sekarang ini..huhu..

so, aku tak kata aku akan pakai bengkong rendah balik..sebab aku ingat pesanan cikgu aku..dia kata kalau penguji dah bagi bengkong kepada kau..ambil saja..and jangan lupa berlatih mantapkan lagi apa yang masih kurang..aku rasa itu saja sebagai luahan rasa isi hati aku sekarang ini..

*baru balik dari latihan silat..penat~tidoo..

Comments