Closing Festiven '10

Woah!! malam ini merupakan malam yang menyeronokkan..aku pun tak tahu apa yang seronoknya...mungkin sebab baru balik dari majlis penutup Festival of Engineering yang agak meriah di kampusku ini...

Majlis malam ini bermula selepas isyak dalam pukul 930mlm...Didahului dengan ucapan dari Advisor Engenius, Bro Hafiz Hussin dan disusuli dengan satu talk @ ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Azlan yang bertajuk "Malam Pertama di Alam Barzakh"...Banyak input yang diketengahkan sepanjang ceramah tersebut antaranya ustaz menekankan tentang kembara manusia menerusi alam-alam ghaib dan nyata.

1) Alam Roh
- dimana termeterainya satu perjanjian diantara seorg hamba dan penciptanya, Allah s.w.t.

2) Alam Rahim
- dimana Allah ciptakan manusia ini semuanya berasal dari air mani yang kotor lagi hina dan dibentuk serta ditiupkan roh di dalam rahim ibu yang terletak bersebelahan dgn usus yang penuh dengan kekotoran.

3) Alam Dunia
- dimana salah satu masalah manusia yakni hamba Allah semasa menerusi alam ini ialah mereka tak tahu bila ajal mereka tiba  menyebabkan mereka sentiasa dalam keadaan leka dengan kehidupan di dunia.Kita seharusnya mengamalkan prinsip "Beribadahlah kita seolah-olah esok kita mati, dan bekerjalah kita seolah-olah kita hidup lagi seribu tahun"..

4) Alam Barzakh
- Keadaan malam pertama di alam ini hanya bergantung kepada amalan-amalan dan ibadah kita sepanjang kita hidup diatas muka bumi Allah s.w.t.

Banyak juga diselitkan rakaman-rakaman video yang memaparkan pelbagai jenis keadaan-keadaan kematian, masalah-masalah sosial yang kian berleluasa disekeliling kita dan macam-macam lagi...dan diakhir ceramah tersebut diselitkan sesi berdoa secara jemaah...memang masa tu boleh terkeluar air mata keinsafan kalau dihayati setiap keratan-keratan doa yang dibacakan oleh ustaz...

Majlis diteruskan lagi dengan sajian halwa telinga dari kumpulan nasyid in-team dimana sebilangan dari mereka juga merupakan bekas pelajar uia satu ketika dahulu...Masa tu mmg merupakan detik yang ditunggu-tunggukan oleh semua pelajar uia (penonton)...pada mulanya aku ingatkan kumpulan in-team saja yang dijemput buat persembahan..akan tetapi  sejurus selepas kumpulan in-team selesai mendendangkan irama lagu mereka, penonton telah dikejutkan dengan penampilan kumpulan saujana...apa yang membuatkan aku terperanjatnya ialah salah seorang dari kumpulan saujana itu merupakan senior aku, merangkap cikgu silat yang pernah mengajar aku semasa di sekolah menengah dahulu...nama dia Zuhaidi a.k.a. abg eddy...Aku pun tak tersangka sebab sebelum ini memang aku pernah dengar yang dia ada join akademi nasyid tapi sebab tak ada rezeki kalah dekat-dekat final...Tapi alih-alih dah masuk kumpulan saujana...waoh!! kagum gila...orangnya memang seorang yang rendah diri dan baik hati.cuma diakhir majlis tak berpeluang bertemu dengannya kerana semua VIP dan jemputan kumpulan saujana dan in-team bersama committee pergi menjamu selera di satu ruangan makan untuk VIP..huhu~...

Selepas selesai saja majlis, aku pun pulang ke bilik dan baru teringat banyak lagi assignment aku yg bertimbun di atas meja...aduss~..so, aku nak rehatkan minda kejap then sambung buat assignment aku...salam.

Comments