Syoknya Nasyid

Salam..tiba-tiba terdetik dalam hatiku untuk menulis blog malam ini..sebenarnya aku baru balik dari satu program opening RAFEST (Raudah Festival)..

Untuk pengetahuan, pihak penganjur telah mewajibkan setiap society untuk menghantar wakil sebagai penonton untuk program itu..ini mungkin merupakan tindakan susulan mereka kerana pernah menghadapi masalah kekurangan penonton untuk program sebelum-sebelum ini..sehingga dimarahi oleh deputy dean kerana syarat-syarat untuk menjemput deputy dean merasmikan sesuatu majlis itu kena ada lebih dari 200 penonton..

beberapa orang wakil dari society dibawah naunganku, pssgm turut hadiri majlis tersebut termasuk aku..sebagai gimik untuk majlis itu, kelab pssgm telah diminta untuk mempersembahkan satu tempur senjata..walaupun agak kelam-kabut pada mulanya tapi alhamdulillah tak ada yang tercedera sepanjang persembahan itu..

Apa yang mengelakarkan aku lagi ialah bila sampai agenda persembahan nasyid dari kumpulan Voice Of Cfs (V.O.C)..bukan apa, sahabat aku ini nyanyi terlampau shok sangat sampai tak sedar peaching semua lari..haha..aku bukan power pun bab suara ini..tapi yang aku tahu persembahan malam ini dapat perhatian ramai..bukan sebab apa pun, sebab ada yang terlupa lirik, ada yang suara angkat terlampau tinggi sampai pecah dan macam-macam lagi..lawak juga bila fikir-fikirkan balik..tapi yang bagusnya mereka semua nyanyi dengan enjoy habis..

selepas selesai saja nyanyian nasyid, majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-asr..aku pun mula-mula agak pelik..kenapa sekejap sangat majlis ini..dengan tak ada kata-kata penutupnya..tapi tak apa..aku banyak lagi assignment kena siapkan..huhuk..sampai sini saja penulisan aku..salam

Comments