First Training di Sg Pusu

Assalamualaikum..
Pada hari sabtu yang lepas aku telah dipanggil untuk datang latihan silat di gelanggang sekolah lamaku iaitu di SMK Sg Pusu. Sekian lama aku menunggu latihan silat disana untuk bermula setelah dua bulan berhenti atas sebab cuti sekolah.

Pada hari pertama latihan, aku terasa semangat untuk berlatih kerana dah sekian lama aku tak menjejakkan kakiku di atas bumi Sg pusu dan melatih anak-anak gayong disana. Setiap kali aku melatih anak-anak gayong disana, aku seringkali terkenang tika aku masih bergelar pelajar SMK Sg Pusu dahulu. Bermacam-macam musibah dan dugaan aku hadapi sebagai seorang pengerusi kelab. Namun semuanya telah menjadi pengajaran dan pengalaman untuk aku gunakan dalam menempuhi cabaran kelak.

Pada mula-mula aku menjejakkan kaki ke dalam gelanggang, aku mendapati ramai senior-senior silat SMK Sg Pusu yang telah lama tak berkunjung ke gelanggang ini hadir pada ketika itu. Antaranya Abg Iwan, Abg Amy, Abg Mat, Abg Hanafi, Abg Azmi (sekarang menjadi Ketua Guru Penasihat Silat) dan tak lupa juga Ketua Gurulatih, Cikgu Halim. Mereka-mereka inilah yang telah mengajar dan mendorong aku dalam dunia persilatan ini. Mungkin sebilangan dari mereka sudah lama meninggalkan dunia persilatan tapi aku percaya semangat gayong masih tertanam erat didalam hati nurani mereka.

Sesampai saja aku disana, aku terus menyalin pakaian dan join latihan yang dibawa oleh saudara Shahmi. Setiap pergerakan dan elakan yang dilakukan oleh pesilat Sg Pusu aku perhatikan dan aku mendapati masih banyak yang perlu diperbaiki terutama bagi asas gerakan dan asas elakan. Maklumlah setelah belajar silat dengan Cikgu Selamat, banyak perkara-perkara remeh yang diketengahkan terutama dari sudut asas gerakan dan elakan. So, aku bertekad akan cuba sedaya upaya mengajar anak-anak gayong Sg Pusu segala ilmu yang aku perolehi semasa berguru dengan Pengerusi Lembaga Adat Selangor itu insyallah. Latihan pada petang itu tamat pada pukul 630 ptg.

Comments