Monday, 25 January 2010

Ops Sikap

Hari ini satu operasi spot-check besar-besaran telah dijalankan di uia pj.Ramai juga pelajar-pelajar uia yang kena saman. Sehinggakan ada yang memberontak. Mana taknya hampir setiap bangunan ada fellow check dress code.

Tapi nasib baik kelas aku hari ini mula pukul 7 pagi. So masa itu operasi tak mula lagi. Alhamdulilah, Allah selamatkan aku. Haha..Tapi mula-mula memang aku tak perasan pun ada spot check, so masa aku nak pergi kelas physic dalam pukul 9 pagi itu aku buat macam biasa saja. Then bila kelas physic dah mula, aku dengar ada kecoh-kecoh kata ada fellow tunggu kat sana sini utk check mostly dress code pelajar. Aku pun terus check aku punya dress code. Alamak !! aku terlupa bawa matrik kad (padahal malas nak pakai..haha). Lepas itu, kebetulan lecturer physics aku itu principal mahallah UKC, who was happened to be one of the fellow on duty for the spot check this morning. Sibuknya dia pagi itu sampaikan masa dia tengah lecture ada saja orang call dia boleh kata setiap 10 minit. Tapi alhamdulilah sebab dia tak buat spot check kat semua budak group aku.Huhu..Yang agak seronoknya budak-budak group aku bila dia announce yang kelas pagi tu akan habis awal. Tapi sebelum dia beredar dia ada pula tinggalkan latihan untuk dibuat sebelum kitorang balik. Yang agak peliknya, boleh kata semua budak group aku jujur gila buat semua soalan baru balik. Maybe sebab ada fellow buat spot check kat luar agaknya.Haha..

Then masa on the way balik ke bilik, aku, muslim dan afif terdetik nak pergi online Teaching Feedback Survey di Multipurpose Lab 1 bersebelahan dengan Science Programme Department. Tiba-tiba masa tengah menuju kesana, aku ada tersentak apabila mendengar Bro Mat Nasir, fellow mahallah aku, menengking dua org pelajar perempuan sebab tak pakai matrik kad. Masa itu aku memang cuak gila sebab aku pun tak pakai matrik kad. Lepas itu kitorang pun melajukan langkah menuju lab untuk mengelak bertembung dengan fellow. Lepas selesai Online TFS, kitorang pun balik bilik. Alhmdulillah, tak ada fellow yang jaga sepanjang laluan balik ke bilik. Huhu~

Cuma kalau kita fikir-fikir balik wajarkah denda saman diwujudkan. Kalau fikiran mostly budak uia sendiri memang dorang akan kata yang uia ini bila dah miskin mula suka-suka saman orang. Sampai tahap tak tight-in baju pun kena saman RM50. Tapi kalau kita fikir secara rasional dan profesional, kalau denda saman tak diwujudkan, apa yang akan terjadi dekat uia satu hari nanti?

Renung-renungkan dan selamat berfikir. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...