Posts

Showing posts from March, 2011

Ptptn!! Pe Cite?

Image
Assalamualaikum. Pagi-pagi lagi hatiku dah bengkek. Fuh~ Rileks-rileks. Sebenarnya, sepatutnya hari ini merupakan submission day for Ptptn Loan Agreement. Tengah-tengah kesibukan di pagi hari memastikan kesemua dokumen yang akan disubmit cukup, terdetik untuk aku bermundar-mandir di kawasan papan kenyataan di bahagian depan pintu masuk Cafe Che'Ed (Mahallah Salahudddin) untuk melihat flyer mengenai Ptptn ni. Hasrat di hati untuk melihat di manakah venue kejadian, tapi flyer di bawah ni pula aku temui. What the heck!! Apa masalah Ptptn yer? Dulu masa mula-mula dulu cakap nak turun UIA Gombak bulan Februari 2011. Lepas tu tangguh sampai bulan Mac 2011 pulak. Dan sekarang ni tak turun langsung. Aduyai~ ..first flyer yang ditampal.. Pelajar yang semangat nak apply ni, yang betul-betul tengah nazak memerlukan duit ni mereka tak fikir ker? Kalau submissionnya dah lewat, masuk duit nanti confirm lewat. Habes tu, pelajar yang sekarang ni kesempitan wang, nak makan ape di hari-hari mendatan

Update sebelum SIbuk Final Exam

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, final exam slip dah keluar. Venue dan masa pun dah tercatat dalam tu. So, ini bermakna penulis bakal menghadapi kesibukan yang melampau bagi menempuhi final exam. Untuk final exam kali ni terasa macam banyak jer persediaan yang belum dibuat. Minggu ni pula adalah minggu terakhir sesi kuliah. So, semua perkara dan tugasan yang tertangguh kena settle by the end of this week. Antara tugasan yang menjadi kesulitan penulis ialah : 1) Presentation subjek UNGS 2040 2) Kertas Kerja Projek subjek BM Kerjaya 3) Quiz Calculus, Dynamics dan Programming 4) Projek Programming 5) etc.. Hmm. Nampaknya bertambah sibuklah kehidupan penulis selepas ni. Doakan aku berjaya menempuhi hari-hari yang sukar ni dengan penuh tabah dan jangan lupa doakan kejayaan kami, pelajar UIA dalam final exam tak lama lagi. Dikesempatan ini suka untuk aku kongsikan sedikit gambar semasa menghadiri Undangan Majlis Kahwin Senior aku hujung minggu baru-baru ni. Sekian, wallahualam.

Best ke Jadi Tutor ???

Image
Assalamualaikum. Petang semalam selepas aku selesai menunaikan solat fardhu Asar berjemaah di surau Kulliyyah Engineering E0, aku terjumpa sehelai flyers. Memang menarik sebab hatiku pernah terdetik untuk menggagahkan diri cuba cenderung ke arah bidang mengajar setelah berhempas-pulas asyik belajar sahaja bertahun-tahun. Bak kata orang, bila lagi nak digunakan ilmu yang dibelajar kalau bukan untuk dipraktikkan ? Hmm. Mesti korang pelikkan apa yang aku membebel ni. Baiklah! Flyers yang aku maksudkan adalah seperti di bawah : Tutor Wanted! Tapi salah satu penghalang adalah kriteria yang mereka mahu iaitu sekurang-kurangnya 2nd Year dan ke atas. Hmm. Tapi kalau tengok pun majoriti semua subjek tu takde la aku hebat pun. Semua subjek yang aku dah ambek pun resultnye cukup-cukup makan jer. Hehe. Baek jadi cikgu tuisyen kat luar lagi best. Woha! Lagi satu penghalangnye pulak, due datenye semalam. Haha. Then, lewat petang semalam jugak untuk pertama kalinya setelah hampir 2 sem aku menjejakka

Walimah Haziq VS Kursus Regu

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berkesempatan juga aku untuk mencoretkan sesuatu di dalam laman maya yang baru sahaja aku kemaskini dengan layout yang baru ni. Insyallah di kesibukan yang melanda sejak hari Jumaat yang lalu menyebabkan kegagalan aku untuk menghadiri satu undangan hari istimewa buat sahabatku Haziq yang baru sahaja mendirikan sebuah mahligai indah bersama isteri beliau Aisyah di Sg. Petani, Kedah baru-baru ini. Walaupun hakikatnya aku tak hadir ke Walimah tersebut, tetapi aku tetap mengambil port untuk mengetahui suasana korang akad dan majlis walimah itu sendiri menerusi sahabatku yang lain yang turut serta dalam rombongan ke sana. Berikut adalah serba-serbi galeri gambar yang sempat aku tatapi menerusi video kamera sahabatku Zaini. Lupa pula untuk aku khabarkan, ketidak hadiran aku ke majlis akad dan walimah Haziq dan Aisyah disebabkan komitmen aku melibatkan diri dalam satu kursus silat di bawah anjuran PSSGM Negeri Selangor di bawah seliaan YDP Tuan Haji Anuar Abdul

Sabarlah~

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. ..SABAR??.. Hmm. Aku tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku selalu jer hilang sabar dalam menghadapi sesuatu perkara. Tak kiralah ia berkaitan dengan ape-ape sekalipun. Kekadang aku banyak kali bercakap dengan diri sendiri "Sabar Nazrul! Sabar Nazrul! ". Tapi kesannya tetap sama. Seolah-olah aku ni cepat naik angin. Sebagai contoh yang terbaru iaitu keadaan aku sekarang yang menderita akibat ketumbit mata yang semakin menjadi-jadi. Petang tadi aku tunaikan solat Zuhur berjemaah kat surau kulliyyah. Imam yang bawak solat tu memang stok sujud lama. Yang aku ni sakit ketumbit mata, bila sujud lama terasa macam mata nak terkeluar dah. Perit siot! Serius. Bayangkan dalam solat Zuhur tu ade 8 kali sujud, setiap kali itulah aku menderita boleh kata tak khusyuk la. Habes jer solat, dalam keadaan tension aku terus pulang ke bilik walhal sebenarnya aku maseh ade kelas petang tu. Tapi sebab hati dah tension dengan keadaan aku sekarang, aku ponteng jer ke

Sakitnyer !!! Any help??

Image
Assalamualaikum. ..ATTENTION!! penulis sangat memerlukan petua dari sesape sahaja yang pernah mengalami keadaan seperti yang akan dinyatakan penulis sebentar lagi.. Arrgghhh!! Kenape aku terpaksa mengharungi penderitaan demi penderitaan. Huhu. Walaupun kalau aku beritahu pun cam bende kecik jer, tapi ia telah berjaya mengubah hidupku untuk jangkamasa sekarang ni. Haaaa. Ape die?? Aku mengalami sakit pinggang bahagian belakang akibat menjalani latihan silat semalam yang dikenali sebagai 'load training'. Latihan ni menggunakan alat-alat gim untuk meningkatkan daya tahan otot dan fizikal. Tapi kesannya aku terpaksa merehatkan diri aku buat sementara waktu dikhuatiri kesan sakit pinggang ni akan terbawa-bawa dan takot akhirnya akan menjadi serius sehingga terpaksa menggantungkan baju silatku selama-lamanya. Nauzubillah. Kesan : -Nak bongkokkan badan sikit masa nak ambek wuduk pun terasa sakit. -Nak bangkit dari tidur pun terasa sakit. -Nak solat usah ditanya tapi aku paksa jugak so

Game Silat MSSD bulan April !!!

Image
Assalamualaikum. Baru jer balik dari training silat gayong kat SMK Sg Pusu. Agak penat tapi syukur jugak sebab selamat sampai di UIA Gombak ni. Alhamdulillah. Seperti aku kata sebentar tadi, aku baru jer balik dari training silat. Tapi disebabkan tadi cuaca agak mendung dan akhirnye menurunkan hujan yang berderai, gelanggang SMK Sg Pusu terpaksa mengadakan latihan silat dalam bentuk kelas teori. Kirenye takde la sesi latihan praktikal tumbuk tendang sume tu. Cuma ade sesi pengenalan tentang pengurusan adat silat seni gayong. Huhu. ..Cikgu Halim yang tengah khusyuk memberi berpatah-patah kata sebagai pengisian untuk kelas teori.. ..anak-anak gayong SMK Sg Pusu tengah blur apabila disuruh bertanyakan soklan.. Tapi cuma yang agak memening dan merunsingkan kepala semua gurulatih ialah tentang informasi terbaru mengenai Kejohanan Silat Seni MSSD Gombak yang akan diadakan pada 12 dan 13 April ni. Whattt????? Giler ape! Sekarang ni dah 5 Mac. Adelah dalam sebulan 7 hari lagi nak preparekan bu

Pre-Registration for Sem 3(10/11) & Sem 1(11/12)

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Selesai sudah sesi pre-regestration untuk subjek yang akan aku ambek sem depan (short sem) dan first sem second year nanti. Huhu. Macam biasalah, bile time pre-reg jer confirm ade jer masalah dengan connection internet UIA. Kejap-kejap terputus. Kejap-kejap connection time-out pastu suruh refresh browser balek. Bile dah refresh kene sign in balek. Nak sign in kene isi no matrik dengan password yang panjang berjela. Bile dah sign in, nak add subjek jer tetibe kata'Section Closed!'. Aduss. Memang men'tensi'kan. Tapi itulah rutin setiap kali penghujung sem. Nak kata upgrade, tak upgrade-upgrade lagi wifi UIA ni. Yang susahnya student yang nak buat pre-reg. Pastu bile nak add manual pulak, tak approve dan macam-macam lagi. Pe cer!! ..bagi masa 24 jam tapi tak sampai 15 minit section closed..ape ade hal!.. Huh~ Lega pulak hatiku bile dah keluarkan hampir 50% perasaan 'tension' aku pasal pre-reg tadi kat sini. Ok lah, malas nak berleter

Curiculum Structure for IIUM Engin Students

Image
Assalamualaikum. Selamat Pagi Malaysia! Memandangkan petang nanti sesi Pre-Registration untuk First Year Student UIA Gombak akan bermula, so kat sini suka untuk aku berkongsi bersama 'Course Module' yang telah dicadangkan oleh pihak Kulliyyah mengikut Majoring masing-masing. Disebabkan aku ambek majoring Mekanikal-Otomotif, so bidang ni jer lah yang hanya aku akan kongsikan dalam blog aku ni. Kalau anda adalah majoring selain dari Mekanikal-Otomotif, jangan segan-silu untuk melawat link di bawah :P http://www.iium.edu.my/engineering/programmes-courses/undergraduate-programmes/curriculum-structure Berikut adalah semua senarai subjek yang telah dicadangkan untuk setiap semester sampai kita grad. Untuk kos ni setelah dibelek-belek, maksimum credit hour setiap sem hanya 16.5. So, takdelah tough sangat 'kot' berbanding first year sekarang ni. Harap-haraplah. Hmm. ********** Curiculum Structure for B. Eng. (Mechanical-Automotive) (Honours) Semester 1 Semester 2 Semester 3 Se

Minggu yang Sibuk Datang Lagi!!

Image
Assalalualaikum. ..kalau facebook (mukabuku) boleh mengadap berjam-jam, takkan buku tak boleh kot. Think positive! Hehe.. Tugasan untuk minggu depan yang menyebabkan ke'tensi'nan bakal melanda hujung minggu ni. Hmm. Isnin (7/3) : Quiz Calculus Selasa (8/3) : Quiz Engineering Lab II Rabu (9/3) : Paper Based Quiz Programming Khamis (10/3) : Quiz Dynamics + Quiz Electronics Jumaat (11/3) - Ahad (13/3) : Kursus Regu di Taman Nirwana Argghhh.. Kalau tak tension jugak hujung minggu ni memang satu benda yang ajaib pernah aku lalui. Huhu. Whole week ade Quiz. Giler ape!! ..memang boleh jadi macam mamat dalam gambar ni jer..haha.. "Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi ujian Mu ini. Amiiin~" Then, esok pulak merupakan zon peperangan untuk warga Tahun Pertama UIA Gombak sebab ade Pre-Registration untuk Short Sem dan First Sem Second Year. Gudluck kepada semua yang terlibat. p/s : Hmm. Hujung minggu ni nak pergi ke tak yer training silat? Quiz berlambak gile

Printerku Kembali!!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, tamat sudah kuliah sesi pagi untuk hari ni, tapi petang nanti ade lagi kelas sampai lepas isyak. Sebab malam ni ade halaqah. Huhu. Memang hari yang agk memenatkan. Hmm. Kali ni nak cakap pasal ape pulak yer. Haaa. Aku nak lepaskan sikit tension aku yang terpaksa membazirkan RM44 untuk hantar baiki printer aku kat HQ Canon. Ceritanya begini..... ..Yeah!! Dah boleh guna akhirnyee~.. ********** Hari Isnin lepas, kelas sesi pagi sampai tengahari semua aku ponteng. Best jugak. Maklumlah tak pernah try, tapi bile dah try sekali macam nak berkali-kali jer. Haha. Actually aku ponteng pun ada sebab iaitu untuk settlekan pasal pengesahan semua dokumen-dokumen ptptn yang sepatutnya aku kene submit hari Rabu lepas. Tapi last minit pulak sehari sebelum tu dapat tahu yang pegawai ptptn reschedule ke next month. Aduss. Rugi jer aku ponteng kelas hari tu. Then, waktu tengahari hari Isnin tu on the spot aku plan nak pergi hantar printer aku yang bermasalah ni kat HQ Cano