Sabarlah~
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
..SABAR??..
Hmm. Aku tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku selalu jer hilang sabar dalam menghadapi sesuatu perkara. Tak kiralah ia berkaitan dengan ape-ape sekalipun. Kekadang aku banyak kali bercakap dengan diri sendiri "Sabar Nazrul! Sabar Nazrul! ". Tapi kesannya tetap sama. Seolah-olah aku ni cepat naik angin.
Sebagai contoh yang terbaru iaitu keadaan aku sekarang yang menderita akibat ketumbit mata yang semakin menjadi-jadi. Petang tadi aku tunaikan solat Zuhur berjemaah kat surau kulliyyah. Imam yang bawak solat tu memang stok sujud lama. Yang aku ni sakit ketumbit mata, bila sujud lama terasa macam mata nak terkeluar dah. Perit siot! Serius. Bayangkan dalam solat Zuhur tu ade 8 kali sujud, setiap kali itulah aku menderita boleh kata tak khusyuk la. Habes jer solat, dalam keadaan tension aku terus pulang ke bilik walhal sebenarnya aku maseh ade kelas petang tu. Tapi sebab hati dah tension dengan keadaan aku sekarang, aku ponteng jer kelas petang tu. Selalunya kalau terjadi macam tu memang aku selalu salahkan diri aku. Tension dengan diri sendiri. Akibat tak sabar, aku ponteng kelas. Huhu.
So, disini untuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya sikap sabar dalam kehidupan kita semua, izinkan aku 'list'kan beberapa hadis dan ayat Al-Quran yang menunjukkan pentingnya sikap sabar.
**********
"dan Kami akan berikan kepada orang yang sabar itu pembalasan menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya" [1]
"Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disemournakan pahalanya dengan tiada terhitung." [2]
"Hendaklah kamu bersabar sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar." [3]
“Dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan kepada orang banyak dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” [4]
“Berilah pengampunan, perintahlah kebaikan dan janganlah menghiraukan kepada orang-orang bodoh.” [5]
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan itu.Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antara engkau dengan ia akan menjadi teman yang amat setia. Perbuatan sedemikian itu tidak akan diberikan kepada siapapun, selain dari orang-orang yang berhati sabar dan tidak pula diberikan melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan besar.” [6]
“Dan nescayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya bal yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” [7]
630. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdul Qais: “Sesungguhnya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu sabar dan perlahan-lahan – dalam tindakan.” [8]
**********
..renung-renungkan dan selamat BERAMAL..
Di sini aku nak menyeru kepada sahabat-sahabat diluar sana termasuk buat diriku supaya sentiasa bersabar dengan apa yang kita hadapi sekarang. Kerana mungkin ujian tersebut merupakan cara untuk Allah menghapuskan dosa kita atau mungkin juga ujian tersebut bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita. Ingatlah, Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan hambaNya.
..selamilah maksud hadis di atas, insyallah akan menjadi motivasi untuk kita sama-sama bersabar..
Wallahualam.
[1] Surah An Nahl : Ayat 96.
[2] Surah Az Zumar : Ayat 10.
[3] Surah Al Anfal : Ayat 46.
[4] Surah Al lmran : Ayat 134.
[5] Surah Al A’raf : Ayat 199.
[6] Surah Fushshilat : Ayat 34-35.
[7] Surah As Syura : Ayat 43.
[8] Hadis Riwayat Muslim.
Sabar ya pakcik...
ReplyDeleteSesungguhnya kesabaran melatih manusia mengenal erti sebenar dunia pada dirinya.
Sekiranya dunia yang didambakan, ketahuilah bahawa kesulitan itu akan tertimpa ke atasnya.
Tetapi sekiranya akhirat yang didambakan, ketahuilah bahawa di sanalah kesenangan yang tiada penghujungnya.
Sabar sedikit kita di dunia, besar nilainya di akhirat.
Sabda Nabi Saw:
"Kenikmatan akhirat itu tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati."
Sabar ya pakcik...
ReplyDeleteSesungguhnya kesabaran melatih manusia mengenal erti sebenar dunia pada dirinya.
Sekiranya dunia yang didambakan, ketahuilah bahawa kesulitan itu akan tertimpa ke atasnya.
Tetapi sekiranya akhirat yang didambakan, ketahuilah bahawa di sanalah kesenangan yang tiada penghujungnya.
Sabar sedikit kita di dunia, besar nilainya di akhirat.
Sabda Nabi Saw:
"Kenikmatan akhirat itu tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati."