Printerku Kembali!!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, tamat sudah kuliah sesi pagi untuk hari ni, tapi petang nanti ade lagi kelas sampai lepas isyak. Sebab malam ni ade halaqah. Huhu. Memang hari yang agk memenatkan.
Hmm. Kali ni nak cakap pasal ape pulak yer. Haaa.
Aku nak lepaskan sikit tension aku yang terpaksa membazirkan RM44 untuk hantar baiki printer aku kat HQ Canon. Ceritanya begini.....
..Yeah!! Dah boleh guna akhirnyee~..
**********
Hari Isnin lepas, kelas sesi pagi sampai tengahari semua aku ponteng. Best jugak. Maklumlah tak pernah try, tapi bile dah try sekali macam nak berkali-kali jer. Haha. Actually aku ponteng pun ada sebab iaitu untuk settlekan pasal pengesahan semua dokumen-dokumen ptptn yang sepatutnya aku kene submit hari Rabu lepas. Tapi last minit pulak sehari sebelum tu dapat tahu yang pegawai ptptn reschedule ke next month. Aduss. Rugi jer aku ponteng kelas hari tu. Then, waktu tengahari hari Isnin tu on the spot aku plan nak pergi hantar printer aku yang bermasalah ni kat HQ Canon di Subang untuk dibaiki. Bertolak ke sana dalam jam 1200pm. Trafik agak jem sebab mase tu lunch hour. Tapi alhamdulillah selamat sampai.
Then, bile dah hantar tu aku terus rushing balik UIA sebab ingat nak attend kelas petang tu start pukul 2. Bertolak dari Subang jam 1.25pm. Sebab nak rushing, aku pun bawak la ala-ala laju. Tetibe jer ade road block kat flyover atas Bulatan Batu Caves. Hmm. Aku pun buat cam tak kesah jer lah. Sebab bukan aku ade buat salah pun kan. Hehe. Tetibe bile aku nak lalu jer, polis trafik tu bagi isyarat suruh aku berhenti tepi. Bukak jer tingkap kereta, tibe-tibe kene saman. Aduss. SAMAN SPEEDTRAP!!! Argghh!! Tidaaakk!! Tak pasal-pasal RM300 melayang. Aku pun pelik, takde lah aku bawak laju sangat. Then polis tu kata "kelajuan kamu 95km/h tapi had kelajuan kat MRR2 ni 80km/h jer". Haaa??? Aku pun tak leh nak buat pape. Terpaksa lah ambek saman trafik tu dengan 'akur'. Tiba jer dalam UIA tepat jam 200pm. Tapi sebab mood aku tengah BENGANG!!, aku pun tak pergi kelas untuk sesi tengahari tu. Huhu.
Then hari Jumaat nyer pulak HQ Canon tu call aku cakap printer aku dah siap dibaiki dan dah boleh ambek. AKu pun tanpa berfikir panjang terus bergegas ke Subang. Sampai sana ambek printer aku, bayar RM44 dan terus pulang. Mula-mula ingat free jer sebab warraty aku maseh ade 3 tahun. Senang cerite printer aku tu tak sampai sebulan aku guna. Hoho. Then, pihak HQ Canon tu cakap warranty automatik terbatal sekiranya ade modification. So, disebabkan printer aku memang beli-beli dah modified ink, terpaksalah redha jer. Huhu.
Tapi yang aku BENGANG nyer, tak sampai sehari aku gune printer tu dah problem balek. Same problem happen again. "E03" Dalam kepala otak aku cakap " MEMANG TAK BOLEH PAKAILAH SERVIS KAT CANON NI!!!" Rugi je bayar RM44 tapi printer maseh rosak. Last-last aku call branch Canon yang jual printer ni mase aku beli dulu. Dorang beritahu aku langkah-langkahnya menerusi hp, aku pun followlah step yang dorang suruh buat. Then, alhamdulillah dah dibaiki!
**********
Done! Sekarang ni setiap hujung minggu aku dah start busy dengan komitmen Team Elit Pencak Silat Selangor. Kena training jer dari Jumaat malam sampai Ahad petang. Memang memenatkan. Plus hujung minggu depan pulak aku ade terlibat dengan kursus Jurus Wajib kat Taman Nirwana. Huhu. Ape boleh buat, itulah pengorbanan seorang atlet. Hmm.
..Team Elit Silat Seni Selangor..
..Game terakhir kami beraksi di Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan ke-15 di Gopeng, Perak..
Ok lah cukup setakat ni. Sekadar mengupdate blog supaya takde lah orang yang tak puas hati kat aku sebab ade blog tapi tak pernah update. Haha. Wassalam.
Comments
Post a Comment