Sakitnyer !!! Any help??

Assalamualaikum.

..ATTENTION!! penulis sangat memerlukan petua dari sesape sahaja yang pernah mengalami keadaan seperti yang akan dinyatakan penulis sebentar lagi..

Arrgghhh!!
Kenape aku terpaksa mengharungi penderitaan demi penderitaan. Huhu. Walaupun kalau aku beritahu pun cam bende kecik jer, tapi ia telah berjaya mengubah hidupku untuk jangkamasa sekarang ni. Haaaa. Ape die??

Aku mengalami sakit pinggang bahagian belakang akibat menjalani latihan silat semalam yang dikenali sebagai 'load training'. Latihan ni menggunakan alat-alat gim untuk meningkatkan daya tahan otot dan fizikal. Tapi kesannya aku terpaksa merehatkan diri aku buat sementara waktu dikhuatiri kesan sakit pinggang ni akan terbawa-bawa dan takot akhirnya akan menjadi serius sehingga terpaksa menggantungkan baju silatku selama-lamanya. Nauzubillah.

Kesan :
-Nak bongkokkan badan sikit masa nak ambek wuduk pun terasa sakit.
-Nak bangkit dari tidur pun terasa sakit.
-Nak solat usah ditanya tapi aku paksa jugak solat berdiri walaupun hakikatnya ade rukhsah. Sebab niat dihati agar menjadikan perbuatan solat itu sebagai fisioterapi buat pinggangku yang kurang sihat ni. Huhu.

Ok, habes pasal pinggang. Sekarang ni pulak aku ade hadapi ketumbit. Eh2 yeke nape die ketumbit? Hmm. Aku pun tak tahu camne boleh jadi camni. Standard kalo orang dulu kata, yang kene ketumbit ni kesan dari mengintai anak dara orang. Tapi of kos jauh di sudut hati aku nak buat bende-bende cam tu. Hehe.

..aku rasa kalau ketumbit ni takdenya kes jangkit-berjangkit kan..tapi kalo ade, tolong abaikan gambar ni ek..huhu..

Kesan :
-Nak pejamkan mata pun bapak sakit.
-Nak ambek wuduk tang basuh muka memang memeritkan.
-Bila bangun dari tidur jer mesti ketumbit tu lagi besar. Pastu terhegeh-hegeh pulak aku mengecilkannya. Hmm.

Aduyai~ Sedihnye diri ini terasa. Banyak benda lagi yang tertunggak yang perlu aku settlekan melibatkan komitmen silat, komitmen pelajaran dan seumpamanya. Macam mana aku nak buat kalau ade jer bende yang menghalang.

"Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan mengharungi ujian yang Engkau turunkan ni. Amiin~"

..kalau lah ade button 'help' kat keyboard laptop aku ni, then bile aku tekan jer terus datang bantuan, canfirm bahagia hidup aku sekarang..Haha..

p/s : Kepada sesiapa sahaja yang ade petua untuk menyembuhkan atau membaikkan masalah sakit pinggang dan ketumbit ni sangat-sangat dialu-alukan untuk komen post ini. Insyallah. Wallahualam.

Comments

  1. yang sakit buah pinggang tu saya tau. memang menderita jugaklah, lagi2 time nak tundukkan badan kan (nak rukuk pun). heh. tunggu dia baik sendiri je, sebab tak tau cara betul nak ubatinya. semoga kembali sembuh insya-Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment