Walimah Haziq VS Kursus Regu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan juga aku untuk mencoretkan sesuatu di dalam laman maya yang baru sahaja aku kemaskini dengan layout yang baru ni. Insyallah di kesibukan yang melanda sejak hari Jumaat yang lalu menyebabkan kegagalan aku untuk menghadiri satu undangan hari istimewa buat sahabatku Haziq yang baru sahaja mendirikan sebuah mahligai indah bersama isteri beliau Aisyah di Sg. Petani, Kedah baru-baru ini.

Walaupun hakikatnya aku tak hadir ke Walimah tersebut, tetapi aku tetap mengambil port untuk mengetahui suasana korang akad dan majlis walimah itu sendiri menerusi sahabatku yang lain yang turut serta dalam rombongan ke sana. Berikut adalah serba-serbi galeri gambar yang sempat aku tatapi menerusi video kamera sahabatku Zaini.












Lupa pula untuk aku khabarkan, ketidak hadiran aku ke majlis akad dan walimah Haziq dan Aisyah disebabkan komitmen aku melibatkan diri dalam satu kursus silat di bawah anjuran PSSGM Negeri Selangor di bawah seliaan YDP Tuan Haji Anuar Abdul Hamid. Kursus tersebut ialah Kursus Jurus Wajib. Kepada mereka yang tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa kejohanan silat sebelum ini mungkin terpinga-pinga dengan istilah Jurus Wajib.

Sedikit penerangan mengenai Jurus Wajib. Jurus Wajib merupakan salah satu kategori dalam Acara Silat Seni dimana sebanyak tiga (3) orang pesilat diminta untuk memperagakan sebanyak 100 gerakan (rincian) mengikut susunan/aturan 12 jurus yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Silat Antarabangsa (Persilat). Persembahan hendaklah dilakukan secara serentak dan seragam. Yang lain itu, kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh 'google' sendiri menerusi internet jalur lebar anda. Hehe.

Berkenaan dengan kursus tersebut, aku bersama sahabatku Hanif telah mewakili gurulatih gelanggang PSSGM SMK Sg Pusu untuk menyertai kursus tersebut untuk mendapatkan 100 gerakan yang terbaru (updated) dari Teknikal Wasit-Juri yang baru sahaja selesai kursus mereka pada Disember tahun lalu di Indonesia.

Sedikit gambar untuk tatapan bersama semasa hari terakhir kursus tersebut.

..persembahan beramai-ramai di majlis penutup kursus di hadapan VIP..Pesilat di dalam gambar mempamerkan Jurus 8 Rincian 6..

..pesilat dan tenaga pengajar (Cikgu Linda, Cikgu Yusman, Cikgu Rasol)..

..pesilat bersama ibubapa, tenaga pengajar dan VIP (Cikgu Kahar Pengerusi MGN Selangor, Tuan Haji Anuar YDP PSSGM Selangor)..

..kami (Aku & Anep) bersama Cikgu Rasol dan Cikgu Anuar..

Alhamdulillah, tiada kecederaan yang berlaku sepanjang kursus tersebut. Diharapkan semua peserta termasuk diriku dapat turun di gelanggang dan melatih anak buah masing-masing dan membuat persiapan untuk menghantar wakil dari setiap gelanggang dalam apa-apa kejohanan anjuran PSSGM atau PESAKA khusus untuk kategori Jurus Wajib.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar khusus kepada Cikgu Rasol, Cikgu Yusman, Cikgu Aida dan Cikgu Linda kerana telah mengajar kami sepanjang kursus tersebut. Sekian untuk perkongsian kali ini. Wallahualam.

Comments