Posts

Showing posts from July, 2011

SKRK 1 : Untungnya Jadi Umat Muhammad S.A.W.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, bertemu sekali lagi di hari pertama bulan Ramadhan al-Mubarak. Camne sahur tadi? Harap2 dapatlah bangun laksanakan tuntutan sunnah yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Insyallah di perkongsian kali ni yakni Slot Khas Ramadhan Kareem (SKRK) akan berkongsi sikit ilmu mengenai kelebihan kita sebagai Umat Rasulullah S.A.W. iaitu umat akhir zaman. KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S. Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku: 1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w . diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t. 2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian. 3. Ket

Pengisytiharan Puasa!

Assalamualaikum. Lar. Baru aku plan nak buat satu post pasal pengsytiharan puasa tahun ni tapi dah ade member blogger yang dah buat awal2. Hanya kerana keadaan line internet aku yang mengalami semput dan sesak nafas dek macam nak mampos ni menyebabkan terlampau lama sangat2 aku nak mengupload video dalam blog ni. Haa. Takde2, aku nak jugak post pasal ni. Haha. -Pengisytiharan Puasa 1432 (2011)- Tahun ni nyer pengisytiharan puasa dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang Baru! iaitu Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad . Hmm. Mungkin sebab first time kot nampak cakap cepat sikit berbanding sebelum ni. Atau mungkin atas faktor usia kot. Hehe. -Pengisytiharan Puasa 1431 (2010)- Haa! Yang ni merupakan Mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebelum ni yakni YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim bin Engku Ngah yang baru saja bersara tahun lalu. Takpe, tak kesah siapa yang isytiharkan. Janji Confirm hari ni PUASA. Ayuh kumpulkan seberapa banyak pahala selagi mampoo!! Haha.

Ramadhan Kembali Lagi. Yeah!

Image
Assalamualaikum. First of all, AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK !! Dengan kata lainnya, Selamat menunaikan Solat Sunat Tarawih! Bagi yang mampu tu buat la 21 rakaat. Daripada habes buat 8 rakaat then balik rumah tengok tv or main game ke or even online, baik pergi menghadap Allah jer kan. Opps. Hehe. Lagi satu, memang ketara sangat bile awal2 Ramadhan confirm nyer penuh giler orang buat solat tarawih kat masjid. Tapi bila sampai separuh Ramadhan, orang pergi masjid pun dah jadi separuh jemaah. Bila sampai penghujung Ramadhan? Paham2 jer la. So, janganlah kita tergolong dalam golongan seperti itu. Selamat Bersahur! Jangan sesekali tinggalkan sahur. Amalan sunnah dan sangat2 dituntut. Dan kita jugak disunatkan untuk melewatkan sahur. Tapi jangan sampai sahur mase waktu imsak pulak da. Haha. Kekadang kita tengok, mase awal2 ramadhan jer kite semangat nak bangun sahur. Then lama kelamaan dah malas nak bangun. Haha. Cam aku jer tu. :P Selamat Berpuasa! So, bila kate puasa tu takyah l

Menguap? Fakta @ Auta

Image
Assalamualaikum. Kali ni aku nak kongsi sikit satu fakta atau mungkin auta, aku pun tak berapa pasti sebab ia bergantung pada seseorang tu sendiri. Hmm. The fact is MENGUAP atau dalam bahasa mat salleh nye YAWNING merupakan salah satu perbuatan yang mudah berjangkit. Haha. Tak percaye? Dulu aku pernah terdengar sahabat aku cerita, beliau pernah mendengar satu ceramah motivasi pasal ape ntah. Tapi diselitkan dalam modul ceramah tu pasal menguap ni. Mula2 ramai jer orang tak percaya yang menguap ni mudah berjangkit walaupun kita tak berasa mengantok. Pastu, penceramah tu pun tanpa segan silu memasangkan satu video rakaman orang menguap. Boleh tahan lama jugak video tu. Tapi end up memang semua audien mase tu menguap sekali. Haha. Tak percaye jugak? Haa. Meh tengok gambar kat bawah ni. Haa! tengok korang dah menguap dah. Tak yah tipoo! Aku nampak. Haha. Ni baru gambar, belum video nye skali. Kalau rajin test carik kat Youtube. Sayangnye internet aku tak cukup laju macam Ferrari untuk dow

Syabas Harimau Malaya !

Image
Assalamualaikum. Semalam, Malaysia telah kecundang dengan Singapore based on agregate 4-6. Tapi kalau ikutkan match semalam seri jek 1-1. So, kire bermaruah lah. Hmm. Aku ni bukan lah seorang Pencinta Sukan Bola Sepak pun. Memang kalau bab nak tengok match bola, aku lah orang pertama yang angkat kaki dulu. Haha. Memang tak minat dari kecik. Tapi aku rase gelombang sukan Bola Sepak Malaysia kali ni dah meningkat. Aku malas lah nak komen pasal match dorang ke, pasal player ke, pasal Singapura-pura ke. Sebab semalaman aku Blog Walking tengok majoriti boleh kata semua blog duk cakap pasal match bola semalam. Siap bagi kritikan lagi tu. Aku nak kritik pun, bukan bidang aku pun kan. Woha! Hmm. Tapi ape yang aku tertariknya, aku rase gelombang sukan bola sepak malaysia sekarang ni dah berjaya menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Sebab kita pun dah sedia maklum, 9 Julai yang lalu yakni Perhimpunan BERSIH 2.0 kat KL. Kan mase tu rakyat berpecah pelah. Ade yang sokong sana, ade yang sokong sin

Harimau VS Singa

Image
Assalamualaikum. Malaysia VS Singapore Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Nak tak nak, Malaysia kene menang 2-0 untuk membolehkan Malaysia masuk ke pusingan seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia. AYUHH! KITA GEGARKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL. Semoga Berjaya! diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang sedang beraksi sekarang. Pesanan kepada penonton di Stadium : Jangan lupe solat magrib dulu. Bola tu bola jugak. Tapi kewajipan tetap kewajipan. Hmm. Aku duduk tonton dari rumah jer sambil pekena McD delivery kot. Woha! ChaaiyookK!! HARIMAU MALAYA Rase2nyer kalau ikot logik, Harimau lawan Singa sape yang menang ek? Haha . Wallahualam.

Riding to Nilai

Image
Assalamualaikum. Yeah! Semalam. Dapat jugak aku bawak moto GT128 FL aku keluar dari Selangor untuk pertama kalinya. Haha. Kecoh giler kan. Dah memang impian aku nak ride bike aku tu jejauh. Kalau boleh memang nak pusing satu Malaysia. Cuma tunggu masa jer. Hehe. Alhamdulillah, aku selamat pergi dan selamat sampai. Masa nak on the way bertolak tadi aku ternampak satu exident live depan mata. Tapi just nampak sepintas lalu jek sebab aku bawak laju mase tu. Ade ke patot kereta yang tengah berderet beratur ikot lane then tetibe jer masuk len lagi satu tanpa bagi signal. Then ade pulak moto dari belakang tak sempat nak brake terlanggar kereta tu. Tercampak jugak aku tengok mamat tu. Kesian betol. PESANAN BUAT PEMANDU YANG PERASAN BERHEMAH : APE PUNYE PEMANDU LAH KORANG NI! LANGSUNG TAK PIKIR PASAL KESELAMATAN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN. LAGI2 PASAL PENUNGGANG MOTO. MOTO, KALAU EXIDENT BOLEH MATI OHH~ PERSEN NYE TINGGI BERBANDING KERETA. TAPI KALAU KERETA EXIDENT, KERETANYA YANG TEROK, PEM

Ramadhan Bakal Tiba!

Image
Assalamualaikum. Hari ni dah 27 Syaaban. Maknanya lagi 3 hari jer lagi nak masuk Ramadhan. Means Puasa, Tarawih, Tadarus, Qiamulail dll. Giler la. Macam tak percaya jer. Cepat betul masa berlalu. Tapi Ramadhan kali ni lain sikit sebab whole month duduk rumah a.k.a. CUTI~. Kalau tahun2 sebelum ni ade la jugak aktiviti mase duduk kat UIA tu. Hmm. Standard taklifat aku sepanjang bulan Ramadhan sebelum2 ni. Kali ni pun Insyallah~ - Khatam Al-Quran sekali. - Tadarus setiap kali lepas solat fardhu. - Bacaan Al-Mulk setiap malam sebelum tidur. - Solat berjemaah di Masjid untuk setiap solat fardhu. - Solat Tarawih berjemaah di Masjid atau Surau sehingga akhir Ramadhan. - Baca Yaasiin setiap pagi selepas solat Subuh. Aku tak tahu la mampu tak aku kekalkan taklifat aku sebegini mase puasa kat rumah ni. Maklumlah, halangan dan dugaan nye banyak sangat. Haha. Kalau dulu member yang selalu bagi dorongan. Tapi sekarang ni all by myself. Huhu. Akhir kata, KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKN

Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ke-3

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berpeluang jugak aku nak meluangkan sikit masa bersama blog tersayang. Hmm. Nak tulis pasal ape yek? Haa. Macam biase la, kalau cakap dengan aku kalo tak pasal kehidupan, mesti pasal silat kan. Haha. Dan itulah lebih kurang tajuk yang aku akan kongsikan untuk kali ni. Pada 11hb-15hb Julai yang lalu, satu Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara kali ke-3 telah diadakan di Stadium Badminton Cheras. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 4 buah negara (Malaysia, Vietnam, Brunei, Singapore) dan penyertaan sulung dari Team Wilayah Persekutuan selaku Tuan Rumah kejohanan. Memang first time aku tengok 'live' game pencak silat peringkat International. Hehe. Tapi as usual, aku datang sana bukan tengok semua game pun. Aku just turun menyokong masa pertandingan Silat Seni jer. Maklumlah, memang bidang tu jer yang aku minat pun. Haha. Kebetulan pulak, salah seorang pesilat seni Team Malaysia adalah merupakan team-mate aku masa Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan

Family Trip - Kuala Kangsar

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah dekat sebulan aku dah bercuti. Tapi walaupun cuti, maseh terasa sibuk dengan perihal dan aktiviti luar. Huhu. Macam biase busy ape lagi kalau bukan pasal silat. Haha. Weekend yang lalu bersamaan 8hb hingga 10hb July, berpeluang jugak aku sekeluarga meluangkan masa bersama-sama pergi bercuti di Kuala Kangsar. Tapi ape pun ade kat Kuala Kangsar ek? Hmm. Memang takde la banyak sangat tempat nak dilawati or takde la banyak benda sangat pun kat sana. Senjata silat banyak la kat belah Jeti KK tu. Huhu. Tapi walaupun hanya ke Kuala Kangsar, trip kali ni merupakan the first time setelah dekat 10 tahun kami sekeluarga tak keluar bercuti bersama-sama. Tetibe terkenang pulang dulu the first and the last pergi holiday bersama family di Melbourne Australia. First time naek flight siap ade tv depan seat. Woha. Memang best GILE! Tapi sekarang ni dah macam susah sikit atas faktor kewangan dan kos yang kini melambung tinggi. Huhu. So, trip dalam negara pun jadi la.