Family Trip - Kuala Kangsar
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dah dekat sebulan aku dah bercuti. Tapi walaupun cuti, maseh terasa sibuk dengan perihal dan aktiviti luar. Huhu. Macam biase busy ape lagi kalau bukan pasal silat. Haha.
Weekend yang lalu bersamaan 8hb hingga 10hb July, berpeluang jugak aku sekeluarga meluangkan masa bersama-sama pergi bercuti di Kuala Kangsar. Tapi ape pun ade kat Kuala Kangsar ek? Hmm. Memang takde la banyak sangat tempat nak dilawati or takde la banyak benda sangat pun kat sana. Senjata silat banyak la kat belah Jeti KK tu. Huhu.
Tapi walaupun hanya ke Kuala Kangsar, trip kali ni merupakan the first time setelah dekat 10 tahun kami sekeluarga tak keluar bercuti bersama-sama. Tetibe terkenang pulang dulu the first and the last pergi holiday bersama family di Melbourne Australia. First time naek flight siap ade tv depan seat. Woha. Memang best GILE! Tapi sekarang ni dah macam susah sikit atas faktor kewangan dan kos yang kini melambung tinggi. Huhu. So, trip dalam negara pun jadi la. Hehe.
Hmm. Tempat yang aku lawat mase kat Kuala Kangsar tempoh hari takde la banyak sangat. Lagipun 2 hari 1 malam jer kat sana. Kami menginap di Hotel Ezi Inn. Merasa jugaklah tidur hotel. Haha.
1. R&R Sg. Perak
2. Muzium Diraja Perak
3. Masjid Ubudiah
4. Galeri Sultan Azlan Shah
5. Restoran Tasik Raban Ikan Bakar
6. Hotel Ezi Inn
7. Pokok Getah Pertama Malaysia yang dibawa dari Brazil
8. Gunung Lang
Kebetulan pulak sepupu aku baru jer beli DSLR Nikin D3000 mase tu. Aku pulak sekarang ni memang dah target nak beli sebijik sebab terasa nak cuba menyelami dunia photographer pulak lepas ni. Huhu. Aku pun pinjam kamera tu untuk tangkap gambar sepanjang trip tersebut. Banyak jugak gambar yang sempat ditangkap. Ade la dalam 300-500 keping gambar. Woha.
..Nikon DSLR D3000..hmm..tapi pilihan hatiku still D3100..haha..
Berikut adalah antara gambar-gambar yang telah di short-listed kan untuk masuk dalam blog aku ni. Haha.
Muzium Diraja Perak
Masjid Ubudiah
Kota London, Kuala Kangsar
Hotel Ezi Inn
Galeri Sultan Azlan Shah
?????
Pasar Tani di Lembah @ Jeti Kuala Kangsar
Pokok Getah Pertama di Malaysia diimport dari Brazil
Gunung Lang
Seronok jugak sekali sekala bercuti bersama keluarga walaupun takdelah banyak sangat aktiviti. Insyallah setakat ni perkongsian untuk kali ini. Wallahualam.
Comments
Post a Comment