Thursday, 28 July 2011

Syabas Harimau Malaya !

Assalamualaikum.

Semalam, Malaysia telah kecundang dengan Singapore based on agregate 4-6. Tapi kalau ikutkan match semalam seri jek 1-1. So, kire bermaruah lah. Hmm. Aku ni bukan lah seorang Pencinta Sukan Bola Sepak pun. Memang kalau bab nak tengok match bola, aku lah orang pertama yang angkat kaki dulu. Haha. Memang tak minat dari kecik. Tapi aku rase gelombang sukan Bola Sepak Malaysia kali ni dah meningkat. Aku malas lah nak komen pasal match dorang ke, pasal player ke, pasal Singapura-pura ke. Sebab semalaman aku Blog Walking tengok majoriti boleh kata semua blog duk cakap pasal match bola semalam. Siap bagi kritikan lagi tu. Aku nak kritik pun, bukan bidang aku pun kan. Woha!


Hmm. Tapi ape yang aku tertariknya, aku rase gelombang sukan bola sepak malaysia sekarang ni dah berjaya menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Sebab kita pun dah sedia maklum, 9 Julai yang lalu yakni Perhimpunan BERSIH 2.0 kat KL. Kan mase tu rakyat berpecah pelah. Ade yang sokong sana, ade yang sokong sini. Siap pakai baju ape2 yang berunsurkan KUNING jek dah kene tangkap. Tapi kalau kita tengok semalam, baik PAS, UMNO, DAP dll sume bersorak menyokong atas satu pasukan yang sama yakni Team Harimau Malaya. Syabas! Hehe.


..lebih 85000 rakyat Malaysia turun padang menyokong Team Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan hanya 500 lebih jer penyokong Singapore..

Ok. Kembali kepada match semalam. Dari penulis sendiri, aku rase Team Harimau Malaya dah buat yang terbaik. Mungkin nasib dan takdir tak menyebelahi kita. Menang kalah adat pertandingan. Kalau semua menang, sape yang nak kalah kan. Tapi cuba ambek kekalahan tu sebagai suatu yang positif. Means kita perbaiki kesilapan kita untuk kejayaan akan datang.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!
TERUSKAN USAHA LAGI DI MASA AKAN DATANG

p/s : Tak pernah2 pulak aku khusyuk giler duk depan tv tengok bola. First time kot! Haha. Tapi memang semangat die lain macam sikit. Yerla, dah pasukan negara main. Patriotik jugak aku ni kan. Haha.

Wallahualam.

2 comments:

  1. rasanya semua org juga bersemangat kali ni sebab nak tgk negara tempa sejarah.tak de rezeki, lain kali cuba lagi kan..

    p/s dik, boleh buangkan word verification tak?supaya senang nak drop komen kat sini.sorry ye sbb banyak songeh:P TQ

    ReplyDelete
  2. rasanya semua org juga bersemangat kali ni sebab nak tgk negara tempa sejarah.tak de rezeki, lain kali cuba lagi kan..

    p/s dik, boleh buangkan word verification tak?supaya senang nak drop komen kat sini.sorry ye sbb banyak songeh:P TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...