Pengisytiharan Puasa!

Assalamualaikum.

Lar. Baru aku plan nak buat satu post pasal pengsytiharan puasa tahun ni tapi dah ade member blogger yang dah buat awal2. Hanya kerana keadaan line internet aku yang mengalami semput dan sesak nafas dek macam nak mampos ni menyebabkan terlampau lama sangat2 aku nak mengupload video dalam blog ni. Haa. Takde2, aku nak jugak post pasal ni. Haha.

-Pengisytiharan Puasa 1432 (2011)-

Tahun ni nyer pengisytiharan puasa dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang Baru! iaitu Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Hmm. Mungkin sebab first time kot nampak cakap cepat sikit berbanding sebelum ni. Atau mungkin atas faktor usia kot. Hehe.

-Pengisytiharan Puasa 1431 (2010)-

Haa! Yang ni merupakan Mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebelum ni yakni YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim bin Engku Ngah yang baru saja bersara tahun lalu. Takpe, tak kesah siapa yang isytiharkan. Janji Confirm hari ni PUASA. Ayuh kumpulkan seberapa banyak pahala selagi mampoo!! Haha. Wallahualam :)

p/s : Insyallah, sepanjang Ramadhan Kareem tahun ni, penulis berhajat untuk membuat kelainan sikit iaitu blog nazrulazam.b.c. ini akan mengadakan beberapa Slot Khas Ramadhan Kareem (SKRK) yang akan mengongsikan sedikit sebanyak info dan ilmu mengenai ibadah puasa atau lain2 sebagai tatapan minda buat pengunjung2 di luar sana khusus untuk Umat Nabi Muhammad S.A.W. yang sedang menjalani Ibadah Puasa. Sama2 kita ambek manfaat darinya. Insyallah.

Comments