Ramadhan Bakal Tiba!
Assalamualaikum.
Hari ni dah 27 Syaaban. Maknanya lagi 3 hari jer lagi nak masuk Ramadhan. Means Puasa, Tarawih, Tadarus, Qiamulail dll. Giler la. Macam tak percaya jer. Cepat betul masa berlalu. Tapi Ramadhan kali ni lain sikit sebab whole month duduk rumah a.k.a. CUTI~. Kalau tahun2 sebelum ni ade la jugak aktiviti mase duduk kat UIA tu. Hmm.
Standard taklifat aku sepanjang bulan Ramadhan sebelum2 ni. Kali ni pun Insyallah~
- Khatam Al-Quran sekali.
- Tadarus setiap kali lepas solat fardhu.
- Bacaan Al-Mulk setiap malam sebelum tidur.
- Solat berjemaah di Masjid untuk setiap solat fardhu.
- Solat Tarawih berjemaah di Masjid atau Surau sehingga akhir Ramadhan.
- Baca Yaasiin setiap pagi selepas solat Subuh.
Aku tak tahu la mampu tak aku kekalkan taklifat aku sebegini mase puasa kat rumah ni. Maklumlah, halangan dan dugaan nye banyak sangat. Haha. Kalau dulu member yang selalu bagi dorongan. Tapi sekarang ni all by myself. Huhu.
Akhir kata,
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KU LALUI DENGAN SEMPURNA
SELANGKAH DEMI SELANGKAH~
Semoga ketibaan Ramadhan kali ini mampu memberi satu perubahan yang besar terhadap diri kita semua. Sebagai peringatan buat kita bersama.
p/s : Ibubapa kepada seorang member sekolah aku baru jer bukak Restoran kat Kota Damansara. Dijemputlah datang ke sana yer. Boleh buat Iftar family kat sana sekali Insyallah. Nak tahu lebih lanjut, boleh terus berhubung dengan fb beliau @ Ahmad Muhaiyat.
..poster restoran family beliau..Nak tahu lokasi boleh refer poster ni..
Wallahualam.
Comments
Post a Comment