Riding to Nilai
Assalamualaikum.
Yeah! Semalam. Dapat jugak aku bawak moto GT128 FL aku keluar dari Selangor untuk pertama kalinya. Haha. Kecoh giler kan. Dah memang impian aku nak ride bike aku tu jejauh. Kalau boleh memang nak pusing satu Malaysia. Cuma tunggu masa jer. Hehe.
Alhamdulillah, aku selamat pergi dan selamat sampai. Masa nak on the way bertolak tadi aku ternampak satu exident live depan mata. Tapi just nampak sepintas lalu jek sebab aku bawak laju mase tu. Ade ke patot kereta yang tengah berderet beratur ikot lane then tetibe jer masuk len lagi satu tanpa bagi signal. Then ade pulak moto dari belakang tak sempat nak brake terlanggar kereta tu. Tercampak jugak aku tengok mamat tu. Kesian betol.
PESANAN BUAT PEMANDU YANG PERASAN BERHEMAH :
APE PUNYE PEMANDU LAH KORANG NI! LANGSUNG TAK PIKIR PASAL KESELAMATAN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN. LAGI2 PASAL PENUNGGANG MOTO. MOTO, KALAU EXIDENT BOLEH MATI OHH~ PERSEN NYE TINGGI BERBANDING KERETA. TAPI KALAU KERETA EXIDENT, KERETANYA YANG TEROK, PEMANDUNYE BOLEH TAHAN LAGI. PIKIR LA WEI! HUHU
Actually, aku baru jer balik dari Nilai. Bukan jauh pun tapi lepas jugak sempadan Negeri Sembilan kan. Hehe. First time ride moto baru aku ni. Hmm. Best jugak dan lebih stabil bawak long distance atas highway. Tadi pun bawak balun 140km/h konsisten sampai Nilai. Ade la dalam 30-40 minit sampai sana. Aku ke sana tadi pun sebab ade kene train budak2 projek elit silat seni selangor. Game dorang weekend ni tapi dah 3 minggu tak training. Ape lagi, terus buat training Fitness Endurance. Nasib baik tengok ketahanan dorang ni boleh tahan lagi. Takde lah risau sangat. Cuma kene lebih sikit peak untuk perform mase game nanti. Insyallah.
Bertolak pulang dari Nilat menuju ke Ampang jam 12.20am then selamat sampai di rumah jam 12.55am. Alhamdulillah. Pengalaman pertama riding jejauh seorang diri di waktu malam. Memang sejuk giler mase atas highway. Naseb baek pakai glove. Kalau tak, mahu beku tangan aku ni haa. Anyway, don't tell my parent about this sebab mereka tak bagi aku riding jejauh ni. Bahaya. Lagi2 waktu malam. Hehe. Ok lah.
Wallahualam
Comments
Post a Comment