Ramadhan Kembali Lagi. Yeah!

Assalamualaikum.

First of all,


AHLAN WA SAHLAN YA
RAMADHAN AL-MUBARAK !!

Dengan kata lainnya,

Selamat menunaikan Solat Sunat Tarawih!


Bagi yang mampu tu buat la 21 rakaat. Daripada habes buat 8 rakaat then balik rumah tengok tv or main game ke or even online, baik pergi menghadap Allah jer kan. Opps. Hehe. Lagi satu, memang ketara sangat bile awal2 Ramadhan confirm nyer penuh giler orang buat solat tarawih kat masjid. Tapi bila sampai separuh Ramadhan, orang pergi masjid pun dah jadi separuh jemaah. Bila sampai penghujung Ramadhan? Paham2 jer la. So, janganlah kita tergolong dalam golongan seperti itu.

Selamat Bersahur!


Jangan sesekali tinggalkan sahur. Amalan sunnah dan sangat2 dituntut. Dan kita jugak disunatkan untuk melewatkan sahur. Tapi jangan sampai sahur mase waktu imsak pulak da. Haha. Kekadang kita tengok, mase awal2 ramadhan jer kite semangat nak bangun sahur. Then lama kelamaan dah malas nak bangun. Haha. Cam aku jer tu. :P

Selamat Berpuasa!


So, bila kate puasa tu takyah la ngada2 nak makan or minum. Ade orang kata korek hidung tu makruh, then bila selalu sangat buat boleh batalkan puasa. Tapi kan, kalau kita bukak puasa korek hidung ok tak? Woha! Lagi satu, berpuasa jugak mengajar kita untuk sentiasa berSYUKUR pada apa yang ada.

Selamat Berbuka!


Haa. Tang ni yang paling seronok dan masa yang paling ditunggu2kan oleh orang yang berpuasa ni. Masa nak bukak ni la kadang macam2 kita nak rasa. Ayam Golek la.Rangka Ayam la. Murtabak la. Roti John la. dll. Siap ade menu lagi tu. Haha. Tapi ingatlah yek, beragak2 sikit dalam berbuka. Sebab Nabi S.A.W. tak suka orang yang tamak dan membazir. :) Tu la kadang2 bile kite tengok kos kita nak berbuka puasa lagi tinggi daripada kos kita makan 3 kali sehari macam biasa. Haha.

Memang ke-4 perkara kat atas ni mesti kita lalui untuk mendapat berkat Ramadhan yang sempurna. Jap2. Maseh tak cukup lagi ni. Haa. Lagi Satu!

Ibadah

Beribadahlah seperti kamu mati esok hari. Ingatlah setiap pahala dan ganjaran amalan kita dalam bulan Ramadhan ni Allah gandakan. So, jangan lah kita lepaskan peluang untuk solat sunat bebanyak, tadarus (kalau boleh biar sempat khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni), banyak dengar Kuliah, solat fardhu berjemaah kat surau atau masjid, qiamulail then banyak lagi. Aku rasa korang pun tahu kan. Hehe.

Hmm. Setakat ni jer dulu. Blogwalking tengok semua blog duk cakap pasal puasa. So, aku pun nak satu post jugak! Haha.

Sedap jugak kalau layan bukak puasa menu atas ni ek. Woha!

Wallahualam.

Comments

  1. selamat b'puasa.
    semoga kita dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya dan amalan puasa kita tahun ni diterima Allah :)

    sgt sedap itu makanan :)

    ReplyDelete
  2. selamat b'puasa.
    semoga kita dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya dan amalan puasa kita tahun ni diterima Allah :)

    sgt sedap itu makanan :)

    ReplyDelete
  3. INsyallah..mmg sedap pun..teringin jugak nak bukak menu tu esok..ngee~ hehe..thx for drop by here..:)

    ReplyDelete

Post a Comment