SKRK 1 : Untungnya Jadi Umat Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu sekali lagi di hari pertama bulan Ramadhan al-Mubarak. Camne sahur tadi? Harap2 dapatlah bangun laksanakan tuntutan sunnah yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Insyallah di perkongsian kali ni yakni Slot Khas Ramadhan Kareem (SKRK) akan berkongsi sikit ilmu mengenai kelebihan kita sebagai Umat Rasulullah S.A.W. iaitu umat akhir zaman.

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.
MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S.

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w . diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.
**********
KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Subhanallah! Besar betul kelebihan yang Allah SWT dah bagi kepada Umat Nabi SAW ni. Mungkin kite jer yang tak menyedarinya. Nak mintak taubat mudah jer kite laksanakan kat memane tak macam Nabi Adam a.s. dulu, nak taubatnya terima kene pergi Kota Mekah. Yang kite ni yang tak lari daripada buat dosa, Allah dah beri laluan mudah untuk kite BERTAUBAT tak kesah dimana pun asalkan niat kita betol. Cuba bayangkan kalau taubat kite hanya diterima di Kota Mekah sahaja. Woha!

Bersempena Bulan Ramadhan ni, ayuhlah kita banyakkan berselawat sebab Malaikat sendiri dah bagi jaminan memacam kalau kite selawat ke atas Nabi SAW. Dan ingatlah Allah SWT telah menjanjikan sekiranya SATU amalan fardhu dilakukan di bulan Ramadhan, Allah SWT gandakan 70 pahala kebajikan manakala sekiranya SATU amalan sunat dilakukan dibulan Ramadhan bersamaan dengan SATU pahala amalan Fardhu. Fikirkan.

..click to enlarge..

p/s : Kenalilah Rasulullah SAWdengan lebih rapat lagi dengan mengenali kaum kerabat Baginda.

Wallahualam.

Comments