Posts

Showing posts with the label Asean University Games 2013

Impian Terkubur

Image
Assalamualaikum. (coretan penuh emosi..alhamdulillah sekarang ianya terubat.. sekadar perkongsian keperitan yang ku lalui ketika itu..mohon nasihat..) Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak meluangkan masa bersama sahabat. Coursemateku dahulu. Kini seorang engineer di salah sebuah syarikat bumiputera yang membekalkan pam untuk indusri Oil & Gas. Genap 9 bulan aku menyewa di Shah Alam tapi baru bulan lepas tahu ada juga dalam kalangan sahabat seUIA yang kini ramai menyewa dan bekerja di area Shah Alam dan sekitarnya. Entah kenapa tetibe terasa nak kongsi sikit salah satu detik agak pahit yang aku lalui dahulu. Iaitu detik di mana aku terpaksa menguburkan hasrat dan impian aku selepas 10 tahun membanting tulang dengan perit jerih berusaha untuk capai ke tahap ini. Ya. Penglibatan ku dalam arena pencak silat. Setelah sekian lama nantikan akhirnya berjaya juga terpilih untuk menyahut cabaran negara untuk ke pentas Sukan SEA mewakili skuad elit negara. Alhamdulillah. Masa tu sangat tera...

Hadiri Walimah Nadrah & Ammar UKM

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Baru pulang dari menghadiri majlis walimah sahabat sepersilatan merangkap teammate AUG Malaysia '12, saudari Nadrah Ahmad bersama pasangan beliau saudara Ammar, keduanya merupakan mahasiswa/i UKM, Bangi. Nak diceritakan mengenai 'Courtship' mereka, memang aku tak tahu langsung. Tapi secara ketaranya, mereka berdua bertemu dan mengenali antara satu sama lain melalui wadah perjuangan seorang pendekar dan srikandi yakni kedua-duanya merupakan pesilat UKM yang telah lama menabur bakti dalam arena silat di kejohanan-kejohanan peringkat IPT seperti MASUM. Nadrah pula merupakan rakan sepasukanku semasa di Kejohanan ASEAN University Games dua tahun lepas di Laos. Sama-sama menggalas cabaran negara dalam kategori yang sama iaitu Regu. Beliau memang seorang yang peramah dan agak pendiam. Tapi tak sangka rupa-rupanya diam-diam beliau berisi rupanya. Haha. Alhamdulillah. Berkesempatan juga aku meluangkan masa memenuhi undangan Majlis Walimah beliau di Ba...

ASEAN University Games Laos 2012 #3

Image
Assalamualaikum. (Amaran! Entri kali ini adalah tersangat panjang. Mohon abaikan entri ini jika anda seorang yang benci membaca. Haha.) Begitu banyak memori yang menggamit jiwaku tika niat di hati untuk mengenang kembali detikku ketika berada di bumi Laos. Seperti yang telah aku nyatakan sebelum2 ini, pendirian ku masih tetap untuk sentiasa mendokumentasikan segala pengalaman sepanjang permusafiranku di bumi sementara ini. Namun, masih terhutang satu entri yang bagiku sangat bermakna buat diriku yakni detik ketika aku berada di tanah seberang menjulang nama negara bertarung untuk merebut kilauan emas daripada hampir 6 negara2 ASEAN yang lain. Insyallah akan tetapku kuatkan semangat untuk mengasah memoriku kembali untuk dilakarkan di atas helaian entri di laman Jejak Musafir ini. Insyallah penulisan kali ini merupakan sambungan dari entri.. ASEAN University Games Laos 2012 #1 ASEAN University Games Laos 2012 #2 DAY 1 : my passport and my boarding pass Ketibaan kami di ...